Ahad, 11 Julai 2021

Keburukan Rokok: Yang Manakah Lebih Bahaya? Membakar atau Memanas?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai... Bertemu lagi dalam coretan di lembaran Blog LeYa. Bercakap tentang rokok rasanya ramai pun sudah tahu keburukannya kan. Bak kata pepatah perokok tegar, "Biar putus cinta, jangan putus rokok." Alahaiii... lain macam betul bunyinya kan. Memang betul-betul tegar tu. Hahaha...


Kita akui tabiat merokok ni memang sangatlah sukar untuk dihentikan, lebih-lebih lagi kepada perokok tegar. Kenapa ia begitu sukar untuk menghentikan tabiat ini?

Dalam sebatang rokok terdapat pelbagai jenis bahan beracun seperti tar dan karbon monoksida yang berbahaya dan memudaratkan kesihatan. Punca utama penyakit berkaitan dengan merokok adalah asap rokok itu sendiri, yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan masih terdapat satu billion perokok menjelang tahun 2025. Pada masa sama, WHO turut mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok daripada perokok lain.

Asap rokok yang terhasil sebenarnya mengandungi lebih 6,000 bahan kimia beracun yang boleh diklasifikasikan kepada 100 daripadanya sebagai penyebab kepada penyakit seperti kanser, paru-paru dan emfisema.

Dan, banyaklah kempen berhenti merokok dah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Namun, tidak semudah itu ya nak menghentikan tabiat merokok ini.

Andai ada dalam kalangan pembaca Blog LeYa yang berusaha untuk berhenti merokok, LeYa doakan semoga semangat itu terus utuh sehingga berjaya. Actually, terdapat pelbagai kaedah tradisional boleh dicuba untuk mereka yang masih berusaha untuk berhenti. Bagi si perokok tegar yang ingin meneruskan tabiat ini, terdapat juga alternatif lain boleh digunakan untuk mengurangkan kemudaratan kesihatan sendiri dan juga orang di sekelilingnya.

Bagi informasi korang, banyak alternatif seperti rokok elektronik, vape, produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran untuk perokok. Vape adalah sejenis rokok elektronik yang akan menghasilkan aerosol daripada cecair yang berperisa khas untuk disedutkan oleh penggunanya untuk dapatkan rasa seperti menghisap rokok tanpa perlu membakar tembakau. Untuk produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran, ia cuma memanaskan tembakau tersebut, dan bukanlah membakar.

Kita tahu sebenarnya produk alternatif ini bukanlah bermaksud ia bebas risiko. Ia sekadar mampu mengurangkan kemudaratan sekiranya ramai perkok mula beralih sepenuhnya kepada produk alternatif. Apa pun pilihan di tangan anda! Lebih baik jangan memulakan tabiat merokok ini. Kelak, kita yang tersakiti.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com