Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia, pelbagai inisiatif kerajaan dibangunkan untuk memastikan penyakit ini dapat dikawal dan dihapuskan. Antaranya adalah aplikasi MySejahtera di mana ia merupakan satu usaha dalam membantu pengawasan penularan Covid-19 di negara ini.
Selain itu, seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan bermurah hati untuk memberikan kredit e-wallet RM50 kepada sesiapa yang telah memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera. Jangan risau kepada yang belum daftar kerana anda boleh memuat turun dan daftar sekadar segera mulai sekarang. Siapa tak nak duit percuma kan? Hehehe...
Okay sebelum berceloteh lebih panjang jom tengok apa sebenarnya aplikasi MySejahtera ni?
Aplikasi MySejahtera ini dibangunkan oleh kerajaan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Aplikasi ini membolehkan penilaian kesihatan kendiri. Ia juga membolehkan KKM untuk mengambil tindakan dengan cepat, tepat dan berkesan bagi mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.
Dengan hanya memuat turun aplikasi MySejahtera secara percuma, ianya dapat memberikan kemudahan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan. Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi ini adalah pengesanan hotspot kawasan Covid-19 dan lokasi fasiliti saringan yang terdekat. Turut disediakan juga nasihat kesihatan secara atas talian.
Cara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera
Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertama yang ada dikongsikan dalam laman web rasmi https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
- Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
- Klik sini untuk Android melalui Google Play
- Klik sini untuk Apple iPhone melalui App Store
- Klik sini untuk Huawei melalui AppGallery
- Klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
- Masukkan nombor telefon bimbit klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
- OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
- Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
- Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
- Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
- Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”
*Pengguna juga DIBENARKAN untuk mendaftarkan maklumat mengenai ahli keluarga atau individu lain yang tidak memiliki nombor telefon ataupun akses telefon pintar dengan memilih fungsi ‘Urus Tanggungan’
Bila Dapat Tebus e-Wallet RM50 tu?
Aha! Yang ni korang kenalah sabar ye! Sebab rakyat Malaysia ni bukan anda seorang sahaja. Ada ramai. Yang penting dah muat turun. InsyaAllah, mungkin selepas 15 Jun 2020 nanti diberikan secara berperingkat. Semoga info ini bermanfaat lah ye.
Kredit Photo Pilihan : Laman Web Rasmi MySejahtera
Ok.. Sy download sekarang.. Tq
BalasPadamSama-sama... Jom
PadamTq cik ilya..den download gak skrg..hehehe
BalasPadamWelcome
Padamterima kasih atas perkongsian, bermnfaat ni.. RM50 pun banyak ni
BalasPadamKan.. Jom lah kita manfaatkannya..
PadamThanks for sharing......
BalasPadamWelcome
Padamhi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)
BalasPadamHi thanks.. what's your blog link?
Padampandai govt. hehe... sbb dl sy download awai2 dia x hebahkan bnda ni lagi
BalasPadamHehe..
PadamHai semua
BalasPadamNama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.
Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.
Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.
Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.
Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.
NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com