Khamis, 10 Mac 2022

BWY Lancar Dua Tawaran Nilai Sempena Musim Perayaan Kepada Pembuat Roti & Kek Untuk Mendapatkan Lebih Nilai dan Lebih Jimat!

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bila tibanya Ramadan, pasti banyaklah promosi-promosi dijalankan. Hari ini, pembuat roti dan kuih-muih di seluruh negara sedang giat membuat persediaan bagi menghadapi waktu puncak untuk menyediakan juadah manisan untuk perayaan. Pada masa yang sama, kebanyakan mereka juga bimbang terhadap peningkatan harga ramuan dan barangan yang jelas dirasai sejak kebelakangan ini.

Jadi, sebagai usaha untuk memastikan para pelanggan memperoleh barangan yang diperlukan pada harga berpatutan, pembekal bahan bakeri, Bake With Yen (BWY) telah mengumumkan dua tawaran nilai yang mana melibatkan kesemua 89 cawangannya di seluruh negara - BWY Price Lock dan BWY Best Value - Tawaran Nilai Hebat.

BWY Price Lock adalah komitmen BWY untuk mengekalkan harga 100 barangan asas daripada pilihan jenama BWY sendiri yang berkualiti bagi tempoh 100 hari. 

“Rantaian bekalan global memang terjejas akibat pandemik COVID-19, yang seterusnya menyebabkan harga banyak barangan makanan meningkat. Komitmen untuk mengekalkan harga barangan sehingga 26 Mei 2022 memastikan pelanggan kami dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa berkompromi terhadap kualiti. Ini membolehkan mereka menyediakan juadah yang terbaik buat pelanggan, keluarga dan sahabat handai.”

Inisiatif BWY Best Value-Tawaran Nilai Hebat pula adalah usaha BWY untuk menawarkan harga rendah bagi kebanyakan jenama popular yang menjadi pilihan pembuat roti dan kek. Jenama-jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif nilai terbaik ini, antaranya ialah, Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella.  

 

Menurut jurucakap tersebut, BWY mengiktiraf bahawa pembuat roti dan kek masih boleh mengekalkan kualiti produk yang dihasilkan dan memilih jenama-jenama yang boleh dipercayai untuk hasil-hasil signature mereka. 
“Menerusi penawaran harga berpatutan, pembuat roti dan kuih boleh terus menggunakan jenama kegemaran mereka sehingga Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya. Inisiatif BWY Best Value-Tawaran Nilai Hebat berakhir pada 30 April 2022. 
Ditubuhkan pada tahun 1987, BWY menawarkan pilihan meluas ramuan masakan dan pembuatan kek serta roti, daripada produk-produk sejuk seperti mentega, susu dan keju; barangan runcit seperti tepung, coklat, kekacang dan buah-buahan kering; tepung kek dan biskut pracampur; sehingga barangan kelengkapan membakar. 

 

Wawasan BWY adalah untuk menyediakan pengalaman menyediakan roti dan kek kepada orang ramai secara mudah, menyeronokkan dan pada harga berpatutan. Mahupun seorang pembuat roti dan kek profesional yang mencari ramuan-ramuan terbaik dari seluruh dunia, pembuat kek yang berkerja secara sambilan yang mencari bekalan barangan pada harga mampu milik atau seorang yang menikmati aktiviti membakar kek, biskut dan roti sebagai hobi - kesemua keperluaannya boleh didapati di BWY.  

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi semasa Bake With Yen, mendapatkan resipi-resipi mudah atau senarai penuh cawangannya, ikuti Bake With Yen di 

Instagram

Facebook
 
Barangan-barangan keperluan juga boleh didapati menerusi laman rasmi Bake With Yen

1 ulasan:

  1. Wahh bolehlah shopping barangan baking untuk kuih raya nanti

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com