Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan nak menjelang tiba kan. Korang dah ready ker? Hope masing-masing dah settle ganti puasa tau! Okay.. memandangkan tahun ni, kerajaan membenarkan aktiviti buffet Ramadan dan promosi-promosi buffet pun rancak dijalankan, jom ikut LeYa nak bawak korang semua untuk nikmati buka puasa korang dengan rasa Sajian Warisan Nusantara di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Jom!
Ini merupakan kali pertama LeYa datang ke The Pearl Hotel KL dan begitu teruja saat melangkah masuk ke dalam dewan yang luas dan meriah di situ. Menerusi Sajian Warisan Nusantara, korang akan disajikan dengan kepelbagaian masakan tradisional Melayu dengan lebih daripada 100 jenis untuk dipilih.
Kita masih mendepani pandemik yang belum ketahui jalan penghujungnya. Namun, korang tak perlu risau sebab SOP di The Pearl Hotel ni sangat diperketatkan bagi memastikan keselamatan semua pelanggan ketika menikmati hidangan berbuka puasa. Setiap meja boleh diduduki oleh 6 orang sahaja, sarung tangan plastik dibekalkan untuk para pelanggan mengambil makanan dan mask serta penjarakan fizikal juga dipantau oleh pelayan.
Secara umumnya, pelanggan yang datang mesti akan menuju ke hidangan utama terlebih dahulu. Maklumlah seharian berpuasa. Perut pun rasa lapar. Terdapat 9 Jenis Hidangan Utama yang akan ditukar setiap hari iaitu (Nasi Kukus, Gulai Daging Bunga Kantan, Singgang Ikan Selar, Ayam Taucu Pedas, Pajeri Nenas, Sambal Sotong, Pucuk Paku Lemak Cili Padi, Kurma Telur, Tauhu Masak Lemak Putih).
Tak cukup dengan itu, korang akan disajikan lagi dengan Stesen Ulam-Ulaman & Ikan Masin, Stesen Pembuka Selera & Makanan Ringan, Stesen Aneka Sup, Warung Aneka Mee, Gerai Gulai Kawah, Gerai Makanan Lambak, Juadah Istimewa Makanan Barat, Stesen Sosej Panggang Ala Jerman, Stesen Aneka Pasta Italiano, Warung Goreng-Goreng, Stesen Lebaran Aidilfitri, Warung Beriani & Mandi, Warung Sate, Kaunter Dim Sum & Pau, Warung Murtabak, Sate Celup & Aneka Sos, Warung Sup "Gear Box", Stesen Pencuci Mulut, Stesen ABC, Gerai Buah-Buahan dan Gerai Minuman.
PEMBUKA SELERA & MAKANAN RINGAN
Rojak & Pasembur (Timun, Jambu Batu, Sengkuang, Mangga Muda, Buah Nenas, Betik Muda, Jambu Air, Taugeh, Tempe, Tauhu, Biji Bijan, Pes Kacang Tanah, Sos Udang Pedas, Kacang Tanah Goreng
STESEN ULAM-ULAMAN & IKAN MASIN
Juadah Istimewa yang disajikan adalah pelbagai Aneka Ulam-ulaman seperti Jering, Kacang Botol, Kacang Panjang, Ulam Raja, Daun Selom, Kobis, Timun, Lobak Merah, Pucuk Gajus, Tomato bersama Ikan Masin Gelama, Ikan Masin Sepat & Ikan Masin Talang
STESEN ANEKA SUP
Sup Ayam Berempah, Sup Cendawan Berkrim, Sup Asparagus Berkrim & Sup Bebola Ikan
WARUNG ANEKA MEE
Hidangan Mee yang disajikan dengan pelbagai Aneka Sup & Kondimen tambahan
GERAI GULAI KAWAH
Gulai Kawah Kambing atau Gulai Kawah Daging
JUADAH ISTIMEWA MAKANAN BARAT
Kambing Golek, Ayam Golek, Ikan Panggang dengan pelbagai Aneka Sos pilihan
GERAI MAKANAN LAMBAK
Makanan Laut yang dilambakkan bersama Campuran Sayuran dan disalut dengan Sos Pedas dan Masam
STESEN SOSEJ PANGGANG ALA JERMAN
Sosej Bawang Putih, Sosej Keju, Sosej ‘Farm House’, Sosej Cendawan dan lain-lain bersama Sos Mustar Biji Sawi, Jeruk Gherkins, Jalapeno, Sos BBQ, Sos Tomato & Sos Cili
STESEN ANEKA PASTA ITALIANO
Pasta Spaghetti Carbonara & Pasta Spaghetti Napolitana
WARUNG GORENG-GORENG
Nugget Ayam, Baji Kentang, Sosej Keju, Popiah, Bebola Ikan, Samosa bersama dengan Sos Cili Thai & Mayonis
STESEN LEBARAN AIDILFITRI
Lemang, Ketupat, Serunding Ayam, Serunding Daging & Nasi Impit
WARUNG BERIANI & MANDI
Nasi Mutiara, Ayam Beriani, Kambing Mandi, Dhal, Jeruk Bawang, Acar Jelatah & Papadom
WARUNG SATE
Sate Ayam, Sate Daging bersama Kuah Kacang Pedas, Timun, Bawang & Nasi Impit
KAUNTER DIM SUM & PAU
Aneka Dim Sum dan Pau bersama Sos Cili & Kicap Miso Manis
WARUNG MURTABAK
Murtabak Ayam, Murtabak Daging bersama hidangan Kari Ayam, Jeruk Pedas & Dal
SATE CELUP & ANEKA SOS
Bebola Ikan, Bebola Sotong, Bebola Ayam, Bebola Udang, Bebola Udang, Bebola Ketam, Sosej, Jagung Muda, Brokoli, Kek Ikan, Cendawan Butang, Tauhu perisa Makanan Laut, Tauhu Goreng, Tauhu Keju, Kani-Stick, Cendawan Tiram, Kuah Kacang, Minyak Cili, Kicap Soya, Kicap Cili Padi, Kuah Sambal & Kicap Manis Pasta Spaghetti Carbonara & Pasta Spaghetti Napolitana
STESEN SOSEJ PANGGANG ALA JERMAN
Sosej Bawang Putih, Sosej Keju, Sosej ‘Farm House’, Sosej Cendawan dan lain-lain bersama Sos Mustar Biji Sawi, Jeruk Gherkins, Jalapeno, Sos BBQ, Sos Tomato & Sos Cili
WARUNG SUP “GEAR BOX”
Sup ‘Gear Box’, Bawang Goreng, Daun Sup & Kicap Sambal
STESEN PENCUCI MULUT
Aneka Pastri, Kek, Bubur Manis, Aneka Kuih-muih, Aneka jenis Buah Kurma, Biskut Raya, Kuih Raya, Wajik & Dodol
STESEN ABC
Pelbagai Aneka Ais krim , Ais Kacang ABC, Cendol, Lai Chi Kang & Kondimen
GERAI BUAH-BUAHAN
Buah Tembikai, Buah Nenas, Buah Tembikai Susu, Buah Betik & Pisang
GERAI MINUMAN
Cincau, Jus Oren, Jus Epal, Sirap Selasih, Sirap Bandung, Barli Manis, Teh Tarik, Nescafe Tarik & Kopi Tarik
Jadi, tunggu apa lagi? Jom cepat tempah slot berbuka puasa korang bersama The Pearl Hotel Kuala Lumpur.
Tempahan Awal (Early Bird)
Diskaun Sebanyak 25% dari 15 Mac hingga 11 April 2021
Dewasa : RM88 nett setiap orang
Kanak-Kanak : RM48 nett setiap orang (6-12 tahun)
Harga Normal
Dewasa : RM118 nett setiap orang
Kanak-Kanak : RM98 nett setiap orang
Selain itu, turut menemani korang ketika menikmati juadah berbuka puasa adalah kumpulan Ghazal Tradisional dan turut disediakan ruang solat untuk Maghrib, Isyak dan Tarawih yang akan dipimpin oleh seorang Ustaz sepanjang bulan Ramadan.
Sebarang tempahan dan butiran lanjut, boleh hubungi The Pearl Hotel Kuala Lumpur di nombor berikut
+6016 331 8794 (Yusri Yusof)
+6016 331 9675 (Jieh)
+6012 389 0690 (Linda)
atau hubungi kami di +603 7983 1111 ext 8945 atau 3306
Jom Berbuka Puasa di The Pearl Hotel Kuala Lumpur!
Suka dgn memu2 kampung buffet ramadhan di The Pearl KL ni sgt menarik dan sedap
BalasPadamOkay next time kita makan² lagi tau.. hehe...
PadamBetul tu... Pilihan yang banyak untuk kita buat...
BalasPadamfuhh kemain meriah menu2 tu haa. berbaloi berbuka dekat sini kan.
BalasPadamHehehe... Macam-macam ada... Jom3x... Booking slot berbuka kat sini
Padamso sweet pakai pink.haha. syoklah menu meriah. menu wajib nak rasa kambing golek
BalasPadamHehe...
Padammcm2 ada...jenuh nak menghabiskannya. selepas tarawih boleh sambung makan lg ke?
BalasPadamBoleh... Makan sampai tak larat tau
Padam