Isnin, 4 Oktober 2021

Hotel Review 2021 Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hotel Review 2021 Lexis Hibiscus Port Dickson | Edisi #HotelHunting kembali lagi! Sejak kerajaan dah umumkan sedikit kelonggaran dan Negeri Sembilan pun sudah mencapai ke tahap PPN Fasa 4, jadinya LeYa pun terpaksalah menyusun strategi dan perancangan yang tertunda. Yeay! Alhamdulillah. Dah boleh jalan-jalan walaupun dalam negeri jer... Jadi untuk kali ni LeYa memilih untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson.

"Orang cakap musim-musim pandemik ni dari kau membazir tidur hotel mahal-mahal, baik gi bantu yang memerlukan." Kalau dengar cakap orang, memang tak kan ke mana lah kan. Lagipula, salah ke kalau nak spend time with cousin dan juga sebagai reward untuk diri sendiri. Rezeki tak pernah salah alamat. LeYa bersyukur, akhirnya dapat juga merealisasikan impian menginap di hotel lima bintang yang terkemuka di Port Dickson ni. Kiranya penginapan LeYa kat sini sebagai perjumpaan kecil bersama saudara-mara memandangkan kami dah jarang berjumpa asbab pandemik ni.

Tak sukar untuk mencari lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson ni. Ikut sahaja papan tanda yang diarahkan dan korang akan tiba ke lokasi dengan selamat. LeYa pun tiba dan terus masuk ke ruang lobi untuk tujuan check-in bilik penginapan. 


Apa yang menarik LeYa boleh cakap tentang Lexis Hibiscus ni adalah susun atur biliknya berbentuk bunga raya, bunga kebangsaan negara kita. Sebab tu lah namanya pun sebagai Lexis Hibiscus. Kat sini, korang boleh pilih beberapa jenis penginapan seperti Premium Pool Villa (bahagian kelopak), Executive Pool Villa (bahagian daun) Sky Pool Villa (on-shore), Imperial Suites (bahagian Stamen) dan Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma.

LeYa memilih untuk menginap di Premium Pool Villa. Biliknya agak luas dan memiliki dua katil bersaiz extra-large selain terdapat mini bar, kolam mandi dan bilik sauna.






Duduk rumah lama-lama pun boleh tepu otak. Jadi, memandangkan kerajaan dah beri sedikit kelonggaran ni, LeYa pun bermulalah aksi mencari hotel dengan tawaran promosi yang menarik. Nak rentas negeri tak dibenarkan, jadi kita bermalam je lah dekat kawasan sekitar Negeri Sembilan ni. Hehe... 


Korang jangan risau. Walaupun penginapan korang jauh dari bangunan utama, perkhimatan Buggy Car ada disediakan. So, memang meudahkan pergerakan korang lah kan.


Bila petang, banyak je aktiviti yang korang boleh lakukan kat sini. Antara kemudahan yang ada disediakan ialah Water J Park di mana korang boleh bermain gelongsor besar setinggi 8 meter. Selain itu, terdapat juga sukan air seperti jet ski, kayak, dan banana boat. Ada juga korang boleh bermain kereta yoyo, basikal, aktiviti memanah dan aktiviti indoor seperti Games Room, gimnasium, spa dan pusat permainan kanak-kanak. Buat peminat karaoke, bilik karaoke pun ada tau kat sini. Hee... Memang syok giler lah kalau korang dah menginap kat sini. Rasa penuh betul aktiviti harian korang kat situ.






Aha! Lagi satu. Kalau korang rasa lapar tetapi malas nak memandu keluar kan, bolehlah singgah di Hibiscus Walk kerana kat sini terdapat pilihan tempat makan seperti pool bar, bistro, restoran makanan Jepun dan Cina serta Roselle Coffee House yang mana sarapan pagi disediakan di sini. Memang terbaik lah LeYa boleh katakan.



Okay btw, LeYa amatlah berpuashati dengan percutian singkat LeYa kali ini bersama saudara mara di Lexis Hibiscus Port Dickson. Memang rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti yang LeYa pun ada terlepas untuk sertai. InsyaAllah, jika diberi peluang lagi nanti, LeYa akan kembali untuk menikmati semua aktiviti yang ada di sini. Jika korang sedang mencari percutian hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson bolehlah korang masukkan dalam senarai percutian korang!


Alamat
Batu 12, Jalan Pantai, Pasir Panjang,
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Telefon
06 - 660 2626

Website

Facebook

Instagram

6 ulasan:

  1. pernah stay kat lexis, memang seronok bebudak. yg hibiscus tu nak try gak nanti..one fine day!

    BalasPadam
  2. Cantikk juga lexis hibiscus ni... boleh masuk list! Best bercuti setelah sekian lama kann

    BalasPadam
  3. Cantik la ni ..abis pantang 2nd dose bleh la pi sini...

    BalasPadam
  4. best la ngadap pantai.. mmg nak datang sini lagi

    BalasPadam
  5. Bestnya Leya.. Lexis salah satu wish list Kak Sue jugak nie..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com