Jumaat, 30 Julai 2021

Lorong Seni Seremban Punyai Daya Tarikan Mempesonakan!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Destinasi di Negeri Sembilan sebenarnya indah dan sebahagiannya sudah pun ada dijadikan sebagai latar lokasi penggambaran filem-filem tempatan dan antarabangsa. Tapi kali ni LeYa saja lah nak kongsi dengan korang semua tempat menarik yang ada di Bandar Seremban. Dan, cerita ni dah pun lama berlalu sebelum PKP dan lockdown. Jadi, jom ikutinya di bawah...

Okay... Tempatnya memang agak struggle dan tricky jugak la nak jumpa. Sebab kawasannya berada di belakang-belakang kedai. Senang cakap dekat lorong-lorong kedai la. Sebab tu dah dipopularkan namanya sebagai Lorong Seni atau dikenali Street Art Seremban.

Kat sini kalau korang dah sampai memang banyak korang akan nampak hasil-hasil seni yang sangat cantik. Of course kaki gambar macam LeYa akan penuhkan memori dengan banyak untuk abadikan kenangan bergambar di tempat cantik macam ni. Aha! Tak gitu. 

 

Hasil seninya memang cukup cantik dan bagi LeYa combination warna yang digunakan juga sedap mata memandang. Actually, kalau korang rajin dan tak penat, sepanjang lorong di setiap belakang kedai tu memang sangatlah banyak untuk korang teroka. Setiap dari lukisan tersebut sebenarnya ada je terselit sejarah Negeri Sembilan seperti lombong bijih timah dan juga budaya setempat. Memang sangat-sangat awesome!


Tapi masalahnya, untuk parkir kereta lah ada sedikit sukar. Sebab kawasan tu agak sempit dan tempat parkir kereta terhad. Jadi korang mungkin kena cari tempat letak kereta yang jauh dan berbayar. Walau bagaimanapun, bila korang dah sampai kat Lorong Seni tu, korang memang akan terpukau dengan kecantikan lukisan-lukisan tu. Memang tak puas lah bergambar dari satu hasil seni ke hasil yang lain. 

So... Kalau korang berpeluang datang ke Seremban, bolehlah cuba-cuba untuk singgah ke Lorong Seni Seremban dan nikmatilah pemandangan hasil seni dengan sebaiknya. Ambil lah seberapa banyak kepingan gambar yang korang suka sebagai kenangan.

 

Jadi, sudahkah korang bersedia untuk menerokai tempat-tempat menarik dan luar biasa di Negeri Sembilan? Tunggu sedikit sahaja lagi, waktunya pasti akan tiba dan tidak lama lagi korang bolehlah mengemas barang dan pergi sendiri melancong ke tempat-tempat yang ada. 

Di mana sahaja korang berada, adalah lebih baik untuk mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti menggunakan pembersih tangan, memakai topeng muka dan juga mempraktikkan penjarakkan sosial. Jangan lupa juga untuk sentiasa imbas kod di aplikasi MySejahtera untuk tujuan langkah keselamatan kendiri.

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com