Sabtu, 30 Januari 2021

Kalau Tak Nak Kaki Kena Potong, Ikuti Program Percuma Kawal Kencing Manis di KawalKencingManis.com

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Rata-rata ramai dalam kalangan anda semua sudah tahu serba sedikit tentang kencing manis kan? Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit kronik yang kerap didiagnos di Malaysia. Kencing manis boleh mengakibatkan beberapa jenis kompilasi seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, jangkitan kuman serta boleh juga menjadi buta dan lebih dahsyat terpaksa dipotong kaki buat pesakit kencing manis.

Kencing Manis Ada 2 Jenis? Betul Ke?

Kencing Manis juga dikategorikan kepada dua jenis iaitu Kencing Manis Jenis 1 dan Kencing Manis Jenis 2. Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes type 1) adalah disebabkan ketidakupayaan seseorang individu itu menghasilkan hormon insulin. Individu ini dikatakan tidak mempunyai "kunci" untuk membuka laluan sel, akibatnya gula akan berkumpul dalam darah. Ia disebabkan oleh proses autoimun yang menyebabkan sel yang menghasilkan insulin, justeru tanpanya, insulin tidak boleh dihasilkan.

Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes type 2) pula disebabkan oleh kerintangan insulin. Badan masih boleh menghasilkan hormon tersebut, namun tidak dapat digunakan dengan berkesan. Mekanisme terhadap kerintangan tersebut masih tidak diketahui namun terdapat faktor risiko yang boleh menyebabkan terjadinya kencing manis jenis 2 seperti obesiti.

Setakat ini, tiada lagi ubat yang dapat menyembuhkan kencing manis jenis 1 secara menyeluruh. Mereka perlu mengambil suntikan hormon seumur hidup. Bagi individu yang didiagnos dengan kencing manis jenis 2 pula, perubahan gaya hidup perlu dilakukan. Walaupun hakikatnya, ia boleh dikawal dengan pemakanan seimbang dan senaman yang kerap, namun sebahagian besar pesakit masih perlukan bantuan farmakologikal.

Tahukah anda ada satu platform yang mampu memberi sinar pengharapan kepada pesakit kencing manis untuk kembali senyum seperti selalu?

Terdapat sebuah platform sehenti yang diterajui ahli profesional kesihatan telah dilancarkan pada awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghidapi masalah kencing manis. Program ini akan dilaksanakan secara atas talian dan bermula pada 1 Februari sehingga 14 Februari.

Jadi, organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini, yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira-kira 3.9 juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Golongan berisiko tinggi mendapat kencing manis terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap kencing manis, berat badan berlebihan serta berumur di antara 45 tahun dan ke atas.

Dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang, 83% kematian adalah mereka yang mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala, 64.9% kematian pesakit COVID-19  mempunyai masalah darah tinggi. (Statistik Kematian COVID-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020)

Adakah Saya Berisiko Mendapat Kencing Manis Jenis 2? Jom ikuti Program Kawal Kencing Manis

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah:

  • Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
  • Aktiviti senaman tanpa perlu keluar rumah
  • Latihan pengawalan stress
  • Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
  • Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi


Pastinya program ini merupakan peluang terbaik buat para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.

Untuk maklumat lanjut, dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di

Website

FB Page : Program Kawal Kencing Manis

Instagram : Program Kawal Kencing Manis

Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1 - 14 Mac 2021. Daftar segera di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com untuk tidak ketinggalan lagi. Ayuh! Sertai Program Kawalan Kesihatan demi kesejahteraan hidup.

5 ulasan:

  1. good program! covid suka attack yg ada kencing manis kan .. so program ni mmg satu keperluan

    BalasPadam
  2. Bagus la ada program macam ni so boleh la yg penghidap kencing manis belajar cara nak kawal kencing manis

    BalasPadam
  3. menarik program ni kan...dah war2 kan kat family kalau ada yg berminat kot2 boleh dapat PERCUMA

    BalasPadam
  4. Program yang bagus. Lagipun kita jenis tak ambil kisah. Risau kalau kaki kena potong

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com