Ahad, 27 Mac 2022

Jom Awet Muda Bersama Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa ada la singgah dan jalan-jalan ke sekitar Bukit Bintang. Tanpa diduga LeYa ade dapat sekuntum bunga ros yang cantik sangat. Bila ditilik-tilik bunga ros tu kan, eh! Ada skincare dari Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate laa... Nak tahu lagi apa LeYa dapat, jom teruskan bacaan.

Nak dijadikan cerita baru LeYa tahu yang skincare ni adalah serum baru sempena meraikan wanita pada bulan Mac ni. Nutox ada menganjurkan acara di sepanjang laluan beli-belah Jalan Bukit Bintang yang ternyata memang meriah dan sibuk ini bagi menampilkan "Youth Restoring Advanced Serum Concentrate". Nutox serum baru ini diberikan kepada orang ramai yang terpilih ketika melalui jalan di Bukit Bintang seperti Pavilion, Fahrenheit 88, Galeri Starhill dan Lot 10. Kiranya LeYa di antara yang bertuah dan terpilih menerima serum baru dari Nutox ni... Aucchhh.... bestnyerrr...

Nak dijadikan cerita lagi, serum Nutox ini telah diuji dan terbukti mempercepatkan, menganjalkan dan menghaluskan kulit dalam masa 7 hari sahaja. WoW! Syok betul dengar kan. Confirm korang especially wanita di luar sana akan cari dan dapatkannya. Siapa taknak cantik-cantik kan? Lagi-lagi nak Raya Aidilfitri ni. Of course la nak cantik berseri di pagi Raya. Giteewww!!

Bukan itu sahaja. Nutox juga ada menawarkan diskaun RM10 off kepada semua yang ingin memiliki serum baru ini. Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate berupaya meningkatkan pengeluaran semulajadi kolagen, elastin dan asid hyaluronik kulit untuk memudarkan garis-garis tanda penuaan dengan berkesan. Wanita moden hari ini, LeYa pasti dengan mudah sahaja boleh mencapai kulit yang lebih licin, tegang dan muda.


Serum Nutox baru ini didatangkan dalam 2 jenis iaitu 'All Skin Types' dan 'Sensitive Skin'. Serum untuk kulit sensitif menggunakan formula hipoalergenik yang diuji secara dermatologi tanpa paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan alkohol tambahan. 

Kedua-dua produk ini mengandungi agen yang dirumus secara unik termasuk Actigenic, sistem penjanaan semula diri dan teknologi yang menjana semula sel kulit dalam membantu mengekalkan dan menghasilkan kolagen, elastin dan asid hyaluronik dengan berkesan untuk meningkatkan keanjalan kulit. Serum Nutox ini juga mengandungi B'Nest Collagen, yang mana ia mempunyai nutrien yang diekstrak daripada sarang burung yang membantu memperbaiki keadaan kulit dan melindungi daripada tanda-tanda penuaan. Selain itu, teknologi Oxyfusion yang turut memasukkan oksigen tahap tinggi ke dalam kulit juga membantu meningkatkan penyerapan B'Nest Collagen.

 

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate bertekstur ringan serta meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Faedah pemulihannya bertindak seperti mata air muda, menjadikannya alternatif yang berdaya maju kepada pembedahan kosmetik yang mahal dan berpotensi berisiko untuk kelihatan lebih muda.


Memang syok gila la bila LeYa dapat sekuntum bunga ros dan sample Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate ni. Paling syok bila dapat rasa keanjalan kulit kita. Aucchhhh.... giteww... Jangan jealous taw korang. LeYa dah cakap dah kan... Kalau nak, laju-laju dapatkan Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate sekarang. 

Kat mana nak dapatkan??? Tengok kat bawah ni...

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate 30ml boleh didapati secara meluas di kedai fizikal seperti Watsons, Guardian, AEON Wellness, serta dalam talian di Shopee dan Lazada. Serum ‘ALL SKIN TYPES’ boleh didapati pada harga RM86.70, manakala serum ‘KULIT SENSITIF’ berharga RM95.90 sahaja.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com