Khamis, 22 Julai 2021

Yong Tau Foo Sedap Dari Seremban Bukan Biasa-Biasa!!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kalau korang mengikuti LeYa di laman sosial, pasti korang tahu yang LeYa ada post berkenaan Yong Tau Foo sedap dari Seremban ni. Nak dijadikan cerita, Yong Tau Foo ni adalah satu favourite makanan LeYa. Hampir setiap hari di waktu pasar malam dibuka dahulu, LeYa akan beli Yong Tau Foo. Rasa tak best kalau pergi pasar malam tapi tak beli Yong Tau Foo. Macam tak lengkap je rasa. Hahaha... Nak dijadikan cerita lagi, memandangkan sekarang ni musim pandemik dan PKP, jadinya memang jaranglah LeYa nak keluar melainkan ada urusan penting sahaja. So, LeYa akan memilih untuk membeli online je dan penghantaran terus ke rumah and nikmatinya dengan tenang dan damai.

Yong Tau Foo merupakan makanan yang sangat disukai ramai. Dari golongan kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa, sudah pasti semua akan sukakannya. Yong Tau Foo ni sebenarnya adalah hidangan Hakka Chinese yang mana menu utamanya terdiri dari tauhu dan beberapa daging atau ikan. 

Baru-baru ni LeYa diperkenalkan oleh sahabat LeYa dengan Yong Tau Foo terbaik dan sedap dari Seremban ni. Ia merupakan salah satu produk viral yang pemilik jual dan sangat menarik sebab harganya yang murah dan portion nya yang begitu banyak. Jadi, LeYa memang recommend sangat kalau korang nak rasa dan nikmatinya.

Untuk LeYa, LeYa lebih suka nikmatinya panas-panas sebab tekstur rasa nya masih segar dan sedap. Bila dah dapat makan sedap, barulah rasa lebih bertenaga untuk melakukan rutin harian. Auch... Tak gitu! Sel-sel otak pun tak berapa nak berfungsi kalau perut dalam keadaan lapar. Jadinya, LeYa akan pastikan perut LeYa kenyang dan barulah bermula untuk berfikir menyelesaikan segala tugasan harian yang ada.


Jom dapatkan Yong Tau Foo terbaik ni dan rasai keenakannya hanya di rumah korang. Sebarang pembelian atau tempahan, boleh hubungi di talian WhatsApp +6012 - 9417511.

Facebook
https://www.facebook.com/mashuri.ngah

8 ulasan:

  1. Sedapnya yong taufu.Murahlah RM10.Penuh sebekas.

    BalasPadam
  2. Penuh sebekas yaa isi.. mewah sungguh.. kalau dekat dah try gak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Tu yg xpandang kiri kanan dah tu time makan

      Padam
  3. dulu2 selalu gak beli benda ni di pasar malam. harganya mahal gak jika ambik mcm2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Kalau beli main pilih sendiri memang confirm melambung-lambung duitnye...hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com