Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Setelah pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai kebenaran merentas negeri yang akan bermula pada 10 Jun 2020 iaitu esok, ramai rakyat Malaysia menarik nafas lega tanda kesyukuran kerana boleh pulang ke kampung bertemu Ibu Ayah, tidak dilupa juga yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga dan berehat menikmati pemandangan pantai yang indah.
Kita tahu berkelah atau berjemur di pantai pastinya merupakan aktiviti kesukaan ramai. Namun, bagi wanita hamil, terdapat kesan bahaya yang perlu diketahui. Jom ikuti selanjutnya dalam Blog LeYa.
Bahaya Berjemur di Pantai
Hakikatnya, secara teknikal aktiviti berjemur di pantai adalah satu perkara yang tidak disarankan oleh pakar kepada semua individu, terutamanya wanita mengandung.
Hal ini kerana ia terdedah kepada sinar UV matahari, meletakkan diri kita kepada risiko penuaan pramatang dan juga melanoma malignan (kanser kulit). Beberapa kajian turut mengaitkan sinar UV dengan kekurangan asid folik.
Fungsi asid folik adalah untuk menghalang dan mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida dan ia sangat penting pada trimester pertama kehamilan. Bagi wanita mengandung, kulit akan menjadi sangat sensitif dan lebih mudah mengalami kepanasan serta chloasma - bintik gelap pada wajah semasa berbadan dua.
Banyak kebimbangan menyamakan tabiat berjemur di pantai dengan kaedah memerangkan kulit. Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama semasa hamil boleh menyebabkan kegatalan, ruam panas atau masalah chloasma menjadi semakin teruk.
Menurut pakar daripada British Association of Dermatologies(BAD), Dr Sweta Rai menyatakan, tidak kira wanita mengandung mahupun mana-mana individu, aktiviti berjemur di pantai dengan berbaring di bawah sinaran matahari tidak digalakkan.
Malahan pakar penjagaan kulit semasa hamil juga tidak mengesyorkan aktiviti ini untuk dilakukan. Dr Sweta menjelaskan, dalam tempoh kehamilan, tahi lalat kita boleh berubah disebabkan pengaruh hormon. Jadi, semasa berjemur, kita akan mengalami keadaan yang dipanggil pendedahan cahaya matahari kronik rendah atau selaran matahari.
Masalah selaran matahari yang dialami boleh menyebabkan penuaan pada kulit serta meningkatkan risiko untuk mengalami kanser kulit bukan melanoma walaupun dalam jumlah peratusan yang kecil.
Selain itu, ibu-ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami kemerosotan sistem imun, keadaan ini sekali gus memungkinkan ibu mendapat masalah berkaitan pendedahan cahaya matahari.
Adakah berjemur di pantai berbahaya untuk kandungan?
Pakar menjelaskan, tidak terdapat kajian yang dapat membuktikan mengenai perkara tersebut. Namun bagi Dr Sweta, saintis tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada ia boleh memberikan kesan kepada bayi atau tidak.
Walaupun kebanyakan pakar berpendapat bahawa ia tidak mungkin berlaku, tetapi masih tiada bukti untuk mengesahkannya. Walau bagaimanapun, sebelum hamil, untuk melakukan aktiviti berjemur di pantai, anda akan berbaring menelentang.
Posisi tidur seperti itu bagi wanita mengandung juga sebenarnya boleh menekan urat besar dalam perut yang dikenali sebagai inferior vena cava. Jika keadaan itu berlaku, ia boleh mengurangkan aliran darah pergi balik ke jantung dan juga bekalan darah ke rahim.
Oleh sebab itu, posisi tidur wanita yang berbadan dua disarankan untuk mengiring ke sisi kiri berbanding menelentang.
Tips melindungi kulit bagi wanita mengandung
Sudah tentunya kita tidak dapat menghindari diri daripada cahaya matahari 100% walaupun tidak berjemur di pantai, bukan?
Jadi, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kesan sampingan akibat terkena cahaya matahari dengan langkah-langkah seperti berikut:
- Memakai pelindung matahari SPF 30 atau lebih tinggi
- Memakai pelindung matahari setiap 2 jam
- Duduk di tempat teduh dan elakkan daripada terkena sinaran matahari secara terus
- Hindari sinaran matahari pada waktu kemuncak antara pukul 11 pagi hingga 3 petang
Kekal Terhidrat
Berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan dehidrasi. Pastinya ia satu keadaan berbahaya buat wanita mengandung.
Air sangat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia akan mengangkut nutrien dan vitamin untuk dibawa ke janin.
Dehidrasi juga boleh menyekat aliran darah ke rahim dan mengakibatkan gangguan kepada perkembangan bayi, sekali gus boleh menyebabkan kontraksi pramatang.
Jika anda tidak pasti sama ada badan mendapat cukup cecair atau tidak, perhatikan warna air kencing. Air kencing normal sepatutnya berwarna kuning cair. Jika berwarna gelap, anda berisiko untuk mengalami dihidrasi dan perlu segera meminum air. Sekiranya anda berdepan kesukaran untuk minum air kosong, anda boleh mencampurkan sedikit perahan lemon dan minumnya dengan ketulan ais.
Nikmati cahaya matahari secara sederhana
Sama seperti perkara lain dalam hidup, yang perlu dinikmati secara bersederhana, begitu jugalah keadaannya dengan cahaya matahari. Tidak salah untuk kita menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, tetapi jangan secara berlebihan.
Kita masih boleh berkelah bersama keluarga atau bersantai di tepi kolam. Namun pastikan kita tahu menjaga aspek pengambilan cecair dan memakai pelindung matahari.
Sumber : Hello Doktor
Oo perempuan mengandung ada bahaya rupanya terdedah dengan matahari berjemur tepi pantai.. :)
BalasPadamYe wak.. Boleh tu boleh tapi jgn berlebihan
PadamThanks for your sharing 😊
BalasPadamWelcome
Padam