Isnin, 3 Januari 2022

Travelog Kedah - Rasai Pengalaman Suasana Kampung di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Agak lama juga LeYa tak update blog ni. Memang lama dan bersawang pun. Tapi, surely LeYa rindu nak berkongsi cerita kat blog ni macam dulu. So, untuk permulaan 2022 ni, LeYa memang dan get tough untuk kembali aktif berblog. Didoakan agar LeYa istiqamah walau berada dalam kesibukan aktiviti harian.

Terlalu banyak yang terjadi sepanjang tahun 2021 LeYa. Tapi dont't worry be happy! LeYa will ceritakan episod jalan-jalan LeYa yang agak lama terbengkalai. Hehehe...

Alkisah pada awal November 2021 lalu, LeYa berkesempatan meneroka negeri Kedah dan yang paling menariknya berjaya menjejakkan kai berada di persekitaran alam semulajadi yang cukup menenangkan dan mendamaikan. Bunyi-bunyian alam seperti air sungai yang mengalir, unggas beterbangan dengan alam flora dan fauna nya yang sangat tenang dan nyaman. That's why lah LeYa suka Back to Nature. Menghirup udara segar dan menghayati keindahan alam. So, jom tengok apa yang LeYa nak kongsikan kali ni.


Bermalam di sebuah penginapan yang cukup indah dikelilingi pokok-pokok dan air sungai mengalir memang ramai orang yang sukakannya. Selama 3 hari 2 malam LeYa di Kedah, LeYa menginap di sebuah resort iaitu AMD Resort & Camp Perik yang terletak di Kuala Nerang.

Ketika korang sampai sahaja di resort ini, awal-awal telinga korang akan disambut dengan deruan air sungai yang mengalir. Menurut pemilik AMD Resort & Camp Perik, sungai ini dinamakan Sungai Perik, sinonim dengan nama dan lokasi resort ini.


Sedikit latar belakang resort ini adalah ia sebenarnya tapak kem latihan untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Apabila PLKN berakhir, kawasan ini dibaikpulih dan didirikan sebuah resort yang cantik yang diberi nama AMD Resort & Camp Perik, sesuai dengan lokasinya untuk bawa keluarga mahupun rakan-rakan berehat dan bersantai menikmati suasana kampung yang permai. 

Selain itu, korang juga boleh menikmati buah-buahan tempatan seperti durian bila tiba musimnya.

Di AMD Resort & Camp Perik, terdapat 3 jenis penginapan yang korang boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan bilangan ahli yang datang. Antaranya:

1) Penginapan Bilik Rumah Kampung / Warisan

Berlatarkan bunyi deruan air sungai yang mengalir, korang bolehlah pilih untuk menginap di sini. Ia merupakan rumah papan yang telah berusia 30 tahun dan terletak betul-betul bersebelahan sungai dan turut berdekatan dengan Restoran Warisan D'Sungai.


Di Rumah Warisan ini, ia boleh memuatkan seramai lebih kurang 25 orang dewasa. Memang cantik dengan beranda yang disediakan seperti korang berada di zaman dulu ketika bersantai minum petang sambil melihat anak-anak bermain di halaman rumah.


Menampakkan lagi suasana seperti duduk di rumah nenek dulu-dulu, bilik air untuk Rumah Warisan ini terletak di bahagian luar tau. Jadinya, korang memang akan rasa pengalaman macam berada di era 80-an gitu. Tapi, jangan risau, bilik airnya cukup selesa!

Walaupun duduk kampung, keselesaan pengunjung diutamakan, Setiap bilik di Rumah Warisan ini dilengkapi dengan penghawa dingin.


2) Penginapan Bilik Rainbow / Cabin

Aha! Korang yang datang berkumpulan atau senang cerita yang datang beramai-ramai dengan kawan-kawan dan nak jimat serta berbual sehingga larut malam, nah LeYa sarankan untuk korang pilih penginapan jenis ini. 


Dalam bilik di Cabin ini, ia boleh memuatkan 5, 6 atau 7 orang dalam satu bilik. 


Penginapan Bilik Rainbow/Cabin ini terletak bersebelahan dengan gelanggang badminton. Penginapan di bilik ini dilengkapi dengan bilik air di dalamnya dan turut dilengkapi penghawa dingin.


3) Tapak Perkhemahan

Kalau korang jenis yang adventure dan lebih berminat untuk merasai suasana malam, korang boleh memilih untuk berkhemah di kawasan yang disediakan. 

Jangan risau jika korang tiada khemah kerana pihak AMD Resort & Camp Perik ada menyediakannya. LeYa pun lama dah tak bercamping ni. Tapi time tu tak dapat la merasainya kerana LeYa datang musim hujan dan lebih selamat untuk LeYa pilih penginapan di kabin. Hehehe...

Restoran Warisan D'Sungai

Apa yang menarik lagi korang boleh dapat di sini adalah menikmati hidangan yang ada di Restoran Warisan D'Sungai. Bertemakan makanan tradisional dengan harga yang berpatutan, korang pasti kena cuba setiap hidangan yang disediakan. Antaranya sarapan pagi pulut dengan ikan kering, pulut dengan rendang sambil ditemani deruan air sungai yang mengalir. Perggghhhhh.... Memang terbaik kaw!




Semua jenis masakan seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, pihak resort pasti boleh sediakan. Korang cakap je dengan tuan tanah, confirm mereka akan tunaikan.

Makan dalam Sungai Perik

Seperti yang korang lihat LeYa selalu sangat makan dalam sungai di Kemensah tu kan, kali ini LeYa bertukar angin menikmati makan tengah hari di dalam Sungai Perik di AMD Resort & Camp Perik. Memang satu pengalaman berbeza daripada yang lain bila korang bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan dalam sungai. Tengah-tengah makan, air sungai naik tinggu dan seluar korang pun basah. Jadi, untuk keselesaan LeYa sarankan korang tukarlah pakaian yang bersesuaian untuk menikmati hidangan dalam sungai.




Tengok saje lah LeYa ketika menikmati makan tengah hari dalam sungai tu. Tak pandang kiri kanan dah. Memang licin pinggan dan siap bertambah lagi. Memang rugi la kalau travel dan diet kan. Tengah berjalan ni, kita makan je. Balik rumah baru kita kembali normal. Hehehe...


Selain itu, korang boleh turut rasa pengalaman menginap sewaktu musim buah-buahan tempatan sebab korang boleh turut sama menikmati buah-buahan itu.

Nah... LeYa bagi korang terpana lagi dengan keasyikan yang ada dekat AMD Resort & Camp Perik ni. 





Amboi sakan betul kawan-kawan LeYa kan. Ada yang mandi tak kira siang atau malam, beramah mesra dalam sungai dan menikmati di Restoran Warisan. Memang satu pengalaman yang LeYa tak mungkin dapat lupakan. InsyaAllah tahun 2022 ni LeYa nak repeat datang musim buah-buahan pula. Nak makan durian banyak-banyak. Hehehe...

Aktiviti Lain Yang Boleh Dilakukan di AMD Resort & Camp Perik
  1. Hiking untuk melihat awan karpet.
  2. Bermain badminton
  3. BBQ dengan keluarga atau kawan-kawan
  4. Memberi makan kepada ayam ternakan
  5. Meninjau pembuatan IKS Kuih Batang Buruk tradisional yang asli.

Maklumat lanjut tentang AMD Resort & Camp Perik

Facebook

Hubungi di Talian
017-6883795 / 010-5107003 / 019-3306528 / 019-4443028

Okay korang. Setakat ini sahaja yang LeYa dapat kongsikan. Stay tuned untuk tempat baru dan menarik yang akan LeYa ceritakan lagi. Kalau korang nak rasa lebih menarik, seeloknya korang sendiri yang rasa pengalaman itu. Sebab setiap pengalaman kita tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jadi, jom bercuti dalam suasana kampung di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang, Kedah.

8 ulasan:

  1. Wahh bestnya. Banyak aktiviti boleh buat ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cici... Memang best. LeYa ni memang minat nature, Rasa tak cukup je teroka tempat-tempat hijau ni

      Padam
  2. Cantek view.. persekitaran pun bersih =D sama la ngn ju, dah lama biarkan blog bsawang, baru hari ni buka blog dan mood rajin nak lawat blog kawan2 =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. View dia memang cantik dan mendamaikan.
      Hahaha... Kan... Kemalasan dia menjadi2 bila dah ada socmed yang lain tu... Kesian blog kan...hehe..

      Padam
  3. Buat aktiviti ramai-ramai best ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah betul la tu... Kalau berdua je sunyi tempat² macam ni. Nanti bosan

      Padam
  4. kalau dah suasana mm ni makan pun bertambah2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Memang kalau bercuti lupa diet seketika... Yang penting enjoy

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com