Rabu, 24 Februari 2021

Adakah Produk Kitsui Bahaya??

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Yeehaa!!! Bertemu lagi dengan episod cantik-cantik. Biasa lah kan wanita dan kecantikan mana boleh nak dipisahkan. Tak gitchuuu! Auucchhh…. Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang bersih, bebas daripada jerawat dan jeragat, kulit yang cerah serta tubuh badan yang langsing dan sihat. Kita tahu hari ini lambakan produk makanan tambahan semakin berleluasa dan tujuannya hanya satu adalah untuk kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan.

Jadi, LeYa nak perkenalkan korang dengan satu jenama kolagen yang sangat terkenal dan tidak asing lagi iaitu jenama KITSUI. Kalau korang yang jenis rajin pergi Watsons atau Guardians tu mesti tahu dan ternampak punya jenama ni kan?

ADAKAH KITSUI BAHAYA?

Seperti yang LeYa bagitahu tadi KITSUI adalah produk popular dan ia adalah jenama Korea yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih daripada 20 tahun. Kesemua produk di bawah jenama KITSUI telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah juga telah mendapat sijil Halal dari kilang bertaraf GMP sebelum dipasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watsons & Guardians yang terkemuka di Malaysia.

Kandungan yang terdapat pada setiap produk KITSUI terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita. Produk makanan tambahan dari KITSUI ini bukanlah ubat-ubatan. Ianya berfungsi sebagai memberi nutrisi ke atas badan seseorang kerana bahan utamanya terdiri dari makanan harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Yang paling penting, korang kena tahu dan tak perlu risau kerana semua produk keluaran KITSUI bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, allergen, antibiotic dan bahan larangan yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan.

Now, jom LeYa perkenalkan dengan korang dua minuman kesihatan yang terbaru dari keluaran KITSUI ni. Yang pertamanya adalah KOREAN WHITIE PLUS TOMATO. Ini adalah antara produk pilihan di Farmasi Watsons dan Guardians di seluruh Malaysia.

Ia merupakan produk makanan tambahan yang diperkaya dengan Vitamin A, C dan zat besi yang mampu membantu kulit kusam dan berminyak menjadi lebih segar dan bersih. Bahan utamanya ialah tomato yang juga digelar raja anti oksida dan dipilih serta dilabelkan sebagai Superfood oleh Times Magazine.

Selain tomato, KOREAN WHITIE PLUS TOMATO mengandungi Camu-camu yang juga kaya dengan anti oksida dan mampu meningkatkan pembentukan kolagen menjadikan kulit lebih cerah hanya dalam tempoh 7 hari sahaja.

Korang tak perlu risau sebab KOREAN WHITIE PLUS TOMATO ni bebas bahan pengawet, gluten, GMO, allergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon.

Bagaimana pula dengan KITSUI BELLOSS FIBER?

KITSUI BELLOSS FIBER pula berfungsi untuk mengekalkan kecergasan badan dan membantu masalah pencernaan. Ia diperbuat daripada buah Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas dan Sena. Formulasi bahan-bahan ini membantu mengelakkan masalah perut buncit dan kegemukan disebabkan kandungan seratnya yang tinggi.

Dalam kalangan kita juga ada yang mempunyai masalah pencernaan. Masalah pencernaan bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan fizikal tetapi boleh juga mengurangkan keyakinan diri kerana timbulnya masalah-masalah lain seperti bau badan, bau mulut, cepat letih dan tahap metabolism menjadi rendah. Jadi, dengan mengamalkan KITSUI BELLOSS FIBER ni, ia bukan sahaja berkesan malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon.

Antara bahan utama yang terkandung dalam KITSUI BELLOSS FIBER ialah:

  • Acacia Gum – mengandungi serat prebiotic yang mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadaman.
  • Apple – Mengandungi Catechin yang membantu meningkatkan kadar metabolism badan
  • Senna mengandungi Sennosides yang membantu merangsang pergerakan usus
  • Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula adalah buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tanpa hidrasi dalam tubuh badan.

Kiranya kedua-dua jenis minuman kesihatan dari KITSUI yang LeYa ada ni mengandungi kolagen dan diperbuat daripada bahan-bahan organik dan semulajadi. Actually, LeYa sendiri baru tahu yang produk KITSUI ni adalah produk makanan tambahan yang boleh membantu mengimbangi nutrisi dalam diet pemakanan kita seharian. Rasa menyesal pulak kan sebab lambat tahu tentang kedua produk kesihatan ni. Kalau lah tahu dari awal lagi mesti LeYa dah meletop kebabom. Hehehe… Menyesalnyaa…. Tak minum awal…

Untuk pengetahua korang, LeYa dah consume amalkan produk KITSUI BELLOSS FIBER dan KOREAN WHITIE PLUS TOMATO ni selama seminggu dan apa yang LeYa dapat rasakan pada tubuh badan LeYa adalah rasa lebih cergas dan ringan membuat kerja-kerja rumah. Dan, paling penting dan diperakui sendiri Mr. Otomen Taro, perut LeYa dah susut. Hohoho… Inilah yang LeYa nanti-nantikan.

LeYa amalkan KITSUI BELLOSS FIBER ni pada waktu malam sebelum masuk tidur. Manakala KOREAN WHITIE PLUS TOMATO pula LeYa amalkan selepas sarapan pagi.

Sewaktu pengambilan KOREAN WHITIE PLUS TOMATO, LeYa rasakan gelap bawah mata berkurangan dan kulit wajah lebih bersih dan segar. Kebiasaannya, walaupun LeYa cukup tidur, tetap ada garisan gelap bawah mata. Tapi, sekarang dengan adanya produk Kitsui ni LeYa memang sukakannya sebab mampu mengurangkan “Mata Panda” LeYa yang agak buruk tu ye…

KITSUI, Produk Makanan Tambahan Mampu Milik

Bukan setakat berkesan malah korang juga mampu memilikinya kerana harga yang ditawarkan sangatlah murah berbanding produk jenama lain di luar sana. KOREAN WHITIE PLUS TOMATO dan KITSUI BELLOSS FIBER boleh didapati dengan harga RM38.80 sekotak di Shopee Kitsui Mall. Jadi, kalau ada yang jual lebih mahal dari harga yang dinyatakan di atas ni korang jangan beli tau! Sebab dia tipu korang tu…

Untuk memudahkan korang lagi, boleh guna PROMO CODE “KITSKULIT” dan berpeluang menerima diskaun 12% OFF di Shopee KITSUI MALL.

https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Untuk maklumat lanjut mengenai Produk Kitsui, boleh rujuk

Website | http://www.kitsui.com.my/

Facebook | https://www.facebook.com/kitsuimalaysia

Instagram | http://www.instagram.com/kitsuimalaysia/


8 ulasan:

  1. wahhhhh part perut dah susut tu paling menarik sis Leya! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye wak... Terasa sebab bila pakai satu seluar tu loose..hehe..

      Padam
  2. Wah.. Menarik produk ni. Tengok testimoni pun ok. Tapi kena konsisten la kan...

    BalasPadam
  3. Pernah dengar ramai yang cuba produk ni. tapi saya masih rasa macam tak selamat

    BalasPadam
  4. paling in love dengan bellos fiber. power sangat

    BalasPadam
  5. Eba suka Bellos Fiber. Terasa badan ringan. Cuma kena bertahan la asik ke toilet. Hehe

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com