Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Ramadan tiba... Ramadan tiba...
Wahhhh.... Kejap betul masa berlalu kan. Dah nak berpuasa balik. Di kesempatan Ramadan kali ini, LeYa harap dapat perbaiki lagi diri, kehidupan dan perbanyakkan amalan untuk hati rasa tenang, bersyukur dan berbahagia bersama Mr. Otomen Taro dan keluarga. InsyaAllah.
Sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba, macam biasa Buffet Ramadan di segenap hotel-hotel di Malaysia dah memulakan episod pengembaraannya menularkan hidangan yang enak-enak. Jom ikuti selanjutnya di bawah.
Marriott Bonvoy Hotels and Resorts Malaysia meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan semangat kebersamaan dan silaturrahim. Untuk menitipkan peringatan kepada rakyat Malaysia supaya terus mengeratkan hubungan mereka bersama yang tersayang dan meraikan sajian-sajian yang menyelerakan, kumpulan hospitaliti tersebut bersama rangkaian hotel dan resort yang mengambil bahagian telah menyediakan variasi pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan menerusi pelbagai sajian masakan yang beraneka rasa. Bagi mematuhi norma baharu dan mengutamakan keselamatan para pengguna, rangkaian hotel dan resort Marriott Bonvoy juga memastikan hidangan-hidangan istimewa ini boleh dinikmati oleh semua menerusi pilihan sama ada makan di hotel, bawa pulang, mahupun secara penghantaran.
Jom ikuti hidangan istimewa Ramadan di rangkaian hotel dan resort sekitar tanah air:
Aloft Kuala Lumpur Sentral
Ramadan kali ini bakal memperkenalkan Jom Buka@Nook di restoran utama Aloft, Nook. Menjunjung masakan Malaysia, pasukan kulinari Aloft telah menyediakan bufet sajian mewah untuk seisi keluarga dan sahabat handai merasai sendiri keunggulan masakan warisan Malaysia. Disediakan oleh Chef Eksekutif Arfizan dan Ketua Jurumasak, Chef Rais bersama pasukan mereka, bufet tersebut menyajikan pelbagai hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti Kambing Bakar, Rendang Daging Sous-Vide, Sup Periuk, Bubur Lambuk, Sate, Rojak, Kerabu Jantung Pisang, Pajeri Nenas Manis, Nasi Briyani Johor, Asam Pedas Ikan Pari dan pelbagai lagi aneka masakan. Para pengunjung juga boleh menghilangkan rasa dahaga dengan pilihan aneka minuman termasuk Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma dan Air Jagung. Bufet tersebut ditawarkan pada harga RM148 seorang. Para pengunjung turut berpeluang untuk membawa pulang hidangan Aloft menerusi set hidangan bawa pulang Jom Buka.
Set hidangan bawa pulang Jom Buka mengandungi 10 jenis juadah dengan tiga pilihan santapan utama: Daging Masak Rendang, Kambing Bakar Bumbu atau Ayam Percik Kelantan. Antara pilihan hidangan sampingan yang pasti mahu dinikmati berulang kali ialah Roti Telur Johan, Bubur Lambuk Ayam, Tauhu Bergedil Ayam, Nasi Minyak dan Sagu Pandan Gula Melaka. Setiap set disertakan dengan minuman jus sejuk dan buah kurma, dijual pada harga RM188 - RM288 setiap set. Tersedia untuk bawa pulang dan menerusi penghantaran, tempahan perlu dibuat dalam tempoh 48 jam dan penghantaran adalah percuma untuk pelanggan yang tinggal dalam radius 10km dari Aloft.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi +603 2723 1154 atau emel ke kulal.b&f@marriott.com.
Element Kuala Lumpur
Sudah tentu kita akan merindui kampung halaman apabila menjelang bulan Ramadan. Membawakan “Desa Vibes” ke Trace Restaurant di tingkat 40 Element Kuala Lumpur, Chef Eksekutif Man dan pasukan beliau bakal melangkaui jangkaan semua menerusi seleksi terbaik kegemaran rakyat Malaysia! Sajian istimewa kali ini cukup dekat di hati Chef Man iaitu Nasi Dagang, sebuah sajian tempatan popular yang berasal dari Pantai Timur. Diperbuat daripada nasi pulut, santan dan dihidangkan bersama gulai ikan kembung, acar dan rasa sayang, sajian ini mengimbau kenangan manis Chef Man di kampung halaman bersama orang yang tersayang.
Bufet sajian yang pelbagai ini juga menyediakan sajian kepakaran utama Chef seperti aneka kerabu, Daging Salai Madu bersama nenas panggang, pelbagai jenis makanan bakar, Rendang Daging Minang, dan bermacam lagi. Bufet Desa Vibes ditawarkan pada harga RM128 (dewasa) dan RM64 (kanak-kanak). Bagi mereka yang lebih selesa untuk berbuka puasa di rumah, menu Desa Delivery juga boleh didapati sepanjang bulan Ramadan ini.
Untuk hidangan bawa pulang, sila hubungi +603 2771 3351 untuk menempah pesanan anda. Untuk tempahan, sila emel TraceRB.Elementkl@elementhotels.com atau hubungi +603-2771 3388 / 3351
Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown
Terokai “Bazar Selera” kala azan berkumandang pada waktu senja di Quan’s Kitchen, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown. Diilhamkan oleh kepelbagaian budaya dari negara China, Chef Eksekutif Gerald Chong akan mengetuai pengembaraan kulinari anda merentasi Laluan Sutera menerusi stesen Lan Zhou La Mien yang menyajikan mi tarik dengan sup tulang berserta kepingan ayam atau daging yang dihidangkan semasa panas. Hayati kelazatan Kambing Golek Jintan, sajian ikonik dari Xinjiang yang enak dimakan bersama Uzbek Plov.
Nikmati juga kepelbagaian masakan kampung dan antarabangsa yang bakal menggamit suasana Bazar Ramadan yang tidak asing lagi. Kemeriahan kali ini menawarkan menu pembuka selera seperti Kerabu, Ulam dan Sup Berempah Tulang Rawan yang kaya dengan khasiat, santapan utama yang kekal menggiurkan sepanjang zaman; Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Ayam Percik dan pelbagai lagi. Akhiri iftar anda dengan rasa manis Ais Kacang tradisional atau Ais Krim Goreng yang digoreng sempurna. Bufet ini ditawarkan pada harga RM158 seorang. Baucar tempahan awal boleh dibeli mulai sekarang hingga 2 April 2021 pada harga RM118 seorang. ‘”Bazar Selera” juga boleh didapati menerusi pesanan pengambilan sendiri dan penghantaran.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi +6012 507 3327 menerusi panggilan telefon atau WhatsApp, atau emel
dining@fourpoints.com.
Four Points by Sheraton Puchong
Four Points by Sheraton Puchong mempersembahkan “Tradisi Warisan” dengan sajian juadah asli yang menyelerakan untuk anda, seisi keluarga dan sahabat handai sepanjang musim ini. Aneka bufet sajian ini turut tampil dengan air tangan istimewa Chef seperti Gulai Kawah, Sup Kambing, Lemang, dan semestinya Ketupat yang ikonik untuk dinikmati bersama Rendang dan kari. Apa yang lebih mewarnai pengalaman kulinari bersama “Tradisi Warisan” kali ini ialah gabungan rasa tempatan dan antarabangsa untuk pengalaman kulinari yang lebih luar biasa. Sajian bufet ini menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa menerusi variasi jenis masakan, daripada gerai tempura Jepun, Teppanyaki yang hangat memikat dan kaunter Pasta eksklusif yang mendatangkan sedikit sentuhan Barat.
Bufet Tradisi Warisan boleh dinikmati pada harga RM145 (dewasa) dan RM72.50 (kanak-kanak berusia 4 - 12). Tempahan awal pula bernilai RM85 (dewasa) dan RM42.50 (kanak-kanak). Anda juga boleh membawa pulang hidangan istimewa kami seperti Briyani Kambing atau Ayam untuk makan malam.
Le Méridien Kuala Lumpur
Dalam rakyat Malaysia bersiap-sedia untuk menyambut kedatangan Ramadan, Le Méridien Kuala Lumpur kembali dengan Santapan Muhibbah 2.0 menerusi pilihan untuk makan di hotel, bawa pulang, dan penghantaran demi keselesaan dan kemudahan para pengunjung. Kembali atas permintaan ramai, bufet yang telah ditambah baik kali ini menawarkan sajian buka puasa yang unggul di salah satu restoran utama di hotel tersebut, Latest Recipe. Bagi meraikan bulan yang penuh barakah dalam norma baharu, Le Méridien Kuala Lumpur juga bakal menghidangkan sajian tersebut di meja para pengunjung. Untuk menguatkan lagi rasa dalam setiap masakan, Sous Chef Eksekutif, Chef Budiman juga memberikan sedikit nafas baharu kepada resipi-resipi lama beliau yang meliputi pelbagai jenis masakan dari seluruh negara ke dalam variasi santapan utama Melayu yang digubah khusus untuk dinikmati oleh para pengunjung. Pilih saja daripada pelbagai sajian hebat yang tersedia seperti Kari Tulang Rusuk Lembu Utara dengan minyak beraroma, Kambing Golek dengan Rempah Baharah dan sajian tradisional Lemang, Serunding and Ketupat. Sajian bufet yang kaya rasa ini akan ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Nikmati harga tempahan awal berharga RM128 (dewasa) bagi tempahan sepanjang 8-31 Mac. Hotel ini juga telah bekerjasama dengan ODDLE untuk membolehkan para pengunjung berbuka puasa menerusi set hidangan yang menyelerakan untuk bawa pulang dan juga penghantaran.
Le Méridien Putrajaya
Le Méridien Putrajaya mengalu-alukan kehadiran para pengunjung ke Destinasi Rasa, di mana mereka boleh meneroka pelbagai rasa tempatan dan antarabangsa dengan tarikan utama tertumpu kepada sajian gerai juadah kegemaran rakyat Malaysia. Para pengunjung boleh menikmati sajian yang direka khas untuk bulan Ramadan di Latest Recipe di mana para chef telah mempamerkan sentuhan air tangan mereka untuk menyediakan Kambing Golek Arab, Burung Puyuh Penyet, Roti Sarang Burung dan semestinya hidangan istimewa kegemaran semua iaitu Daging Dendeng. Sajian harian istimewa juga bakal disediakan di lima stesen memasak secara langsung. Tambahan pula, para pengunjung juga boleh menikmati Ais Krim Durian Musang King kami sebagai pemanis mulut. Bufet ini ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Harga tawaran awal pula bernilai RM130 (dewasa) dan RM65 (kanak-kanak).
Untuk tempahan, sila hubungi +603 8689 6888 atau emel dining.lmputrajaya@lemeridien.com
Sheraton Petaling Jaya Hotel
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba dan bagi mengimarahkan aura Ramadan, Sheraton Petaling Jaya bakal menganjurkan sebuah Bazar Ramadan atas talian. Suasana hiruk-pikuk dan aroma sate serta mi goreng daripada bazar tersebut kini boleh diamati di platform-platform digital dan sedia untuk dihantar ke muka pintu rumah anda – mudah, selesa, dan selamat. Bertemakan ‘Ramadan Bazaar’, setiap set mengandungi empat (4) sajian utama (pembuka selera, santapan utama, sayur-sayuran, dan nasi) yang dipilih oleh para pembeli dan akan dilengkapkan dengan tiga (3) item tambahan: pencuci mulut, aneka sos, dan hidangan sampingan. Set tersebut akan dijual pada harga RM158 setiap satu untuk set dua (2) orang dan RM250 setiap satu untuk set lima (5) orang. Selain hidangan untuk bawa pulang, bufet tersebut juga akan disajikan di dua lokasi berbeza – Feast pada harga RM138 seorang dan Ballroom pada harga RM98 seorang.
The Westin Kuala Lumpur
Tahun ini, The Westin Kuala Lumpur menjemput anda untuk meraikan “Indahnya Ramadan!” di ruang makan kontemporari mereka, The Living Room. Sajian bufet yang mengasyikkan ini sedia untuk menjadikan bulan istimewa ini antara bulan-bulan yang paling memberikan kenangan manis buat anda dan yang tersayang. Dengan pasukan kulinari yang diketuai oleh Chef Eksekutif Halim Chek Lah, The Westin Kuala Lumpur akan membuatkan anda terpesona dengan stesen masakan secara langsung, di mana para pengunjung bakal menikmati masakan citarasa Malaysia yang asli. Bagi mengimbau kembali amalan tradisi menyambut bulan Ramadan, bufet tersebut juga akan menghidangkan ulam-ulaman di dalam sebuah sampan bersaiz sebenar dan para pengunjung akan berpeluang untuk mencipta Kerabu dengan adunan tersendiri menerusi seleksi sos pilihan. Dengan harga RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak berusia 7-12, set menu Indahnya Ramadan! boleh juga bawa pulang dan dihantar terus ke muka pintu rumah anda.
Untuk tempahan, bawa pulang, dan penghantaran; sila hubungi Westin Dining di +603 2773 8495, WhatsApp +6012 305 1715, atau emel
westindining@westin.com
Aloft Langkawi Pantai Tengah
Sempena musim perayaan ini, hotel yang paling mempesona di bumi Langkawi ini mempersembahkan “Nookilan Citarasa Kampung”, aneka masakan kampung yang tradisional dan asli termasuk hidangan istimewa seperti Kambing dan Ayam Golek, Bubur Lambuk, Asam Pedas, Gulai Udang, aneka kuih Melayu dan macam-macam lagi! Chef Asnan, Jurumasak Kedua Aloft Langkawi Pantai Tengah yang memiliki kepakaran dalam masakan Melayu telah mencipta sebuah menu secara teliti dan sarat dengan pelbagai juadah untuk dinikmati para pengunjung sepanjang Ramadan ini. Boleh didapati di Nook, bufet ini ditawarkan pada harga RM68 (dewasa), RM48 (warga emas) dan RM34 (kanak-kanak).
Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila hubungi +604 2723 1154 atau emel
kulal.b&f@marriott.com
The St. Regis Langkawi
Kita semua tahu bahawa kurma adalah juadah yang wajib ada menjelang bulan Ramadan, dan pada tahun ini, The St. Regis Langkawi telah mencipta aneka sajian Melayu berunsurkan kurma yang boleh dinikmati bersama yang tersayang dalam keselesaan rumah anda. Diilhamkan oleh rasa manis semulajadi kurma yang sarat dengan nutrien, setiap ciptaan di dalam menu tersebut dihasilkan daripada kurma Safawi. Menu yang digubah khas ini sedia untuk menawarkan pengalaman kulinari yang hebat dan mengujakan kepada orang ramai! Bermula dengan harga RM30 bagi setiap sajian, menu berunsurkan kurma ini boleh dinikmati menerusi hidangan bawa pulang dan penghantaran. Sajian tersebut juga boleh dinikmati di restoran mereka yang terkemuka, L’Orangie.
Pesanan boleh dibuat menerusi GrabFood dan FoodPanda. Tertakluk kepada caj penghantaran.
The Westin Langkawi Resort & Spa
Tidak boleh disangkal lagi bahawa masakan Melayu tradisional adalah sajian terbaik untuk dinikmati di bulan Ramadan. The Westin Langkawi menawarkan servis penghantaran bagi sajian kegemaran tempatan bertemakan Selera Kampung ke rumah anda. Orang ramai boleh mencipta sendiri kemeriahan sajian mereka dengan memilih hidangan kegemaran mereka daripada variasi sajian yang tersedia. Nikmati keindahan saat-saat berharga bersama yang tersayang sambil merasai sendiri pengalaman menjamu selera yang tersendiri. Bermula daripada harga RM95 dan ke atas, setiap set mengandungi empat hingga lima juadah daripada menu yang tersedia untuk dinikmati oleh enam orang, dan set itu juga dilengkapi dengan potongan buah-buahan, buah kurma dan minuman kordial secara percuma.
Pesanan juga boleh dibuat menerusi GrabFood dan FoodPanda Tertakluk kepada caj penghantaran.
Courtyard by Marriott Penang
Kembali dengan seleksi hidangan baharu untuk makan di sini atau bawa pulang, Penang Kitchen oleh Courtyard by Marriott, Pulau Pinang memeriahkan lagi musim perayaan ini menerusi “The Dulang Lunch”; para pengunjung boleh menikmati masakan Melayu asli, terutamanya jika anda pencinta kari! Set “The Dulang Lunch” ditawarkan pada harga RM42 untuk dua orang. Penang Kitchen juga menawarkan Tea-Fin yang menggabungkan konsep ‘high tea’ dan ‘tiffin’ yang diilhamkan oleh budaya tempatan dan Nyonya di Pulau Pinang setiap hari daripada jam 2.30-5.30pm. Kudapan manis dan savori dihidangkan di dalam ‘tiffin’ setinggi tiga tingkat berserta seteko teh pada harga RM68 untuk dua orang. Sebagai tanda penghormatan buat hero-hero negara, The Buy 1 Get 1 Free Meals bagi pejuang barisan hadapan dan kakitangan awam juga akan tersedia daripada tengah hari sehingga jam 2.30pm pada setiap Selasa.
Untuk tempahan, sila hubungi +604 297 2300 atau emel
cy.pency@courtyard.com. Ahli Marriott Bonvoy bakal menikmati diskaun 10% selepas mendaftar, pendaftaran adalah secara percuma!
Le Méridien Kota Kinabalu
Raikan semangat bersama-sama untuk “Kenangan Suasana Ramadan”. Bagi menghidupkan semula kegembiraan dan semangat bulan Ramadan, Le Méridien menawarkan ruang untuk seisi keluarga, sahabat-handai, dan juga organisasi-organisasi korporat untuk beramah mesra dan berbuka puasa bersama-sama. Barisan chef kami yang kreatif bakal mendatangkan sentuhan khas dan tampil dengan bufet sajian yang menampilkan sajian masakan di rumah kegemaran mereka yang diwarisi daripada keluarga masing-masing serta hidangan yang telah mereka pelajari dari pelbagai destinasi pekerjaan mereka sebelum ini.
Bufet tersebut juga akan memperkenalkan hidangan-hidangan istimewa baharu, antaranya Istimewa Kambing Panggang, Rendang Tok, seleksi sajian Thai, Gulai Kandaq, Sup Gearbox, Bubur Lambuk, dan pelbagai lagi. Kenangan Suasana Ramadan dapat dinikmati pada harga RM128 (dewasa) dan RM58 (kanak-kanak). Para pengunjung juga boleh mendapatkan baucar tempahan awal berharga RM98 (dewasa).
The Westin Desaru Coast Resort
Ramadan adalah peluang untuk saling memberi dan meraikan saat-saat berharga bersama seisi keluarga dan sahabat-handai. The Westin Desaru Coast Resort meraikan kedatangan Ramadan dengan “Selera Citarasa Johor” di Seasonal Tastes, restoran resort berkenaan di mana para pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian istimewa negeri Johor yang menyelerakan. Para chef yang berpengalaman bakal menyediakan bufet sajian yang kaya dengan rasa dan nostalgia, antaranya Kambing Golek, Nasi Briyani, Sup Kambing Berempah, Ikan Bakar, dan pelbagai lagi. Bufet ini ditawarkan pada harga RM128 seorang. Para pengunjung juga boleh menikmati hidangan Selera Citarasa Johor Seasonal dalam keselesaan rumah masing-masing menerusi set hidangan bawa pulang bernilai RM60 untuk dua orang.
Tak sabar menunggu ketibaannya, Leya
BalasPadamYe kan... Beberapa hari je lagi nak puasa dah..
PadamWaaa menarikk nii. Boleh masuk list dah ni yang mana duduk berdekatan 😁
BalasPadamHehe... Kan... Ramadhan yg pasti dinanti-nanti kan
Padamnasib baik baca time malam.hahahahahah
BalasPadam