Isnin, 30 November 2020

Koleksi Blouse dan Palazo Dari ByReefa Menjadi Igauan Muslimah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sekali pandang pasti terus tergoda. Itulah ragam dan naluri seorang perempuan. Nampak benda baru dan cantik-cantik je terus rasa nak memiliki. Dandan tu tangan gatal menekan "Add to Cart" koleksi pakaian yang diminati untuk dibeli. Hahaha... Tak kurang juga LeYa. Asal ada nampak yang berkenan di hati mulalah diri ini nak jugak membelinya. Sampai dah kena perli dengan Mr. Otomen Taro pun buat tak reti je.. Hehehe... Kepuasan hati itu pasti! Kah!

Nak... Nak... Zaman sekarang ni dah banyak koleksi pakaian muslimah dijual. Memang happy sesangat lah kan... Bukan setakat labuh, longgar, malah boleh bergaya dan harga pun mampu milik. LeYa like sangat-sangat....!

Jadi, jom LeYa perkenalkan korang semua dengan butik LF OUTLET & COLLECTIONS, butik pakaian Muslimah yang dijual secara online dengan pelbagai jenis rekaan pakaian termasuklah baju kurung, blouse, maxi dress, palazo dan banyak lagi pada harga mampu milik dan moden trendy

Sempena Y.E.S. - Year End Sale ni, koleksi BYREEFA telah melancarkan seluar PALAZO yang longgar dan menutup aurat dengan lebih sempurna. Rekaan ini menampilkan ciri yang ringkas tetapi cukup elegan dan moden. Didatangkan dengan 6 pilihan warna yang cukup menarik dan tertawan.

 
 

Palazo ni direka khas dari material premium como crepe, selesa dan tidak panas. Pinggang dia pun full getah. Memang sesuailah nak pakai pergi jalan-jalan atau acara santai bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Harganya pun murah dan berbaloi untuk korang miliki.

Harga PROMO : RM29
Harga Asal : RM39
Beli minimum 2pcs, Free Postage SM




Selain koleksi seluar Palazo yang ditampilkan, korang juga boleh Mix & Match blouse dan palazo juga. Blouse yang ditampilkan juga Nursing dan Wudhuk Friendly. Dengan harga berpatutan RM60 + Free Postage untuk Semenanjung Malaysia, korang dah boleh dapat dua koleksi pakaian iaitu Blouse + Palazo. WoW!!! Baik korang grab sekarang sebelum terlambat dan menangis di tepi bucu katil.




Tercari-cari hadiah untuk yang tersayang buat ibu, isteri, kakak, adik atau rakan prempuan? Inilah masanya si jejaka tampan menunjukkan rasa cintanya dengan menghadiahkan koleksi Blouse & Palazo BYREEFA dari LF OUTLET & COLLECTIONS. Ada pelbagai pilihan warna yang cantik-cantik untuk korang padankan dengan warna pilihan yang tersayang. So, cepat-cepatlah order sekarang.






Memang cantik-cantik dan murah kan harga yang ditawarkan dekat LF OUTLET & COLLECTIONS ni. Okay lah... Mesti korang dah tak sabar kan kat mana nak dapatkan koleksi pakaian yang cantik ni? Untuk memudahkan korang membuat pilihan dan pembelian koleksi pakaian BYREEFA dari LF OUTLET & COLLECTIONS, boleh lah korang layari

Facebook | www.facebook.com/lfoutlets

Instagram | www.instagram.com/lfoutlets

WhatsApp | 017 - 632 1680 

Enjoy your shopping!

Khamis, 26 November 2020

Gigi Putih dan Tidak Sensitif Seawal 7 Hari Dengan Whitekish Magic Charcoal

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Anda tahu tak? Minum kopi atau minum jus oren memang sangatlah sedap. Lebih-lebih lagi minuman itu sejuk. Perrgghhh....dia punya lega dan nikmat memang tak dinafikan. Tapi, kerap kita minum minuman tersebut boleh meningkatkan kekerapan gigi sensitif untuk berlaku. Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini?


Bagaimana masalah gigi sensitif boleh terjadi?

Antara salah satu penyebab gigi sensitif ialah pendedahan gigi kepada asid dengan kerap atau tempoh yang lama. Sumber asid ini boleh didapati daripada makanan atau minuman yang kita makan. Keasidan makanan atau minuman dinilai berdasarkan skor pHnya. Sekiranya makanan atau minuman mempunyai nilai pH di bawah 7, ia adalah makanan atau minuman yang berasid.

Apabila kita mengambil makanan atau minuman panas, sejuk atau berasid, ia dapat merangsang kepekaan saraf pada gigi. 

Tip untuk atasi gigi sensitif dan putih kesan daripada minum kopi


Nak buat rawatan pemutihan gigi ni bukanlah mudah dan kos perbelanjaannya juga agak mahal. Jadi, jom ikuti kaedah yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini.

Gunakan Whitekish Magic Charcoal untuk gigi sensitif dan pemutihan gigi

Whitekish Magic Charcoal ini adalah serbuk arang yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu arang dan tempurung kelapa. Ianya mampu membersihkan gigi dan masalah bau mulut dengan menyerap bakteria dan bahan kimia yang ada di dalam mulut. Ia menggunakan teknologi dari Jepun.
 

Rawatan menggunakan Whitekish Magic Charcoal ini sangatkah mudah. Hanya gosok gigi dua kali sehari dalam seminggu pertama bagi menampakkan hasilnya. Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelakkan penipisan enamel gigi.

Tak perlu pun nak menekan terlalu kuat semasa memberus gigi ni. Berus sahaja seperti biasa. Berus juga bahagian dalam gigi dan lidah. 


Sebelum anda berasa jijik atau khuatir dengan teknik unik ini, anda perlu tahu arang ini sebenarnya telah digunakan turun-temurun sebagai kaedah rawatan semulajadi bagi masyarakat India.

Manfaat utama Whitekish Magic Charcoal ini adalah 
  • Untuk pemutihan gigi
  • Menyingkirkan bakteria penyebab bau mulut
  • Membantu menghilangkan karang gigi dengan berkesan terutamanya kepada perokok
  • Meneutralkan pH mulut
  • Tiada bahan yang menghakis (peroxide)
  • Keberkesanan dapat dilihat seawal 1 minggu (dengan penggunaan yang betul)
 

Selain itu, ia diluluskan oleh KKM. NOT200700100K dan merupakan produk buatan Malaysia. Meskipun terdapat banyak kaedah atau rawatan pemutihan gigi, Whitekish Magic Charcoal telah menunjukkan kesan penggunaannya seawal tujuh hari dengan cara yang betul. 

Minum kopi atau merokok semestinya boleh menyebabkan gigi sensitif dan kekuningan. Ini kerana kopi dan bahan yang terdapat dalam rokok adalah berasid, yang berpotensi menghakis lapisan enamel pada gigi. 

Ikuti tip penggunaan Whitekish Magic Charcoal di atas bagi mengurangkan masalah gigi sensitif walaupun kerap minum kopi. 


Harga bagi sebotol Whitekish Magic Charcoal adalah RM89.90. Untuk pembelian Whitekish Magic Charcoal ini, anda boleh layari laman sesawang di https://www.whitekish.com/ atau hubungi di talian 017-8898878.

Jumaat, 20 November 2020

Review Filem Mulut Masin Di Pawagam Rumah Astro First

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kita tahu sekarang ni tengah naik mendadak kes pandemik Covid-19 di negara kita dan kerajaan mengambil kata sepakat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi hampir kesemua negeri di Malaysia. Jadi, jika tiada urusan penting ni, eloklah kita duduk diam di rumah dan lakukanlah aktiviti menarik bersama keluarga seperti yang LeYa buat hari ini iaitu menonton Filem Mulut Masin yang baru sahaja ditayangkan semalam (19/11/2020) di saluran 480 Astro First.

Apa yang menarik filem ni? Jom ikuti sedikit spoiler dari LeYa. Hahahaha...

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Mulut Masin merupakan sebuah filem komedi seram 2020 terbitan Astro Shaw dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Ia bukan sahaja mempamerkan kredibiliti beliau sebagai seorang pengarah berbakat besar, malah turut menguji kreativitinya apabila diberi peluang buat kali pertama untuk mengarah filem yang melibatkan pelakon-pelakon cilik sebagai teraju utama dan juga cabaran ketika menjalani sesi penggambaran dalam tempoh PKP.

Ia mula ditayangkan di saluran pawagam rumah, Astro First pada 19 November 2020 dan dijayakan oleh pelakon kanak-kanak cilik sebagai penggerak utama seperti Jay Nazif, As'ad Motawh, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman. Turut dibantu barisan pelakon terkenal seperti Faradhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.

Sinopsis Filem Mulut Masin

Lima orang sepupu merasakan diri mereka telah disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana telah menghilangkan surat wasiat nenek. Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka. Pelbagai insiden telah berlaku kepada mereka berlima dan tanpa sedar gerak geri mereka diperhatikan.

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Review Filem Mulut Masin

Naskhah Ringan yang diangkat hasil sentuhan Razaisyam Rashid, sebuah filem yang menyentuh hati penonton tentang pengorbanan seorang kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun untuk menyatupadukan tali persaudaraan keluarganya setelah kematian neneknya. Terlalu banyak maksud tersirat yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup kita seharian.

"Sepupu Sedarah, Sehidup Semati!"

Jalan cerita yang mudah difahami. Ajib (Jay Nazif) yang merupakan anak yatim piatu kerana telah kehilangan Ibu dan Ayahnya, kini telah hilang pula tempatnya bergantung iaitu nenek. Segala nasihat nenek didengari dan dipahatkan di dalam hati. Ajib bersama empat sepupunya berusaha mencari semula wasiat yang telah hilang itu sebelum Pak Long dan Mak Ngahnya memarahi mereka.

Mereka berlima iaitu Ajib, Azan (Danish Hazriq), Boyot (Muzzayyin Mahyuddin), Roy (As'ad Motawh) dan Ayu (Cassia Iman) berusaha keras mencari wasiat tersebut. Sebagai seorang kanak-kanak, pasti pelbagai perasaan bercampur baur apabila mengetahui sumpahan itu benar-benar terjadi. 

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Adakala, takdir Allah melebihi dari apa yang kita fikirkan. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Segala wasiat yang dicari itu sebenarnya adalah ikatan silaturrahim sesama keluarga yang semakin renggang hari ini. Ibu Bapa sibuk dengan kerja-kerja. Anak-anak terbiar. 

Pengembaraan Ajib dan sepupunya mencari wasiat nenek terjawab olehnya sendiri ketika keluarganya hampir berpecah-belah. Ajib kembali bangkit dan berbaik semula.
"Nenek tak ada... Ajib ada! Boyot dan Azan ada. Kita semua ada!"
Itulah yang dicari sebenarnya. Sebuah kekeluargaan yang mempunyai ikatan cukup erat adalah harta yang paling bernilai. Jadi, kenapa tidak di waktu kita duduk di rumah ini, kita eratkan kembali hubungan silaturrahim antara keluarga. InsyaAllah, keluarga bahagia, kehidupan harmoni.

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Jangan lupa untuk saksikan filem Mulut Masin yang penuh ceria dan banyak pengajaran di pawagam rumah anda, Astro First. Untuk melanggan, sila ke saluran 480 dan ikuti langkah yang tertera. Anda juga boleh strim Mulut Masin di Astro Go dan Astro On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang dan boleh bergelak-tawa melihat telatah kanak-kanak cilik ini bersama ahli keluarga. 


~ SELAMAT MENONTON ~

Khamis, 19 November 2020

Raikan Keju bersama Peraduan Anchor Legendairy "Smile with Cheese" dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM100,000

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Anchor Food Professionals akan membawa semula peraduan Anchor Legendairy dengan tema untuk tahun ini adalah "Smile with Cheese". Peraduan ini dianjurkan di seluruh negara mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020. Ia juga menampilkan cabutan bertuah dan peraduan putar dan menang dengan hadiah yang menarik bernilai sehingga RM100,000. Kempen dan peraduan ini bertujuan untuk menyebarkan kebaikan keju New Zealand dengan membawa kegembiraan kepada para pengguna di Malaysia ketika menghadapi cabaran pandemik Covid-19 ini.

Menurut Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia, peraduan ini bertujuan menyebarkan kegembiraan melalui kebaikan produk keju dan tenusu New Zealand ketika negara sedang mengharungi badai pandemik Covid-19. "Keju adalah sumber protein yang kaya dan pengambilan protein sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat dalam menyumbang kepada emosi yang baik. Dalam erti kata lain dengan menikmati keju dapat membuat anda gembira. Kami berharap untuk membawa senyuman dan aura positif kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan kebaikan keju dari New Zealand!" Tan berkata.

Selain menjadi sumber semulajadi protein, keju juga terkenal dengan rasanya yang lazat! Peraduan Anchor Legendairy adalah sebahagian daripada kempen baharu jenama ini untuk mempromosikan menu masakan berasaskan keju dari lebih 650 buah bakeri, restoran dan kafe F&B yang komited untuk menyediakan makanan yang lazat seperti kek, kuih tat, roti keju, pizza, burger serta nasi keju panggang atau pasta. Anchor Food Professionals berharap untuk menyokong industri F&B tempatan yang terkesan akibat pandemik global ini dengan memperluaskan kehadirannya kepada lebih banyak pengguna dan pelanggan di rumah mahupun di kedai. Kempen ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kemahiran dan memberi pendedahan kepada pengendali makanan terhadap kemahiran penggunaan media sosial yang amat diperlukan terutamanya pada waktu pandemik sebegini.

Krisis Covid-19 telah mempercepatkan keperluan untuk menimba kemahiran dalam penggunaan media sosial terutama dalam menangani isu kegawatan ekonomi yang kian mencabar. Anchor Food Professionals berhasrat untuk memberi sokongan kepada para pengendali F&B dalam usaha meningkatkan kemahiran media sosial mereka supaya perniagaan mereka mam kekal bertahan, malah berkembang maju ketika Malaysia berusaha untuk memulihkan ekonominya. Oleh itu, beberapa restoran dan bakeri yang mengambil bahagian akan menawarkan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran untuk menyasar lebih ramai pengguna, terutama mereka yang lebih suka makan di rumah pada masa kini.” Tan menjelaskan.

Antara sebab utama mengapa pengguna perlu  memilih produk tenusu dari New Zealand, Tan berkata bahawa “Anchor Food Professionals merupakan antara peneraju syarikat perkhidmatan produk tenusu di Malaysia dan kami bangga dengan warisan turun temurun ini terutama dalam penghasilan produk tenusu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand sejak tahun 1886. Produk Anchor Dairy Foods ini dijual kepada lebih 80 buah negara di seluruh dunia dan telah wujud di Malaysia melalui syarikat Fonterra iaitu sebuah koperatif tenusu multinasional sejak 1960. Kami mempunyai rekod yang cemerlang dalam membekalkan produk tenusu yang memiliki rasa, tekstur dan prestasi fungsi yang unik untuk para pengendali makanan industri F&B Malaysia”.

Berikan diri anda sebab untuk senyum pada hari ini dengan kebaikan dan kelazatan keju! 

Sertai peraduan Anchor  Legendairy dan rebutlah peluang untuk  memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama percutian 3-hari-2-malam di resort mewah di Langkawi untuk dua (2) orang termasuk tiket penerbangan dan sembilan (9) hadiah sagu hati yang terdiri daripada alat elektronik untuk dimenangi dalam cabutan mingguan! Peserta juga boleh menebus hadiah eksklusif daripada www.smilewithanchor.com apabila mereka membuat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil bahagian. Semua pelanggan yang makan di restoran, dipek ataupun melalui pesanan penghantaran dari restoran-restoran yang mengambil bahagian juga boleh menyertai peraduan ini. 

Langkah Menyertai Peraduan "Smile with Cheese" Anchor Legendairy 

  1. Pelanggan atau pengguna hanya perlu mengambil gambar bukti pembelian 
  2. Muat naik ke laman web, https://smilewithanchor.com/
  3. "Like" dan "Follow" Anchor Food Professionals di Facebook (https://www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY) dan Instagram (https://www.instagram.com/anchorfp.my/) untuk maklumat lanjut tentang peraduan. 

Khamis, 12 November 2020

Ubah Gaya Hidup Anda Dengan Coway Run 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tabiat baharu boleh dipupuk dalam tempoh masa antara 18 hingga 254 hari. Sungguhpun tiada tempoh masa lazim untuk mengubah tabiat lama, usaha untuk memupukkan amalan sihat baru ini mampu mengubah sama sekali corak kehidupan anda. Satu tabiat positif yang mudah diamalkan dalam keselesaan rumah sendiri adalah aktiviti bersenam. Acara Coway Run 2020 : Change The Game yang dilancarkan pada awal bulan November ini, mengajak rakyat Malaysia untuk mula memupuk tabiat bersenam dengan melengkapkan larian maya sejauh 40 km tanpa had masa sehingga 29 November 2020.


Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, anda boleh melakukan aktiviti ini dengan menggunakan mesin treadmill atau di kawasan anjung, laman atau juga di ruang belakang rumah. Bagi penghuni kediaman bertingkat, boleh juga menggunakan gimnasium, ruang rekreasi awam atau aktiviti turun naik tangga di blok kediaman masing-masing. Jika keadaan mengizinkan, anda bolehlah berlari di sekitar taman perumahan anda.

Untuk mengekalkan dan menambah baik cara larian di samping mencegah kesan kecederaan jangka masa panjang, aktiviti senaman ini perlu dilakukan sekerap yang mungkin. Sebenarnya, anda tidak perlulah memiliki peralatan gimnasium yang canggih mahupun rutin senaman yang meletihkan.


Tiga influencer Mlaaysia - Angeline Ong, Mark O'Dea dan Joanna Soh akan berkongsi senaman yang mudah dan tidak membebankan serta boleh dilakukan di rumah, selain mengesyorkan beberapa peralatan senaman  yang berbaloi untuk dibeli.


Angeline Ong yang amat berpengalaman dalam bidang kecergasan, yakin bahawa konsistensi dan kesungguhan adalah unsur penting untuk mencapai matlamat kecergasan diri sendiri. "Mereka yang baru bermula bersenam patut melakukan senaman ringan dan perlahan. Yang pentingnya, jangan ptutus asa! Pelari yang berpengalaman mesti terus meningkatkan prestasi serta mencabar kemampuan diri dan mendorong orang lain untuk turut berusaha sedaya upaya," ujar Ong.

Pengacara TV dan bintang YouTube, Mark O'Dea, memberi jaminan kepada individu yang baru bermula bahawa 'masih belum terlambat untuk kita bersenam'! Cabaran beliau kepada rakyat Malaysia. "Mula melakukan sesuatu untuk mengambil langkah pertama. Anda akan berasa amat teruja apabila mencapai sasaran yang anda tetapkan!". Beliau yang sentiasa menjaga kecergasannya sepanjang umurnya, menyeru orang ramai untuk terus berusaha walaupun perjalanan untuk meningkatkan tahap kecergasan tidak selalunya mudah dan lancar.

 

Sementara itu, influencer kecergasan, Joanna Soh pula menekankan kepentingan bahawa kita perlu bertanggungjawab terhadap kecergasan diri sendiri. "Lakukannya untuk diri sendiri. Usaha ini adalah satu pengembaraan peribadi. Perjalanan yang tidak pernah berakhir dari segi fizikal dan mental - untuk meningkatkan keyakinan diri," katanya. Soh juga mengingatkan rakyat Malaysia tentang keseimbangan dan keserhanaan. "Kecergasan bukan bermakna pemakanan yang 100% sihat atau meluangkan masa berjam-jam di gimnasium, tetapi kita perlu mencari keseimbangan yang paling sesuai untuk diri sendiri." kata beliau lagi.


Untuk menceriakan larian, Coway telah memperkenalkan ciri permainan interaktif yang membolehkan pelari mengumpulkan lencana pencapaian selepas menamatkan mercu jaya penting sepanjang larian yang ditetapkan pada Tahap 1 (3km), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (20km) dan Tahap 4 (40km). Matlamatnya adalah untuk mendorong pelari menamatkan seluruh larian sehingga 29 November 2020.

Selain untuk bersuka-ria, Coway Run 2020 juga mempunyai tujuan yang murni di mana sebanyak RM10 daripada setiap yuran pendaftaran peserta akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, yang membiayai inisiatif untuk membekalkan air bersih dan menggalakkan amalan kebersihan yang baik kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Pada tahun ini, lebih 300 keluarga dijangka mendapat manfaat daripada projek 5 tahun ini yang bermatlamat memenuhi keperluan 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2021.

Masih belum terlewat untuk menyertai larian di laman web ini:

Untuk maklumat lanjut mengenai larian, sila layari: www.cowayrun.com.my. Butiran
mengenai Happy Water Project boleh didapati di www.coway.com.my/happywaterproject