Selasa, 22 Disember 2020

Realiti Suami Seorang Perokok dan Cara Atasinya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sebagai seorang isteri dan mempunyai suami seorang perokok pasti sangat sukar untuk memotivasikannya dan melupakan tabiat 'kecintaannya' itu. Ya! Rokok itu bagaikan kekasih yang tiada berpenghujung sentiasa melekat di bibirnya.


Ketaksuban tabiat merokok menyebabkan seorang perokok akan cenderung mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang sekeliling sehinggakan asap yang berkepul-kepul di udara tidak dihiraukannya. Seseorang perokok kebiasaannya mula mengamalkan tabiat merokok pada usia muda, malahan ada yang sudah bermula sewaktu di zaman persekolahan lagi. Apabila meningkat dewasa dan sehinggalah berkahwin, kebanyakan mereka sudahpun menjadi perokok tegar. Lagi-lagi bila mereka sudah bekerja dan mempunyai wang sendiri untuk memperuntukkan sedikit perbelanjaan terhadap tabiatnya itu.

Gejala ini bukan sahaja membawa kemudaratan kepada perokok malah turut memberi kesan kepada orang sekeliling di mana terpaksa menghidu asap rokok yang bertebaran di ruang udara. Antara keburukan merokok yang dapat mendatangkan pelbagai masalah kesihatan adalah:

  1. Gigi berkarat
  2. Nafas berbau
  3. Kanser mulut
  4. Kanser paru-paru
  5. Penyakit jantung dan banyak lagi
Lazimnya, perokok tegar tahu akan kesan buruk terhadap kesihatan dari tabiat yang mereka lakukan. Namun, ia sangat sukar untuk memberhentikan tabiat 'kesayangannya' itu. Tidak dinafikan merokok sangat bahaya dan sukar memberhentikan tabiat ini buat perokok tegar. Namun, melalui teknologi serba moden hari ini, satu inisiatif baharu telah diwujudkan untuk mengurangkan asap rokok di udara serta membantu perokok tegar mengurangkan pengambilan rokok konvensional secara berkala menerusi rokok elektronik.


Berhenti merokok tidak semudah yang diharapkan. LeYa sendiri sudah mencuba untuk Mr. Otomen Taro berhenti dari tabiat merokok ini. Cuma lately ni LeYa dapat lihat dengan adanya rokok elektronik di tangannya, Mr. Otomen dapat mengurangkan pengambilan rokok konvensional daripada 1 kotak sehari kepada 1 kotak untuk 3 hari. Syukur dan syabas juga LeYa ucapkan buat suami yang cuba membantu menyelamatkan nyawa diri sendiri dan keluarga tersayang. Hehe...

Jumaat, 18 Disember 2020

Motivasi : Capai Kejayaan Menerusi Program Kuasai Marketing 2021-Formula Zero Kos bersama RichWorks

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Siapa yang taknak kaya kan? Setiap hari rata-rata semua dari kita berimpian untuk mencapai matlamat dan kejayaan. Hari semakin hari, masa semakin mencemburui kita. Kejayaan yang kita hendak capai juga semakin bergerak laju. Kadang-kadang kita merasakan terlalu tumpu pada objektif sehingga kita tidak punyai masa untuk mecapai kejayaan. Apakah sebabnya?

Bagi membantu setiap persoalan anda yang ingin mencapai kejayaan, jom tengok dan baca selanjutnya di bawah ini.

Kita sudah kenal dan tahu dengan sebuah syarikat ternama, RichWorks International Sdn Bhd yang dikelolakan oleh seorang pakar motivasi terkemuka tanah air, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Beliau juga merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia's No. 1 Business, Marketing & Leadership Coach yang berupaya membimbing lebih jutaan peserta dalam mencapai matlamat dan kejayaan menerusi strategi dan metodologinya. RichWorks juga berpengalaman lebih 12 tahun sejak tahun 2008 lagi dalam menganjurkan acara dan seminar terbesar, melatih lebih daripada 10,000 syarikat dan 1.1 juta peserta dalam 1,500 acara dan seminar. Dalam erti kata lain, RichWorks diibaratkan "Netflix" pendidikan usahawan yang akan membantu 100 juta pelanggan lagi menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian. 

Kejayaan sangat berkait rapat dengan cara kehidupan kita. Sebanyak 777 usahawan yang terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini. 

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut merupakan peserta yang lahir dari Program Mentoring di mana Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan telah menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10% berbanding tahun lalu.

Mencapai kejayaan adalah pengalaman yang sangat positif kerana ia mampu menambah nilai kepada diri kita sendiri dan mampu membuang ego yang tercipta pada diri kita selama ini. Mencapai kejayaan merupakan kemenangan peribadi. 

Jadi, daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5% pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Manakala, bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9% iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.

Kenaikan ini menunjukkan bahawa kita semua suka dan nak MENANG. Oleh yang demikian, sebab itu latihan dan bimbingan yang disediakan RichWorks sangat-sangat terbukti berkesan mampu membantu usahawan-usahawan untuk bisnes terus berkembang maju sekaligus menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.

Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan dan bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.

MAKLUMAT PROGRAM : PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING

Tarikh | 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)

Masa | 9.00 pagi - 6.00 petang

Tempat | Aplikasi Zoom Webinar

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan yang nak ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Jadi, perjuangan RichWorks terus-terusan melatih dan membimbing PKS untuk membantu usahawan daripada Zero to Million! Dan ia diteruskan menerusi Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.

Kita tahu sejak Covid-19 melanda, ramai terjejas dari segi kewangan dan juga untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Oleh itu, RichWorks selaku syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia berjaya membantu lebih 400,000 usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu para usahawan yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia. 

Nak Kuasai Marketing 2021?

Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?

Ingat lagi sales pernah RM0?

Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?

Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?

Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?

Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?

Dah capai RM 1 juta yang pertama?

What's Next?

KUASAI MARKETING 2021 ANDA SEKARANG!!! 

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah. Kenapa tidak anda juga turut berubah untuk mencapai KEJAYAAN dalam kehidupan demi membantu lebih ramai lagi yang memerlukan. 

Nak Formula GANDAKAN ZERO '0' dalam Sales anda?

Inilah peluang terakhir sebelum menjelang tahun 2021. RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA! Anda hanya perlu layari website www.zerokosmarketing.com untuk maklumat lanjut dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang betul-betul berminat untuk berubah juga. Ayuh! Join Sekarang.

Khamis, 17 Disember 2020

Pengalaman Menginap Di Hotel de ART Seksyen 19, Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pengalaman Menginap Di Hotel de ART Seksyen 19, Shah Alam | Sekali sekala, dah penat bekerja dan dah lama duduk rumah, inilah peluang LeYa untuk meluangkan masa merehatkan minda bersama Mr. Otomen Taro di penginapan yang menarik dan cantik. Bagi sesiapa yang menginginkan sebuah penginapan hotel konsep dengan persekitaran tema lukisan mural yang indah dan mendamaikan, jom teruskan bacaan di Blog LeYa. 

Pengalaman Menginap Di Hotel de ART Seksyen 19, Shah Alam

Kita tahu yang Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan dan juga sebuah bandar yang pesat membangun. Di sebalik kepesatan pembangunan di bandar itu, anda boleh merasakan ketenangan dan kedamaian ketika menginap di salah sebuah hotel yang terletak di Seksyen 19. 

Hotel De ART, Seksyen 19 ini menampilkan rekaan bilik yang berbeza mengikut temanya tersendiri. Ia mengetengahkan konsep tema 3D, setiap lukisan mural yang bermula dari luar bangunan, lobby, koridor dan bilik tidur, semuanya dilatari dengan sentuhan jemari pelukis mural profesional. Tak salah LeYa, hotel ni bertaraf 3 bintang dan keadaan hotel ini memang sangat cantik dan selesa. 


Buka sahaja pintu bilik, LeYa terkejut dan teruja melihat keadaan bilik yang cukup cantik dan selesa. Untuk hari itu, LeYa dan Mr. Otomen Taro menginap di bilik yang bertemakan Santorini yang menempatkan katil bersaiz king dan kemudahan asas yang cukup selesa dan mesra muslim. Ada disediakan sejadah dan arah kiblat.

Tema "Santorini" ala-ala berada di Greece gitewww..

 
 
Harga yang ditawarkan sangat-sangat worth it laa dengan kecantikan tema yang disajikan kepada kita semua. LeYa rasa memang berbaloi jugak lah kalau ada kerja di kawasan Shah Alam, pasti Hotel De ART Seksyen 19 ni menjadi pilihan. Harga yang ditawarkan bermula RM88 hingga RM218 semalam mengikut jenis bilik dan tema lukisan mural yang disediakan.
  1. Art Queen
  2. Art Queen Deluxe
  3. Art Queen Premier
  4. Art Twin Deluxe
  5. Art Triple
  6. Art Family Deluxe

Dia punya writing desk ni cukup macam LeYa berada dalam story Cinderella. Rasa macam puteri sungguh buat kerja kat sini.


Lepas tu lagi, bilik mandi dia  memang simple dan bersih serta lengkap dengan toilet bowl, shower room, hair dryer dan toileteries. Memang sesuai lah untuk yang datang meginap atas urusan kerja atau inginkan hotel bajet yang cantik. Walaupun kecil, tetapi bagi LeYa cukup selesa untuk melepaskan hajat dan membersihkan diri.

 

Ruang lobi dia jangan cakap lah. Memang cantik sangat uollss... Yang kaki bergambar, memang rugi kalau lepaskan peluang berswafoto di setiap sudut yang ada ni. 



Sepanjang anda nak menuju ke ruang bilik penginapan, mata anda memang tidak akan terlepas disajikan dengan lukisan mural yang cantik-cantik dan seakan hidup. 


 

Suasana menginap di Hotel De ART Seksyen 19 ni bagi LeYa cukup selesa dan berpuashati dengan layanan staffnya yang mesra dan tema setiap lukisan muralnya yang cantik dan menawan kalbu ini. InsyaAllah, kalau ada kerja di area Shah Alam atau saja jalan-jalan dengan Mr. Otomen Taro, bolehlah menginap kat sini lagi.


Alamat
Hotel De ART Seksyen 19,
2, Jalan Nelayan D 19/D, Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor.

No Telefon
+603 - 58887090

Facebook

Selasa, 15 Disember 2020

Diskaun Aurora Kurung Riau Sehingga 30% Di LF Outlet & Collections

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya. Dan kita tahu yang Raya 2021 akan jatuh pada bulan Mei. Mungkin ada tailor yang sudah tutup order untuk menjahit baju dek lambakan baju-baju yang nak dijahit. Pasti anda gusar dan rungsing bilamana menjelangnya Raya nanti, tiada baju baru nak dipakai. 

Jadi, di kesempatan Y.E.S. - Year End Sales ni, koleksi pakaian AURORA KURUNG RIAU dari LF OUTLET & COLLECTIONS ada memberikan diskaun sehingga 30% di laman Facebook dan Instagramnya. Rebut tawaran khas ini selagi stok masih ada. Malah di LF OUTLET & COLLECTIONS juga bukan sekadar baju kurung, tetapi baju melayu, jubah, dress dan lain-lain turut ada.

Beli Online di LF Outlet & Collections Untuk Pilihan Eksklusif

Menerusi tempoh yang terhad ini, apa kata anda dapatkan harga diskaun menarik ini sekarang. LeYa pasti anda tidak akan kecewa kerana koleksi yang ada di LF OUTLET & COLLECTIONS memang pelbagai. 

Wahhh.... Cantik-cantiknya koleksi pakaian yang ada di sini. Memang rambang mata nak memilih. - Pelanggan LF Outlet & Collections

Yang menariknya lagi, jenis kain adalah Material Como Crepe yang mana ia sejuk dan tersangatlah selesa bila memakainya. Jenis material tak panas dan tak jarang. Paling syok mudah sangat nak digosok. Malah, koleksi AURORA KURUNG RIAU ini nursing friendly dan mesra wudhu.

  

Didatangkan dengan 18 pilihan warna yang cantik dan menawan, AURORA KURUNG RIAU memiliki ciri yang sempurna buat peminatnya yang ingin kelihatan moden, trendy dan tertutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam. 

Sebelum kehabisan stok, ada baiknya anda jangan tunggu lama-lama. Apatah lagi, kebanyakan tailor dah taknak ambil tempahan baju lagi. Jom jenguk seleksi yang ada, terus ke LF OUTLET & COLLECTIONS dan lihat koleksi terbaik untuk digayakan.

  
  
     

Soal saiz untuk koleksi AURORA KURUNG RIAU ini tidak perlu risau. Ia sememangnya menepati citarasa semua dengan menyediakan saiz berukuran dari XS - 5XL

Apapun seperti yang LeYa katakan tadi, LF OUTLET & COLLECTIONS ni terdapat banyak pilihan koleksi pakaian termasuk lelaki dan juga kanak-kanak. Alhamdulillah, LeYa dan Mr. Otomen Taro sendiri dah habiskan beribu juga shopping online di sini. Memang rambang mata dan semua koleksi cantik-cantik sangat tau...

  

HARGA PROMOSI
Saiz S-XL (RM 65.00 SM)/(RM 77.00 SS)
Saiz 2XL-5XL (80.00 SM)/(RM 92.00 SS)
Free Postage

NORMAL PRICE
Saiz S-XL (RM 95.00 SM)/(RM 110.00 SS)
Saiz 2XL-5XL (110.00 SM)/(RM 125.00 SS)

Perrgghhh.... confirm letoopppss nanti korang tau dengan koleksi AURORA KURUNG RIAU ni. Semoga anda mendapat sesuatu selepas membaca posting ni.

Khamis, 10 Disember 2020

Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12 | Rasanya ramai dalam kalangan kita semua tak sabar-sabar dengan tarikh keramat 12.12 ni. Apa yang ada dengan tarikh tu? Hanya tinggal dua hari sahaja menjelang tiba 12 Disember itu yang mana akan berlaku tawaran hebat yang akan diberikan oleh Ketua Pegawai Diskaun (CDO) Lazada, Ain Edruce.

Kolaborasi antara TV3 dan platform e-Dagang terkemuka, Lazada Malaysia menerusi program Shoppertainment, 'LAZADA CHIEF DISCOUNT OFFICER' bakal menghiburkan para penonton sambil menikmati tawaran harga paling hebat pada 11 Disember 2020 (Jumaat) secara siaran langsung di TV3 dan Youtube TV3 Malaysia (pukul 9.02 malam hingga 10.00 malam) dan strim secara langsung di aplikasi Lazada dari pukul 9.02 malam hingga 11.00 malam.

 

Ain Edruce, Ketua Pegawai Diskaun (CDO) Lazada dan pembantunya, Shaun Stephen akan memotong lebih banyak harga untuk tawaran harga terendah di pasaran! Program ini dimeriahkan dengan penampilan barisan duta Lazada iaitu Ayda Jebat, Ismal Izzani, Joey Leong dan Sean LJE dan juga selebriti popular seperti Shiha Zikir, Chiwan dan Ali Puteh. Para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Ayda Jebat, Mas Idayu (Cintaku 100%), Hujan (Pagi Yang Gelap & Obsesi), Wany Hasrita (Ewah - Ewah), Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Naim Daniel (Lara).

 

Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12

Bersempena dengan musim cuti dan sambutan Tahun Baharu, Lazada Malaysia akan mensubsidi pembelian pelanggannya dengan memberikan jaminan harga terendah* yang terbesar di dalam industri, dan membantu komuniti tempatan dengan inisiatif CSR menerusi platform bantuan digitalnya semasa Jualan Besar Akhir Tahun Lazada 12.12.

ara pembeli akan mendapat keriangan berganda apabila membuat pembelian menerusi tawaran ‘Beli 1, Dapat 2’ 12.12 Bersubsidi oleh Lazada dengan diskaun sehingga 90%, dan jaminan pulangan wang 12 kali ganda* Lazada yang ditawarkan kepada para pembeli bagi memastikan mereka HANYA mendapat tawaran terbaik dan terendah ketika membeli-belah di Lazada. LazadaForGood, platform sumbangan digital Lazada juga memberi peluang kepada para pengguna untuk berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama-sama dengan 8 NGO. Apa yang pasti, kemeriahan musim cuti dan Tahun Baru kini semakin dirasai di Lazada.

  
  

Senarai jenama yang menyertai rancangan ini dan menampilkan tawaran terhebat masing-masing termasuklah Carlo Rino, Senheng, L’oreal, Dr. Cardin dan Universal Traveller. Nantikan pelbagai tawaran menarik dan jangan ketinggalan untuk mengumpul baucer dalam aplikasi Lazada.

Jaminan pulangan wang 11 kali ganda Lazada mula diperkenalkan semasa jualan 11.11 baru-baru ini, dan akan diteruskan semasa 12.12 dengan peningkatan jaminan pulangan wang 12 kali ganda*, bagi memastikan bahawa pengguna bukan sahaja mendapat tawaran terbaik dengan jaminan harga terendah pada musim perayaan ini. Dengan lebih 3 juta produk kempen 12.12 daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan serta diskaun sehingga 90%, para pelanggan mempunyai banyak pilihan dengan harga yang tiada tandingan di dalam platform berkenaan pada Disember ini.

 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan LAZADA CHIEF DISCOUNT OFFICER di TV3 dan strim secara langsung di dalam aplikasi Lazada dan Youtube TV3 Malaysia mulai 9.02 malam pada 11 Disember 2020 dan membeli-belah dengan harga-harga terendah di pasaran!

Maklumat lanjut untuk dapatkan informasi tentang Jualan Besar Akhir Tahun Lazada, layari