Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Setelah sekian lama LeYa tak travel. Dan alhamdulillah bila dapat saje kebenaran merentas negeri, lokasi pertama LeYa singgah dan makan adalah BBQ LAMB KL KEMENSAH. Memang unplanned pun nak ke sini. Saje lah suka-suka bawa sepupu dan beberapa rakan untuk mereka nikmati hidangan sedap yang ada kat sana.
Agak kekok juga lah nak mulakan semula aktiviti melancong dan tempat makan menarik ni kan. Haha... Almaklumlah otak dah tepu duduk dalam rumah je. Tak keluar-keluar ke mana.
Nak dijadikan cerita, last minute punya plan ni pun menjadi lah. Dan berkelana lah kami ke sana. Actually, acap kali juga LeYa dah bawa beberapa rakan blogger ke sini. Dan, setiap kali datang dan nikmati makanannya memang recommend dan sedap. Tak ada sikit pun rasanya lari dari yang asal. That's why LeYa sarankan korang yang belum pergi, boleh lah masuk list untuk cuba makan kat sini.
Siapa tak suka kan? Makan ditemani suasana kehijauan dengan deruan bunyi air sungai mengalir. Dapat pula dine-in dan celupkan kaki ketika menikmati hidangan di sini. Perrgghhhh.... Memang korang tak akan dapat lupakan punya lah...
So... nak dijadikan cerita lagi, LeYa pun tibalah seawal jam 10.00 pagi di BBQ Lamb KL Kemensah. Wahhh....Jadi orang terawal juga sampai ye. Gitew! Pusing punya pusing buat video dan ambil gambar sepupu dan rakan-rakan yang baru datang, LeYa pun terus bawa mereka ke tempat yang dituju iaitu Dine-in the river.
Suasana yang cukup mendamaikan dengan deruan air sungai yang mengalir deras ketika menikmati hidangan di situ. Seriyes weyyhhh!!! LeYa memang tak pernah muak makan kat sini. Yang nak merasai kedamaian dan menenangkan fikiran sambil makan makanan sedap, boleh datang kat sini. Tapi LeYa syor kan buat lah tempahan awal dulu sebab sekarang ni agak ramai juga yang dah datang berbanding LeYa mula-mula dulu.
Yeah!!! Yummy.... Inilah saat yang dinanti-nantikan. Apa lagi kalau tak hidangan western nya yang sedap tu. Set hidangan BBQ kami merupakan kombinasi dari Smokey Duck, Beef Tenderloin & Chicken Grilled dan disertakan dengan 4 pinggan nasi serta 4 mangkuk dessert dan buah tembikai. Untuk tambahan lain, kami memilih Set Couple untuk Chicken Wrap.
Aduuhhh.... Tengok pun dah rasa lapar balik. Jom guys kita repeat makan banyak-banyak lagi! Ahahaha... Tengok saje la reaksi LeYa makan kat bawah ni. Kemain besar suapannya itu. Tak pandang kiri kanan dah.
Yang bestnya lagi, korang yang ada anak-anak kecil tu, boleh lah nak bagi mereka main air kat tepi korang. Sambil makan sambil boleh tengok anak main air. Jadinya, anak-anak pun tak lah berasa bosan sebab ada aktiviti yang mereka boleh lakukan selain makan.
Macam biasa lah LeYa pasti akan bagi penghargaan terima kasih tidak terhingga buat pemilik lokasi yang dah jadi kenalan LeYa hari ini. Tak lain dan tak bukan, En. Zainuddin Yatim dan pasangannya, Puan Mimie kerana berjaya memberi satu pengalaman menarik kepada semua pelanggannya.
So.... bagi yang belum mencuba dan merasai keenakan hidangan dan kedamaian di tempat ini, bolehlah datang dan cuba. LeYa pasti korang akan balik dengan perut kenyang dan minda pun jadi fresh lepas dapat menenangkan fikiran kat sini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari seperti yang tertera:
BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang. 68000 Ampang Jaya, Selangor
Telefon
012 - 211 4100
Google Map
Facebook
Waktu Operasi
Setiap Hari (10.00 pagi - 11.00 malam)
Boleh baca cerita LeYa sebelumnya di BBQ LAMB
Beberapa kali jugak nak datang ke sini tapi tak jadi sebab mesti dah kekenyangan makan kat tempat lain sebelumnya. Agaknya kena buat plan makan kat sini betul2, baru jadik!
BalasPadamwahh bestnyaaa. selamat bercuti hehe
BalasPadamboleh dapatkan produk best disini yee
hiasan dinding
geometry art
Islamic art background
Yumss teringat ingat duck dia. Shedappp
BalasPadamSeronoknya tengok. LH teringin nak pergi makan tempat-tempat macam ni. Selain menikmati makanan, bergambar pun perlu ya
BalasPadamMencari rumah mampu milik rumah mampu milik penang ? jom baca lebih lanjut.
BalasPadam