Jumaat, 20 September 2024

Canon Malaysia Raikan 28 Tahun Kecemerlangan Evergreen Menerusi Pelancaran Pencetak Siri E Hijau-Putih Baharu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Canon Marketing Malaysia, peneraju utama dalam industri percetakan Malaysia, sekali lagi menarik perhatian dengan pelancaran warna baharu yang penuh bergaya untuk pencetak Inkjet Canon PIXMA E410 dan PIXMA E470. Ia dilancarkan bersempena sambutan "28 Tahun Kecemerlangan Evergreen" Canon yang mana ia telah hampir tiga dekad mendominasi pasaran dalam industri percetakan di Malaysia.


PIXMA E410 dan E470 hadir dalam varian warna hijau-putih. Rekaan terbaharu ini bukan sahaja memperkasa fungsi pencetak, tetapi ia juga mengikuti trend terkini dalam gaya hidup dan dekorasi rumah. Dengan kombinasi warna hijau putih yang segar, pencetak ini bukan lagi hanya sebagai peralatan kerja, tetapi juga sebahagian daripada ekspresi peribadi dan hiasan rumah.

Pencetak Siri E juga sinonim dengan kualiti dan kecemerlangannya. Menurut Sandy Lee, Ketua Bahagian Peranti Sistem Peribadi di Canon Marketing Malaysia, pelancaran pencetak warna baharu ini memberi nafas baharu kepada barisan ikonik pencetak inkjet dan seterusnya memperkukuh reputasi siri E sebagai peneraju dalam percetakan inkjet.

Kerjasama dengan Siser Asia, syarikat peneraju dalam bahan pemindahan haba dan teknologi pemotongan, turut dinyatakan sebagai faktor penting dalam menyokong inovasi percetakan Canon dengan teknologi termaju Siser. Gabungan kepakaran Canon dan Siser Asia menghasilkan pengalaman pencetakan yang lebih kreatif dan serba boleh untuk pengguna.

Sebagai tambahan kepada warna baharu, Canon turut memperkenalkan aplikasi Canon Printer Buddy, versi dipertingkat bagi apl Panduan Membeli Pencetak Canon sedia ada. Apl yang dipertingkatkan menawarkan ciri yang lebih baik dan menarik, membolehkan pelanggan mempunyai perjalanan pengguna yang lebih diperibadikan dengan kemaskini dan pengesyoran yang lebih baik.


Bersempena dengan pelancaran ini, Canon turut menjalankan "Peraduan Gaya Baru Warna Baru", sebuah peraduan cabutan bertuah di seluruh negara. Bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2024, peserta yang membeli sama ada pencetak Canon PIXMA E410 atau E470 menerusi rakan kongsi sah Canon atau Canon e-Store akan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM30,000, dengan hadiah utama daripada Tiffany & Co. bernilai RM18,000.

Menerusi pelancaran warna hijau-putih baharu untuk PIXMA E410 dan E470, Canon terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam industri percetakan. Ia dibuktikan lagi dengan komitmen Canon menyediakan penyelesaian percetakan luar biasa yang memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaharu, boleh layari laman web rasmi Canon

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com