Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Tabiat baharu boleh dipupuk dalam tempoh masa antara 18 hingga 254 hari. Sungguhpun tiada tempoh masa lazim untuk mengubah tabiat lama, usaha untuk memupukkan amalan sihat baru ini mampu mengubah sama sekali corak kehidupan anda. Satu tabiat positif yang mudah diamalkan dalam keselesaan rumah sendiri adalah aktiviti bersenam. Acara Coway Run 2020 : Change The Game yang dilancarkan pada awal bulan November ini, mengajak rakyat Malaysia untuk mula memupuk tabiat bersenam dengan melengkapkan larian maya sejauh 40 km tanpa had masa sehingga 29 November 2020.
Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, anda boleh melakukan aktiviti ini dengan menggunakan mesin treadmill atau di kawasan anjung, laman atau juga di ruang belakang rumah. Bagi penghuni kediaman bertingkat, boleh juga menggunakan gimnasium, ruang rekreasi awam atau aktiviti turun naik tangga di blok kediaman masing-masing. Jika keadaan mengizinkan, anda bolehlah berlari di sekitar taman perumahan anda.
Untuk mengekalkan dan menambah baik cara larian di samping mencegah kesan kecederaan jangka masa panjang, aktiviti senaman ini perlu dilakukan sekerap yang mungkin. Sebenarnya, anda tidak perlulah memiliki peralatan gimnasium yang canggih mahupun rutin senaman yang meletihkan.
Tiga influencer Mlaaysia - Angeline Ong, Mark O'Dea dan Joanna Soh akan berkongsi senaman yang mudah dan tidak membebankan serta boleh dilakukan di rumah, selain mengesyorkan beberapa peralatan senaman yang berbaloi untuk dibeli.
Angeline Ong yang amat berpengalaman dalam bidang kecergasan, yakin bahawa konsistensi dan kesungguhan adalah unsur penting untuk mencapai matlamat kecergasan diri sendiri. "Mereka yang baru bermula bersenam patut melakukan senaman ringan dan perlahan. Yang pentingnya, jangan ptutus asa! Pelari yang berpengalaman mesti terus meningkatkan prestasi serta mencabar kemampuan diri dan mendorong orang lain untuk turut berusaha sedaya upaya," ujar Ong.
Pengacara TV dan bintang YouTube, Mark O'Dea, memberi jaminan kepada individu yang baru bermula bahawa 'masih belum terlambat untuk kita bersenam'! Cabaran beliau kepada rakyat Malaysia. "Mula melakukan sesuatu untuk mengambil langkah pertama. Anda akan berasa amat teruja apabila mencapai sasaran yang anda tetapkan!". Beliau yang sentiasa menjaga kecergasannya sepanjang umurnya, menyeru orang ramai untuk terus berusaha walaupun perjalanan untuk meningkatkan tahap kecergasan tidak selalunya mudah dan lancar.
Sementara itu, influencer kecergasan, Joanna Soh pula menekankan kepentingan bahawa kita perlu bertanggungjawab terhadap kecergasan diri sendiri. "Lakukannya untuk diri sendiri. Usaha ini adalah satu pengembaraan peribadi. Perjalanan yang tidak pernah berakhir dari segi fizikal dan mental - untuk meningkatkan keyakinan diri," katanya. Soh juga mengingatkan rakyat Malaysia tentang keseimbangan dan keserhanaan. "Kecergasan bukan bermakna pemakanan yang 100% sihat atau meluangkan masa berjam-jam di gimnasium, tetapi kita perlu mencari keseimbangan yang paling sesuai untuk diri sendiri." kata beliau lagi.
Untuk menceriakan larian, Coway telah memperkenalkan ciri permainan interaktif yang membolehkan pelari mengumpulkan lencana pencapaian selepas menamatkan mercu jaya penting sepanjang larian yang ditetapkan pada Tahap 1 (3km), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (20km) dan Tahap 4 (40km). Matlamatnya adalah untuk mendorong pelari menamatkan seluruh larian sehingga 29 November 2020.
Selain untuk bersuka-ria, Coway Run 2020 juga mempunyai tujuan yang murni di mana sebanyak RM10 daripada setiap yuran pendaftaran peserta akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, yang membiayai inisiatif untuk membekalkan air bersih dan menggalakkan amalan kebersihan yang baik kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Pada tahun ini, lebih 300 keluarga dijangka mendapat manfaat daripada projek 5 tahun ini yang bermatlamat memenuhi keperluan 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2021.
Masih belum terlewat untuk menyertai larian di laman web ini:
Untuk maklumat lanjut mengenai larian, sila layari: www.cowayrun.com.my. Butiran
mengenai Happy Water Project boleh didapati di www.coway.com.my/happywaterproject
walau pun musim covid ni, kesihatan kena tetap jaga dgn senaman kan
BalasPadamselamat bersenam guys!
BalasPadamWahh tak tahu plak ada program ni. Bagus coway anjurkan
BalasPadamselamat berlari sejauh 40km. Terus kekal sihat dan cergas!
BalasPadamBagus program macam ni. Duk umah pun kena bersenam gak kan.
BalasPadamDalam keadaan sekarang memang kena kekal fit untuk gaya hidup sihat. Okay sangat ada program macam ni. Mostly program run dah ada aplikasi :)
BalasPadam