Khamis, 4 Mac 2021

Bisul Di Anggota Badan, Jangan Gatal Tangan Nak Picit Ya! Ambil Tahu Punca & Gejalanya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bisul tiada mata boleh terbentuk di mana-mana kawasan pada anggota badan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jom ikuti sedikit kupasan di blog LeYa ini untuk ketahui punca dan simptom bisul yang terbentuk di tubuh badan.

 

Bisul tiada mata, apa tu?

Bisul merupakan benjolan yang amat pedih dan bernanah pada kulit. Punca bisul selalunya berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang dikenali sebagai bakteria staphylococcal.

Bisul tiada mata pula adalah bisul yang tidak mempunyai titik mata berwarna putih di tengahnya. 

Kalau korang nak tahu, bisul juga mampu menjejaskan banyak bahagian badan seperti muka, leher, ketiak, punggung dan peha.

LeYa pasti korang pernah atau mungkin mempunyai lebih daripada satu bisul pada satu masa kerana kebiasaannya ia bukanlah serius kerana masih boleh dirawat. Terdapat beberapa faktor seseorang terkena bisul, antaranya:

  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri
  • Alahan
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Kurang zat makanan
  • Pesakit diabetes
  • Berada di kawasan penempatan yang sesak seperti di institusi atau rumah kebajikan
Bisul di bahagian badan, ini puncanya!

1) Bisul tanpa mata di payudara

Sekiranya korang mengalami bisul, yang juga disebut furuncles, korang mungkin mengenali benjolan berwarna pink di payudara. Kebiasaannya, bisul adalah benjolan bengkak di bawah kulit.

Ia mungkin sedikit menyakitkan apabila disentuh atau saat bergeseran dengan pakaian atau coli.

Bisul tanpa mata juga biasanya akan membesar apabila nanah masuk ke dalam lesion.

Secara umumnya, ia boleh dirawat dengan mudah tetapi bisul payudara yang besar mungkin perlu dibedah oleh doktor.

Antara simptom bisul di payudara termasuk:
  • Benjolan kecil
  • Berwarna merah jambu
  • Tengahnya berwarna putih atau kuning
  • Mengeluarkan cecair jernih, putih atau kuning
2) Bisul di ketiak

Bisul di bawah lengan selalunya berlaku apabila folikel rambut dijangkiti. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor:
  • Berpeluh dengan berlebihan : Sekiranya korang berpeluh lebih daripada biasa kerana cuaca atau aktiviti fizikal, tetapi tidak membersihkan diri dengan betul, maka korang akan lebih mudah terdedah dengan jangkitan bakteria seperti bisul.
  • Mencukur : Ketiak korang adalah tempat di mana peluh dan kulit mati berkumpul. Jika korang kerap sangat mencukur ketiak, kemungkinan besar korang akan mendapat jangkitan bakteria. Semasa mencukur, secara tidak sengaja korang sebenarnya telah 'membuka' permukaan kulit lantas mengakibatkan bakteria masuk dengan mudah.
  • Kebersihan diri yang lemah : Apabila kawasan bawah lengan jarang dicuci, kulit mati boleh terbentuk dan menyumbangkan kepada pembentukan bisul atau jerawat.
  • Sistem imun yang lemah : Sekiranya korang mempunyai sistem imun yang lemah, tubuh kurang mampu melawan jangkitan bakteria. Bisul juga kerap terjadi pada penghidap diabetes mellitus, kanser, ekzema atau alahan.
3) Bisul tiada mata di paha

Paha, lebih-lebih lagi pada bahagian dalam adalah tempat yang biasa untuk bisul terbentuk kerana kawasan ini sering bergeseran dan berpeluh terutama dalam cuaca panas seperti di Malaysia.

Ini mendorong pertumbuhan bakteria di dalam folikel. Tetapi, beberapa keadaan menjadikan korang lebih mudah terdedah, sebagai contoh:

  • Menghidap ekzema atau psoriasis, kesan calar atau luka meningkatkan risiko dijangkiti
  • Sistem kekebalan tubuh yang terganggu membuatkan anda lebih cenderung mengalami jangkitan
  • Menghidap diabetes, mungkin menyukarkan badan pesakit untuk melawan jangkitan
  • Tinggal atau bekerja dengan individu yang mempunyai bisul juga boleh meningkatkan risiko terhadapnya
  • Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko anda mendapat bisul

4) Bisul pada faraj

Bisul faraj merupakan benjolan bernanah dan meradang yang terbentuk di bawah kulit faraj. Benjolan ini sering tumbuh di bahagian luar faraj, di sekitar kawasan kemaluan, malah di labia.

Sama seperti di anggota tubuh lain, bisul faraj terbentuk apabila folikel rambut terjejas lantas menyebabkan jangkitan.

Ia boleh bermula dengan benjolan kecil yang berwarna merah serta berkembang menjadi bengkak dan menyakitkan dalam masa beberapa hari dengan berisi nanah putih atau kuning.

Bisul, kebiasaannya tidak perlu dikhuatiri kerana sebilangan besarnya akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh 1 atau 2 minggu.

Pun begitu, bagi kes yang parah, khidmat dan rawatan daripada doktor mungkin diperlukan.

Apa pun, ingat ya, jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul korang kerana ia hanya akan membuatkan bisul menjadi semakin parah!

8 ulasan:

  1. Bahaya bisul ni, jgn ikut picit sebarangan kan

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ye Rabia... Memang bahaya sebenarnya. Bakteria kalau dah merebak lagi membesar nanti kawasan luka kita tu

      Padam
  3. Dulu Mrs. A selalu kena bisul kat bontot.
    Nak duduk pun seksa kena duduk senget sebelah hahahaa

    BalasPadam
  4. Even tak pernah kena tapi paham memang sakit bisul ni sebab mak kena sampai demam la p klinik xjalan. Last2 mak pecahkan terus baik 😅

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com