Jumaat, 31 Januari 2025

Syurga Makanan Laut Segar dan Sedap di Wira Seafood Ikan Bakar, Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah... Akhirnya mood nak mengarang di blog ni dah kembali lagi. Kali ni LeYa nak kongsi lagi tempat makan menarik sekitar Selangor. Ke mana LeYa terjah? Port seafood ikan bakar terbaik yang korang boleh cuba ada di Wira Seafood Ikan Bakar, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor

Menariknya kat sini korang memang akan dikelilingi dengan makanan laut yang cukup segar dan paling penting saiznya pun besar-besar. Baru puas hati weyyyhhh!!! Memang sangat-sangatlah teruja tengok ikan, udang, sotong, ketam dia yang besar-besar tu. Suasana restoran dia pun cukup selesa, kemas dan lengkap segala kelengkapan seperti surau, tempat parking kereta yang luas. Pendek kata, memang tak rugi lah singgah makan kat sini.

Lokasi yang cukup strategik, tetapi agak tersorok sedikit ke dalam. Hanya dengan menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze, korang dah boleh je jumpa restoran ni.


Dengar cerita sebenarnya, Wira Seafood Ikan Bakar ni dah pun menjadi bualan ramai di media sosial dan sangat viral. Cuma LeYa je yang baru berkesempatan jumpa restoran ni. Ternyata bila sampai sahaja di restoran ni LeYa terkesima tengok hidangan seafood dia yang segar-segar dan banyak. 

So... apa tunggu lagi? Teruslah buat pesanan dengan masakan yang enak-enak untuk dinikmati. Lagipula waktu tu LeYa sedang berpuasa. Sedang elok lah tu dapat menikmati juadah berbuka puasa yang sedap dan segar. 

Okay... Jom tengok menu apa yang LeYa order untuk juadah berbuka puasa LeYa ketika itu. 

 

Kali ni LeYa memilih Ikan Jenahak masak stim. Ternyata ikan yang dihidangkan tu sedap, manis dan segar. Incik suami pula menambah lauk Udang Masak Salted Egg manakala anak dara LeYa memilih menu favourite nya iaitu Tomyam Ayam. Menu tambahan lain Sayur Kailan Ikan Masin dan Kerang Rebus. Dilawan pula dengan Jus Apple, perrggghhhh memang terangkat brooo... Sedap!!!

Peminat tomyam macam anak dara Leya pun cakap kuah tomyam dia sangat sedap dan pekat. Memang perfecto! Selain seafood dan tomyam, menu masakan panas lain juga boleh korang dapati di sini. Jadi, korang boleh lah buat pilihan menu juga. 


Selain itu, di Wira Seafood Ikan Bakar ini juga korang akan disajikan dengan ruangan untuk menyambut pelbagai majlis seperti majlis hari lahir, majlis perjumpaan, hari keluarga, majlis perpisahan dan sebagainya. Jadi, korang bolehlah membuat tempahan awal dahulu untuk mendapatkan tempat dan tidak perlu nak tunggu lama.

Yang paling best, korang mesti tak percaya dengan harga yang ditawarkan sangatlah murah dan berbaloi. Dengan suasana restoran yang cantik, kemas, teratur dan makanan laut yang sedap dan segar, korang patut singgah dan rasai keenakan di sini. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi yang tertera :

Alamat
No 18 & 19, Jalan SG 1/10, Taman Sri Gombak Batu Caves, Selangor

No Telefon
+6012 411 1304

Facebook
Wira Seafood Ikan Bakar

Instagram
@WiraSeafood

Khamis, 30 Januari 2025

Buffet Ramadan 2025 : From Kampung Street to Jalan Ampang di Cornerstone IPC

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Ramadan 2025 kembali lagi! Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa semula. Korang dah habis ganti puasa ke belum tu? Kalau belum baik cepat-cepat ganti ya. Hehehe... 

Ok lah... back to story... Kali ni LeYa dengan berbesar hatinya nak kongsi dengan korang semua tentang salah satu port berbuka puasa menarik yang terdapat di ibu negeri kita iaitu Kuala Lumpur. Lokasinya berada di Cornerstone IPC, Jalan Ampang.

BUFFET RAMADAN 2025: FROM KAMPUNG STREET TO JALAN AMPANG

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sudah tentu seluruh umat Islam akan berkumpul seisi keluarga mahupun rakan-rakan untuk berbuka puasa. Selain dari melaksanakan ibadah puasa, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga. Jadi, ayuh kita sama-sama raikannya!

Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management yang telah bekerjasama hampir 10 tahun dalam perniagaan acara dan majlis telah mencetuskan Buffet Ramadan 2025 dengan temanya From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0. Ini seterusnya menjadikan lokasi wajib yang korang patut cuba jika berada di Kuala Lumpur.

Duo gabungan Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management dan Ahmad Anas B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services menjadikan pengalaman pengunjung untuk berbuka puasa dengan ledakan gastronomi menerusi seleksi menu dalam suasana eksklusif.

Okay... Pasti ramai tertanya-tanya apakah menu menarik yang mereka tampilkan di Cornerstone IPC? Bertepatan dengan tema, konsep, menu dan dekorasi From Kampung Street to Jalan Ampang, terdapat lebih 150 jenis hidangan tradisional Melayu dari seluruh negeri. Antara menu yang ditawarkan kepada pengunjung dan merupakan sajian signature adalah Gulai Kawah, Lauk Pauk Ala Kampung seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, Menu Warisan seperti Lempeng, Ubi Kayu Rebus dan banyak lagi.



Menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini dihasilkan oleh barisan chef berpengalaman dan mempunyai air tangan yang mempu menyempurnakan buka puasa korang.

Tidak ketinggalan juga bagi peminat pemanis mulut pasti akan dapat mengakhiri sajian korang dengan Aneka Dessert, Kuih Muih, Bubur dan semangkuk ABC yang enak. Paling istimewa minuman panas dia iaitu Teh Tarik. Memang terbaik dan sedap!



Lokasi yang strategik untuk pengalaman berbuka puasa yang unik di Cornerstone IPC, Jalan Ampang menjadi pilihan kerana lokasinya yang berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia pasti dapat memberikan peluang kepada warga kota yang merindukan makanan asal usul mereka dengan menikmati hidangan tradisional di sini.






HARGA BUFFET RAMADAN 2025: CORNERSTONE IPC JALAN AMPANG

Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 menawarkan tawaran sebanyak 

  • KANAK-KANAK : RM49.90 (berusia 6 tahun - 12 tahun)
  • WARGA EMAS : RM69.00
  • DEWASA RM129.90
Selain itu, Merindu Savior dan Suri Catering telah melancarkan harga promosi menarik sebanyak RM103.90 kepada pengunjung yang membuat tempahan awal sebelum 28 Februari 2025.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan gabungan tradisi, rasa dan kreativiti yang sempurna di Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.

 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan Ramadan, boleh hubungi :

ABDUL MUTALIB B. ABDUL SHUKOR | +6018-2255 465

 

Rabu, 1 Januari 2025

1 Januari 2025 | Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

SELAMAT TAHUN BARU! Salam 1 Rejab 1446H buat semua pembaca Blog LeYa. Semoga tahun ini kita semua dipermudahkan segala urusan dan diberi kebaikan dalam menjalani kehidupan seharian kita. Jadi, macam mana dengan sambutan malam tahun baru korang semalam? LeYa semalam tak keluar ke mana pun. Kemas-kemas rumah dan layan cerita kat TV je... 


Bercakap tentang azam sempena tahun baru ni, LeYa bukanlah kata tiada azam dan semangat baru. Tapi rasanya apa yang LeYa doa dan usahakan setiap hari itulah azam LeYa untuk tahun itu. Apa yang LeYa achieve, LeYa anggap ia adalah satu usaha dan kejayaan LeYa di tahun itu. Alhamdulillah... di tahun 2024 banyak pengajaran dan ujian yang dilalui dengan penuh sabar dan tabah. LeYa tutup lembaran tahun 2024 dengan lafaz Alhamdulillah dengan penuh kenikmatan dan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.

Semoga tahun 2025 ini dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan lebih lagi rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan juga kebahagiaan yang berpanjangan dan kasih sayang sesama keluarga. Aaminn..