Khamis, 29 April 2021

Grafiti 'Hall of Fame' Pertama di Asia Tenggara Diperkenalkan di Kampong Gelam, Singapura

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hola... Kali ni LeYa nak kongsi lagi tempat menarik yang ada di Singapura. Jika korang berjalan di kawasan Kampong Gelam, korang perasan tak lukisan-lukisan tembok di sekelilingnya.

Kalau korang nak tahu, ia memang terkenal dengan limpahan warna dan mural luarannya. Kini, Kampong Gelam memperkayakan lagi pengalaman pengunjung dengan tarikan baru, Balai Kemahsyuran Grafiti Pertama di Asia Tenggara.

Ia juga dikenali sebagai Hall of Fame @ Kampong Gelam yang diterajui oleh One Kampong Gelam dan turut disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura, Lembaga Pembangunan Semula Bandar, Penguasa Pengangkutan Darat dan Perbadanan Kejuruteraan & Pembinaan GS.

Lukisan tembok atau grafiti terpanjang di Singapura itu adalah sepanjang 230 meter dan setinggi 5 meter telah dilancarkan pada 28 April 2021 di Bali Lane dan Ophir Road.

Kampong Gelam : Kawasan Seni Jalanan Terkemuka di Singapura

Tumpuan perniagaan tradisional dan mercu tanda budaya ikonik, Masjid Sultan dan istana lama Sultan di Kampong Gelam sememangnya salah satu pusat seni dan budaya negara kota. Kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan pada tahun 1989 dan ia merupakan tarikan popular untuk menyaksikan persembahan seperti wayang kulit dan ketoprak pada masa lalu.

Selama berdekad lamanya, seniman pemuzik dan pemilik perniagaan telah memupuk pertumbuhan organik pusat seni bandar ini sehingga ia berkembang dan mempelbagaikan seperti yang kenali hari ini. Mural dan seni jalanan semakin bercambah di Kampong Gelam seawal tahun 2010, di mana kebanyakannya dilukis atas tugasan para pemilik perniagaan. Wujudnya Balai Kemahsyuran grafiti rasmi pertama di Asia Tenggara ini mengukuhkan lagi kedudukan Kampong Gelam sebagai kawasan seni jalanan terkemuka di Singapura dan galeri terbuka terbesar.

Balai Kemahsyuran : Mengalih Kesukaran Menjadi Peluang

Menyusuri jarak 131 meter di sepanjang Bali Lane dan 107 meter di sepanjang Ophir Road, dinding Balai Kemahsyuran setinggi lima meter ini bakal menjadi pengalaman seni jalanan yang paling terkenal di rantau ini. Pada asalnya, dinding itu didirikan sebagai penghadang bunyi terhadap kerja-kerja pembinaan. Namun, ia telah beralih wajah menjadi kanvas logam serta pentas untuk perngkarya mural terbaik di Singapura dan dunia.

Balai Kemahsyuran : Meraikan Artis Bandar di Singapura

Seramai 17 pengkarya telah membuka tirai terdiri daripada pengkarya yang cukup terkenal dan juga 'muka-muka baru' yang kian dikenali. Merekalah barisan yang menjadi ukuran mutu mural yang muncul itu.

Artis jalanan produktif ANTZ dan Didier 'Jaba' Mathieu mempersembahkan mural tersendiri di Bali Lane manakala di Ophir Road, mereka berkarya secara kolaborasi dengan Hegira, wakil perintis Singapura ke persada seni jalanan antarabangsa pada tahun 2003. Ini merupakan kali pertama ketiga-tiga mereka menghasilkan karya kolaboratif bersama dan sekaligus menyerlahkan intipati dan daya tarikan Kampong Gelam. Constant Elevation adalah khayalan fiksyen mereka yang berunsurkan persekitaran dipenuhi dengan kucing jalanan manja dan rumah kedai berbumbung merah.

Ophir Road akan turut memaparkan The Journey, karya yang menyatukan zaman silam dan semasa, hasil ilham lima pengkarya dan kenangan peribadi mereka di Kampong Gelam. Pasangan pengkarya Studio Moonchild bakal menggambarkan anak dalam pelbagai budaya sebagai metafora kewujudan serentak lagi unik tradisi dan budaya semasa. Sementara, Dem pula membayangkan seniman sebagai burung merpati terbang bebas, membesar dan melebarkan sayapnya dalah perjalanan tersendiri. KILAS dan Boon Baked pula mencipta sebuah portal waktu yang menyatukan keempat-empat mural bagi mengisahkan cereka silam presint tersebut.

Di Bali Lane, korang boleh perhatikan karya lucu dari AshD dan NOEZ23 yang membayangkan semula seniman grafiti sebagai pendekar semasa, menghunus 'senjata' cat semburan berwarna terang. Mural abstrak HasJ pula memaparkan pejalan kaki yang mencerminkan lenggang lenggok pejalan kaki itu tersendiri. Artis tatu sepenuh masa Sei10 menampilkan Tamotori Hime (Penyelam Mutiara) yang menyadurkan cerita rakyat Jepun dengan warisan Batik setempat bagi mengisahkan keadaan dunia semasa.

Kod QR menyertai setiap mural bagi membolehkan pengunjung mengakses Balai Kemahsyuran mikro yang dilengkapi maklumat mengenai perngkarya dan keterangan karya seni. Para seniman akan turut bergabung tenaga dalam siri mini tiga episod, Seni Jalanan di Kampong Gelam, yang menampilkan pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk Pengurus Pusat Seni Aliwal, Kenneth Chng.

Episod pertama meliputi topik evolusi pemandangan bandar Singapura dan peranan seni awam dalam masyarakat, akan muncul pada hari Rabu, 19 Mei 2021 di laman mikro www.HOF.visitkamponggelam.com.sg

SingapoReimagine: Pembentukan Bersama Tanpa Batasan

Dalam semangat meraikan bakat serantau, Hall of Fame mengalu-alukan kolaborasi antara budaya pertamanya, yang berlangsung atas talian antara muralis terkenal Indonesia Stereoflow dan artis Singapura, ZERO. Sebagai sebahagian daripada kempen SingapoReimagine oleh Perbadanan Pelancongan Singapura dan Indonesia, ia bertujuan mencetuskan perbualan mengenai masa depan melancong, di mana kedua-duanya menyampaikan satu naratif holistik mengatasi sempadan berjudul 'Under the Same Sun'. Gaya tandatangan ZERO akan diolah semula dan dipersembahkan di Balai Kemasyhuran di Bali Lane, sementara Stereoflow akan melukis remix tandatangannya di M Bloc Space, Jakarta.

Pengalaman Semula: Acara Di Kampong Gelam

Di samping Balai Kemasyhuran, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai aktiviti berkaitan serta pengalaman bandaran yang ditawarkan. Bertenaga semula dengan Kampong Gelam melalui lawatan berjalan kendiri, bengkel lukisan semburan yang dipimpin pengkarya, dan nikmat kembara kejiranan yang diperbaharui. Butiran selanjutnya akan dihebahkan kelak.

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com