Khamis, 16 Disember 2021

Risau Dagu Berlapis dan Kulit Kusam? Safi Youth Gold Kan Ada!!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Okay... Kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua tentang produk terbaru dari Safi Malaysia yang mana keluaran kali ini merangkumi Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser. Nak tahu berkesan ke tak berkesan, jom baca lagi sampai habis. Kalau tak habis baca, LeYa merajuk taw! Hehe...

Okay sebelum tu rasanya korang dah pun kenal kan dengan produk jenama Safi ni. Safi adalah jenama penjagaan kulit Halal No. 1 di Malaysia yang mana ia sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang disokong oleh tuntutan klinikal dan saintifik untuk meningkatkan imej jenama itu kepada pengguna.

Baru-baru ini, Safi ada melancarkan rangkaian baharunya, Safi Youth Gold, rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan yang katanya adalah upgrade version dari Safi Rania Gold. Tujuan utamanya memang kepada membantu mengurangkan masalah kulit penuaan seperti dagu berganda & kulit kendur serta berpotensi mengurangkan keyakinan wanita moden masa kini. Rangkaian baharu ini diformulasikan dengan lebih baik dan pembungkusannya juga lebih menarik dengan harga yang mampu milik. 

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser boleh mengurangkan dagu berganda sebanyak 50% dalam masa 15 minit sahaja supaya korang akan kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih terangkat, berkontur dan berseri. 50% ahli panel merasakan pengurangan dagu berganda berdasarkan penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.

Kelebihan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

  • Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur
  • Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit
  • Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus
  • Diformulasikan dengan teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa
  • Formulasi tidak melekit / berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit
  • Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi '7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit seperti: 
    • Menegangkan kulit
    • Meningkatkan keanjalan
    • Mengurangkan garis halus & kedutan
    • Meningkatkan kelembapan kulit
    • Melindungi kulit dari pengoksidaan
    • Meningkatkan kehalusan kulit
    • Memperbaiki kulit rosak
    • Berdasarkan ujian saintifik & klinikal
Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

Ini adalah pembersih wajah yang diformulasi dengan 24K serum emas yang membolehkan kulit kita jadi lebih halus dan lembut serta menganjal walau di usia semakin meningkat. Ia mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik  Super dan formulasi Anti PM2.5 yang boleh membersih dengan lembut dan terhidrat serta kulit akan nampak anjal dan muda.


Dengan Teknologi Golden C-Lift yang menggabungkan bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal, Golden C dan Nano Gold 24K yang boleh meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menyerikan dan menegangkan kulit agar kelihatan lebih muda, tegang dan anjal. 

  • Golden C - Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luar yang bahaya serta merawat kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
  • Nano Emas 24K - Berkesan mengembalikan keanjalan wajah dan menghaluskan kulit agar lebih lembut.
  • Triple Gold - Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menyerikan lagi wajah.
  • Asid Hialuronik Super - Melembapkan lagi kulit wajah, menghidrat lebih dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.
Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser
  • Cuci muka dan bersihkan wajah dari sebarang kekotoran yang ada
  • Picit sedikit cleanser ke tapak tangan dan gosok sehingga berbuih. Kemudian, sapukan ke muka dan urut secara perlahan dengan lembut.
  • Bersihkan muka dengan air. (Perhatian: Jangan terus lap muka dengan tuala selepas dicuci kerana ia akan mengeringkan kulit anda)
Harga : RM19.80


Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Ia adalah serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting di mana ia juga terdapat gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan Pembaharuan Keremajaan Kulit 7 Dimensi.
  • Golden C - Antioksidan yang dapat melindungi kulit dari pencemaran luar serta merawat kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
  • Nano Emas 24K - Berkesan mengembalikan keanjalan wajah dan menghaluskan kulit agar lebih lembut.
  • Ceramide 3 - Menguatkan lapisan kulit untuk wajah kelihatan lebih lembap, menghaluskan kulit dan menyerikan wajah.
Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

  • Untuk kesan yang lebih baik, titiskan 2 atau 3 titisan ke wajah atau boleh juga letakkan titisan pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah dengan mengurut secara lembut sehingga serum meresap ke dalam kulit.
Harga : RM59.00


Semenjak LeYa dah menggunakan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni, memang ramai tak percaya yang LeYa ni dah berusia 34 tahun. Dorang ingatkan LeYa masih 20-an. Auucchhh... gitcheewww... Muda bergetah balik iols... Jangan jeles u.... Kalau taknak LeYa muda sorang-sorang, jom dapatkan Set Safi Youth Gold ni sekarang!

Cara nak dapatkan Safi Youth Gold ni korang boleh dapatkan di cawangan farmasi berdekatan Watsons, Guardian, AEON Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza  di Shopee & Lazada.


Maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah

Instagram - @safimalaysia 
Facebook - @SAFI.My 
Twitter - @SAFImalaysia 
Youtube – SAFI Malaysia 

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia

3 ulasan:

  1. I didn't heard this brand :) thanks for your review...

    BalasPadam
  2. Dari tak tau sekarang uncle dah tau! TQ

    BalasPadam
  3. Dah semakin berteknologi produk Safi sekarang. Semakin berseri seri lah kak pakai safi Youth gold ni :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com