Selasa, 28 Julai 2020

Dapatkan Kasut Orthotic dan Pemeriksaan Kaki di JennOrtho, Mid Valley Megamall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

KAKI adalah salah satu anggota badan yang penting perlu diambil perhatian. Kaki bukan sahaja membantu kita dalam pergerakan seharian malah ia merupakan keseimbangan badan. Rata-rata hari ini, ramai pandang enteng atau kurang memberi perhatian terhadap penjagaan kaki mahupun tapak kaki. Selama hari ni kita merasakan yang tapak kaki kita normal sebab boleh berjalan seperti biasa. Tapi, anda kena sedar dan tahu yang tapak kaki tidak normal boleh menyumbang kepada banyak penyakit. Antaranya adalah sakit tulang belakang, lenguh badan dan lain-lain. Okay, jom ikuti sedikit pengalaman LeYa mengenai kesihatan tapak kaki yang anda harus tahu.


Sama seperti busana yang memerlukan penampilan yang cantik dan elegan, pastinya si pemakai turut tidak mahu mendedahkan keburukan yang ada pada kaki dan tapak kakinya. Jadi, sebelum ia menjadi lebih buruk, ada baiknya untuk anda berusaha pergi merawatnya yang boleh didapati di JennOrtho yang terletak di tingkat 2 Mid Valley.


JennOrtho ini diterajui oleh Dr Edmund Lee, pakar Ortotik dan Prostetik yang cukup terkenal di Malaysia. JennOrtho membantu anda menjaga kaki dengan memberi tumpuan kepada biomekanik dan menggunakan penyelesaian menyeluruh yang melibatkan produk ortotik, penjagaan kaki dan penjagaan kesihatan. 

Di JennOrtho, anda boleh membuat pemeriksaan pengimbasan kaki secara percuma. Ia turut menawarkan pemeriksaan kaki secara Perubatan Ortotik Custom 3D (3D Custom Medical Orthotics) yang mana ia adalah shoe inserts atau insoles yang direka khas dalam kasut anda seperti kasut sukan, kasual, pakaian, diabetic dan aktiviti khas. 3D Custom medical orthotics membantu kaki anda berfungsi dalam keadaan neutral yang optimum dan menghilangkan rasa kesakitan dari badan serta mengimbangi ketidakseimbangan di mana sahaja di bawah kaki, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan punggung.


Dengan menggunakan kaedah pengesanan lanjutan, anda boleh yakin bahawa kaki anda mendapat rawatan terbaik yang ada. Dengan fokus pada penjagaan kasih sayang, Jenn Ortho juga merupakan pilihan yang tepat untuk masalah ortopedik kanak-kanak.


Setelah selesai membuat pengimbasan kaki, para pelanggan yang datang akan diberi sedikit konsultansi mengenai masalah kaki berdasarkan imbasan yang telah dilakukan. Kemudian, mereka di JennOrtho akan menyarankan tapak dalam kasut (insole) dan kasut yang bersesuaian untuk mengatasi masalah tapak kaki tidak normal itu.



Ada banyak insole yang boleh didapati di sini. Antaranya yang ready-made dan juga custom-made mengikut tapak kaki yang bersesuaian pada pelanggan. Memang menarik dan lengkap segalanya ada di sini. Korang yang nak tahu sama ada tapak kaki korang normal atau tidak, boleh kunjungi ke JennOrtho mulai sekarang.

Bersempena pembukaan rasminya pada 29 Jun lalu, JennOrtho ada menawarkan promosi kepada yang berminat untuk mendapatkan insole dan kasut.
  • Promosi Custom-made insole - Harga Asal : RM2399, Harga Promosi : RM2199
  • Promosi Insoles Ready-made untuk JennKids (dengan kasut) - Harga Asal : RM1299, Harga Promosi : RM899
  • Promosi Insoles Ready-made Dewasa - Harga Promosi : RM999
  • Promosi Keluarga : Beli 2 PERCUMA 1


Menarik kan! Jadi, tunggu apa lagi? Jom lah ke JennOrtho sekarang untuk menjalani pemeriksaan kaki dan mengetahui tahap penjagaan kaki dengan betul. Sebelum terlambat, jom mulakannya sekarang untuk menjaga kesihatan kaki kita.

JennOrtho
S-011, Second Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Website

Facebook

Instagram

Waktu Operasi
10.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)


4 ulasan:

  1. nampak selesa kasut2 diorang..
    skrng ni da meningkat umur xde da pkir nak yang tinggi2..
    nak yang senang sarung n selesa je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah tu. Lebih memilih keselesaan. Yg tinggi-tinggi ni penat dan sakit kaki nak jalan lama-lama

      Padam
  2. Kaki kita ni mmg memainkan peranan penting dan kerap digunakan jd plihan kasut pun harus bersesuaian demi kesihatan

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com