Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Pejam celik pejam celik dah puasa hari ke-12 kita hari ni. Dan, LeYa pasti dah mula ramai mencari lokasi berbuka puasa di luar memandangkan sekarang pun kita dan di fasa endemik. Ok... Kali ni LeYa nak bawa korang satu lokasi berbuka puasa yang LeYa tak pernah miss dari tahun 2020 lalu. Kebetulan LeYa dah bekerja di Daerah Sepang, alang-alang tu carilah tempat berbuka menarik sekali dengan kawan-kawan sepejabat. Cari punya cari, masih sama untuk ke Hotel Tenera, Bangi ni. So... teruslah booking dan menikmati juadah yang ada di sana. Jom ikuti selanjutnya di bawah!
Untuk pengetahuan korang semua, Hotel Tenera kini menawarkan kepelbagaian menu bufet Ramadan bertemakan Balik Kampung dan bermula pada 4 April hingga 30 April 2022 ini.
Seperti biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan LeYa dan orang ramai untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya selesa dan harga sangatlah berpatutan buat seisi keluarga mahupun rakan-rakan.
Hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan korang di luar sana yang menggemari masakan tradisional dan sekaligus boleh mengimbau kembali kenangan berbuka di kampung. Istimewanya pada tahun ini, korang akan disajikan dengan suasana iftar seperti di bazar Ramadan kerana terdapat lebih 20 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Utara, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Daging Tetel Gulai Rebung, Sambal Udang Petai Siseh, Sotong Goreng Percik, Udang Kelapa Parut, Ayam Ungkep, Ikan Talang Gulai Nenas dan banyak lagi.
Malah, bukan itu sahaja, hidangan lain yang turut tidak dilupakan adalah Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi.
Antara 100 menu lain lagi yang korang boleh nikmati dengan bertemakan Balik Kampung hasil air tangan eksklusif chef berpengalaman, Cef Sahisal Azrul turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng 'KAVA', Pasta World, Seoul Seoul Hot Noodle, Gerai Roti Didi and Pren, Picolomondo Pizza, Yong Tau Foo dan Sup Gear Box Kampung Utara.
Tidak dilupakan juga, Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, Goreng-Goreng Mak Tom, Abe Keropok, Aneka Mi Goreng dan Roti serta banyak lagi.
Port paling diminati LeYa semestinya hidangan pencuci mulut. Hehehe... Tema Balik Kampung kali ini menampilkan aneka pencuci mulut sepertu Cendol Sawit Tok Ram, Apam Balik Moden, Kuih Serabai, Tepung Pelita, Talam Keladi, Bubur Semanis Awak, Bakar Bijan, serta pelbagai jenis aiskrim.
Istimewa Ramadan kali ini, Hotel Tenera ada mengeluarkan produk terbaharu iaitu Pes Masakan yang terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis. Kesemua pes ini digunakan dalam hidangan masakan Bufet Ramadan pada tahun ini. Sepanjang Ramadan, pihak Hotel Tenera menawarkan 10% diskaun untuk setiap pembelian Pes Kombo yang harga asalnya ialah RM35.
Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej 'Ramadan Stay and Dine' di sepanjang bulan Ramadan yang mana meliputi penginapan bilik berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk 2 orang.
Sangatlah mewah kan aneka juadah yang ada di sini. Walaupun mewah, harganya tetap berpatutan.
Buffet Ramadan 2022 : Hotel Tenera, Bangi
Grand Ballroom Hotel Tenera
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : Sepanjang Bulan Ramadan 2022 (4 April - 30 April 2022)
Dewasa: RM118 seorang
Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun) : RM59
Untuk tempahan, sila hubungi :
03-8929 9600
atau
WhatsApp
019-385 4796 / 019-359 2796
Jangan lupa juga untuk layari Facebook & Instagram @hoteltenerabangi
Makanan kampung mmg pilihan bila datang bulan ramadhan.. menu semua menarik dan sedap.. menu kampung, seafood pun ada ...
BalasPadam