Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini, hampir 80% rakyat Malaysia menghabiskan masa membeli belah secara atas talian berbanding di shopping mall. Almaklumlah seperti yang kita tahu, "Semuanya di hujung jari". Zaman teknologi di hujung jari ni ramailah lebih suka membeli belah secara online. Katanya lebih cepat dan menjimatkan masa dan tenaga.
Dengan munculnya lambakan aplikasi online sekarang sudah tentu ramai yang keliru kat mana nak shopping paling best dan murah. So, apa kata LeYa cuba kongsikan dengan korang beberapa tempat shopping online terbaik atas talian yang korang boleh luangkan masa menjelang akhir tahun ni. Jom!
1. Lazada
Laman web pertama yang cukup popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdapat pelbagai produk dan tawaran harga yang adakalanya tidak masuk akal.
Nak shopping? Klik Di Sini.
2. Shopee
Ini pun satu lagi laman shopping yang sangat popular hari ini. Barang-barang yang dijual kebanyakannya dari negara China dan jauh lebih murah. Promosi berganda-ganda juga sering dijalankan di laman ini.
Nak shopping? Klik Di Sini.
3. PGMall.my
Mungkin ada yang belum tahu kewujudan laman PGMall.my ni. Ia juga merupakan salah satu pusat beli belah secara online. Namun, ia merupakan platform online shopping pertama dunia yang menggunakan emas dan wang ringgit sebagai satu bentuk kaedah pembayaran dalam setiap pembelian barangan dan perkhidmatan online. Pembelian barangan dengan emas adalah untuk ahli Public Gold yang menggunakan Payment System Gold (GPS). Manakala orang awam juga boleh membeli belah dengan menggunakan wang tunai iaitu secara perbankan online dengan Sistem FPX.
Sekarang ni PGMall.my tengah ada promosi WowStore! Jadi, apa kata kalau korang cepat-cepat singgah ke laman online shopping terbaru ni.
Nak shopping? Klik Di Sini,
Sempena Deepavali, Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi ni, pihak PGMall.my mengadakan promosi kaw-kaw terlajak murah. Jadi, korang yang berkelapangan bolehlah singgah dan tengok-tengok barang apa yang ingin dibeli. Tak susah pun kan. Beli secara online, bayar dan tunggu barang-barang korang tu dihantar terus ke rumah. Mudah kan! Apa-apa pun check dulu alamat korang sama ada betul dan ada dalam kawasan penghantaran atau tak.
Yang pasti, tiada transaksi tunai di sini ye! Yelah kan! Dah nama pun laman web online. Jadi kesemua pembayaran dibuat secara atas talian lah..
Sekali lagi LeYa ingatkan terpulanglah pada korang nak guna platform yang mana untuk shopping. Untuk penjimatan berganda, LeYa dah suka pula dengan laman shopping PGMall.my ni! Hehehe...
wah shopping sakan tu leya kalau shopping online. baru tahu tentang PG mall , nk g terjah la tgk2 window shopping gitu..
BalasPadamHehe... Shopping jangan tak shopping ye
PadamBiasa dgn Lazada n shoppee ..PG Mall belum pernah try
BalasPadamBolehlah try nanti. Hehehe..
Padamsekarang memang banyak online shopping sebab malas nak keluar mall..hehe
BalasPadamBetul3x... 😁😁
Padampaling takut nak jengah shopee tu..berhantu betul entah berapa banyak nak add to cart. haha
BalasPadamHahaha... Betul lah tu..
Padam