Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Gaya percutian setiap orang berbeza-beza. Mungkin ada yang bercuti gaya mewah dan mungkin juga ada yang cukup sekadar ke sesuatu destinasi untuk menginap di tempat menarik dan teroka tempat makan menarik dan banyak lagi.
Kali ni, percutian LeYa dan keluarga tidaklah dirancang berbulan-bulan. 'Staycation' kali ini lebih kepada berehat dan menikmati pemandangan hijau yang ada di situ. Kami cukup tertarik dengan sebuah penginapan di pinggir bandar yang masih memiliki suasana hijau dan mendamaikan. Ok, jom!
Trip short vacation LeYa dan keluarga kali ni tidaklah begitu jauh. Hanya 1 jam dari Port Dickson dah pun sampai di lokasi yang cukup menenangkan iaitu DEDAUN LANGAT RESORT yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
Untuk pengetahuan korang, LeYa dan keluarga menginap di dua buah bilik iaitu suite Family Sireh yang boleh memuatkan 8-10 orang di mana terdapat 2 bilik yang mempunyai satu katil queen, 2 katil single, 1 sofa bed di ruang tamu. Untuk yang kedua adalah jenis Deluxe Inai yang boleh memuatkan 3-4 orang dalam satu bilik. Lengkap dengan keperluan asas, rekaan penginapan ini sangat cantik dan selesa untuk didiami.
Family Sireh 01
Deluxe Inai 01
Yang menariknya di sini, swimming poolnya sangat happening buat kanak-kanak yang datang. Ada 3 kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak diberi dua bahagian mengikut peringkat umur. Memang macam taman tema air la kalau korang datang tengok. Sangat nice sekali. Budak-budak pun pasti tak bosan sebab ada taman permainan dalam air.
Seronok betul mereka mandi-manda tak ingat dunia.. Hehe..
Ni view dari atas balkoni di bilik Family Sireh 01
Selain itu, ada juga bilik karaoke untuk korang santai dan menyanyi bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Ruang makan juga luas dan berada di sebelah bilik penginapan Inai. Bukan setakat itu, mungkin korang yang datang dalam bilangan ramai bolehlah untuk sewa atau tempah set BBQ yang disediakan.
Korang yang ingin membuat tempahan penginapan di Dedaun Langat Resort ini, boleh dapatkannya di Laman Facebook DedaunLangatResort. Tunggu apa lagi? Jom ke Dedaun Langat Resort untuk rasai ketenangan dan kesejukan di sini.
Pakej Penginapan Yang Ditawarkan Sehingga 31 Disember 2020
Macam biasa LeYa dan Mr. Otomen Taro memang akan posing gambar paling banyak.. Ahaha...
Sementara itu, bagi korang yang inginkan cantik luar dan dalam, jom ke QasehSpa yang terletak di Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. QasehSpa merupakan pusat kecantikan dan rawatan terbaik sejak tahun 2009 lagi. Boleh terjah pautan di bawah ini untuk dapatkan pakej menarik.
Kena pi lawat la tempat ni. Mendamaikan.
BalasPadamBetul.. Tenang je tau
PadamBestnya.... Kena masuk dlm list nak pergi ni.. Tq for sharing
BalasPadamSangat best..
PadamNanti ade time boleh je singgah.. Hee..
BalasPadamUii dekat je kat hulu langat.. ada peluang bolehla ke sini lepas ni
BalasPadamYe wak... Dekat je.. Dah boleh lah tu.. Hee..
Padamsukanya tempat camni..mesti sejuk je kan sebab tengah hutan...
BalasPadamYe..sejuk wak.. Lagi2 musim hujan skrg ni
Padam