Khamis, 17 Oktober 2019

Travelog Sabah | Menjejaki Warisan Sejarah Di Sandakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita dah tengok Tempat Makan Menarik di Sandakan. Seperti yang korang tahu, Sandakan ni memang tidak boleh dinafikan lagi setiap tahun menerima kunjungan ramai pelancong dek kerana ingin menyaksikan keunikan yang ada di situ. Keunikan alam semulajadinya dan kedudukan geografinya yang dekat dengan Indonesia dan Filipina turut mempengaruhi adat dan budaya masyarakat di situ. Jadi, kalau korang nak tahu tempat menarik di Sandakan, jom LeYa bawa korang bersama-sama Jejak Warisan Sandakan atau Sandakan Heritage Trail. Ia termasuk Masjid Jamek, William B. Pryer Monument, Rumah Agnes Keith dan English Tea House, Gereja St. Michael dan All Angels, Puu Jih Shih Buddhist Temple, Tangga Seribu (Stairs with Hundred Steps), Kuil Sam Sing Kung (Tiga Orang Suci) dan Kuil Dewi Mercy serta Sandakan Memorial Park.


1. Masjid Jamek

Masjid Jamek atau Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri merupakan masjid tertua di Sabah berikutan usianya yang sudah lebih 130 tahun dan dibina sekitar tahun 1880-an. Ia masih teguh dan terus aktif menjalankan pelbagai aktiviti ibadah dan dakwah dalam kalangan masyarakat. Lokasinya terletak di lereng bukit Jalan Lebuh 6, Bandar Sandakan, masjid ini disenaraikan bangunan bersejarah di daerah itu.

Sumber Photo: Google

Masjid ini juga masih mengekalkan reka bentuk asal iaitu mimbar dan empat tiang seri di bahagian dalam ruang solat.

Alamat
Lebuh Empat, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah.

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

2. William B. Pryer Monument

William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal di Bandar Sandakan. Beliau telah menyediakan pelbagai asas pentadbiran. Tugu peringatan ini terletak di MPS Square sebagai memperingati tampuk pemerintahan William B. Pryer (1845-1899) yang telah mengasas Sandakan pada tahun 1879 untuk British North Borneo Development Corporation.


Alamat
Sandakan Municipal Council, Lebuh Empat, Sandakan, Sabah, 90000

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

3. Puu Jih Shih Buddhist Temple

Terletak di puncak bukit di atas Tanah Merah di selatan Bandar Sandakan, tokong Buddha Puu Jih Shih ini dapat menyaksikan pemandangan cantik Teluk Sandakan yang tiada tandingannya. Dibina pada tahun 1987 dengan kos US$2 juta, tokong ini menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke sini.



Memang sangat cantik taw korang pemandangan kat sini. First time masuk dalam temple tu LeYa dapat lihat banyak sangat benda-benda pelik dan antik yang tak pernah pun LeYa tengok sebelum ni. So far memang sangat menarik!


Alamat
90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

4. Agnes Keith House

Kalau korang nak tahu, Rumah Agnes Keith ni direkabentuk mengikut Rumah Melayu dan dimiliki oleh penulis Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith. Agnes menetap di sini bersama suaminya, Harry Keith pada tahun 1930 lagi.




Alamat
Agnes Keith House , Jalan Istana, 90709 Sandakan, Sabah.

Telefon
089– 221140

Waktu Operasi
9 pagi – 5 petang (Isnin – Ahad).

Harga Tiket
RM2 (Warganegara Malaysia).
RM15 (Warganegara asing).
Percuma (Warganegara Malaysia) Pelajar dengan uniform, orang kurang upaya, warga emas, pemandu teksi.

5. English Tea House & Restaurant

English Tea House ni pula ialah sebuah restoran berkonsepkan Inggeris yang cukup terkenal di Sandakan. Ia terletak bersebelahan dengan Rumah Agnes Keith. Di sini korang akan disajikan dengan pemandangan hijau yang cukup cantik dan tenang serta dihidang dengan makanan-makanan Barat yang enak. (Boleh rujuk gambar di artikel Tempat Makan Menarik di Sandakan).


Selain itu, ia juga sangat sesuai dijadikan lokasi Photo Wedding atau majlis perkahwinan kerana lokasinya yang cukup romantik dan indah.

Alamat
2002, Jalan Istana, 90000 Sandakan, Sabah.

Waktu Operasi
10 pagi – 9 malam (Isnin – Ahad).

6. Gereja St. Michael dan All Angels

Gereja St. Michael dan All Angels ini merupakan gereja granit yang telah dibina pada tahun 1897. Ia juga masih kukuh sebelum Perang Dunia Kedua. Gereja ini diiktiraf tapak warisan dunia sejak tahun 2005.



Alamat
51, Jalan Puncak, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
3 pagi – 3.30 petang (Isnin-Sabtu)

Harga Tiket
RM10 Dewasa (Warganegara Malaysia)
RM30 (Warganegara asing)
Kanak-kanak percuma

7. Tangga Seribu (Stairs with Hundred Steps)

Lokasi ini dikenali Tangga Seribu dalam Bahasa Melayu atau Stairs with Hundred Steps dalam English. Ia terletak berdekatan dengan William B. Pryer Monument. Maklumatnya tidak rasmi, namun dipercayai masyarakat Cina yang pernah mendiami dan melalui tangga seribu ini untuk membawa hasil tani mereka ke bandar.

Sumber Photo: Sunah Sakura

Alamat
Sandakan Municipal Council, Lebuh Empat, Sandakan, Sabah, 90000

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

8. Kuil Sam Sing Kung (Tiga Orang Suci) 

Merupakan tokong Cina di Sandakan dan dibina pada tahun 1887. Ia merupakan kuil tertua dan ketiga di Sandakan selepas Dewi Mercy dan Tam Kung.

Di dalamnya terdapat koleksi 100 puisi yang telah dicetak sebelum ini. Bell berbentuk gangsa didermakan oleh Kapitan Cina pertama Sandakan yang dikenali sebagai Fung Ming Shan. Ming Shan terus dilantik untuk mengurus dan menyelia komuniti Cina di bandar itu.

Sumber Photo: Google

Alamat
Singapore Road, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
8 pagi – 8 malam

Harga Tiket
Percuma

9. Sandakan Heritage Museum / Wisma Warisan

Muzium Warisan ini tidaklah terlalu besar. Korang boleh habiskan jelajah lebih kurang dalam 15 minit sahaja. Di dalamnya korang boleh menyaksikan pameran visual dan pelbagai artifak yang mana kesemuanya menerangkan sejarah dan kebudayaan masyarakat setempat. Muzium ini terletak di tingkat pertama bekas bangunan pentadbiran British Administration.


 

Potret pemimpin tempatan dan pemandangan awal bandar dipamerkan di ruang utama dengan pameran yang menarik perhatian iaitu  mural dinding besar Sandakan pada tahun 1935 di ruang depan muzium. Muzium Safari Martin and Osa Johnson di Chanute, Kansas dari Amerika Syarikat mempunyai hubungan dengan muzium ini dengan salinan digital fotograf Johnson berkaitan Borneo Utara dikembalikan kepada muzium dan pihak berkuasa Muzium Sabah.


Alamat
Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
9 pagi – 5 petang

Harga Tiket
Percuma

10. Sandakan Memorial Park

Pada tahun 1945, Sandakan Memorial Park atau Taman Peringatan Sandakan pernah  menjadi saksi kekejaman tentera Jepun di mana mereka menjadikan sebahagian daripada askar Australia dan British sebagai tawanan perang untuk membina lapangan terbang Sandakan. Peristiwa ini juga dikenali sebagai Kawat Maut Sandakan. Sandakan Memorial Park dibina untuk memperingati 2400 tentera Australia dan British yang terkorban dalam kem POW antara tahun 1942-1943. 



Korang juga boleh melawat sebuah muzium kecil di dalam taman ini untuk mengetahui lebih banyak sejarah Sandakan. Memang best belajar sejarah yang ada dalam negara kita ni taw! LeYa sangat teruja.



Alamat
Sandakan Memorial Park, Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
8 pagi – 6 petang (Isnin-Ahad)

Harga Tiket
Percuma

Ini sahaja yang dapat LeYa kongsikan untuk coretan tempat menarik di Sandakan yang korang boleh kunjungi. Kalau korang berminat untuk turut serta dalam Free Walking Tour khas untuk Sandakan Heritage Trail, boleh hubungi pihak Borneo Sandakan Tours.

Free Walking Tour
Rabu & Jumaat sahaja
10 pagi - 12 tengah hari
Mohon tempah 24 jam sebelum tour
Maksimum 15 pax
WhatsApp: +6016 520 5754


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

Rabu, 16 Oktober 2019

3 Laman Web Online Shopping Yang Perlu Anda Singgah Untuk Dapatkan Promosi Hebat!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, hampir 80% rakyat Malaysia menghabiskan masa membeli belah secara atas talian berbanding di shopping mall. Almaklumlah seperti yang kita tahu, "Semuanya di hujung jari". Zaman teknologi di hujung jari ni ramailah lebih suka membeli belah secara online. Katanya lebih cepat dan menjimatkan masa dan tenaga. 

Dengan munculnya lambakan aplikasi online sekarang sudah tentu ramai yang keliru kat mana nak shopping paling best dan murah. So, apa kata LeYa cuba kongsikan dengan korang beberapa tempat shopping online terbaik atas talian yang korang boleh luangkan masa menjelang akhir tahun ni. Jom!

1. Lazada


Laman web pertama yang cukup popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdapat pelbagai produk dan tawaran harga yang adakalanya tidak masuk akal. 

Nak shopping? Klik Di Sini.

2. Shopee

Ini pun satu lagi laman shopping yang sangat popular hari ini. Barang-barang yang dijual kebanyakannya dari negara China dan jauh lebih murah. Promosi berganda-ganda juga sering dijalankan di laman ini.

Nak shopping? Klik Di Sini.

3. PGMall.my



Mungkin ada yang belum tahu kewujudan laman PGMall.my ni. Ia juga merupakan salah satu pusat beli belah secara online. Namun, ia merupakan platform online shopping pertama dunia yang menggunakan emas dan wang ringgit sebagai satu bentuk kaedah pembayaran dalam setiap pembelian barangan dan perkhidmatan online. Pembelian barangan dengan emas adalah untuk ahli Public Gold yang menggunakan Payment System Gold (GPS). Manakala orang awam juga boleh membeli belah dengan menggunakan wang tunai iaitu secara perbankan online dengan Sistem FPX.

Sekarang ni PGMall.my tengah ada promosi WowStore! Jadi, apa kata kalau korang cepat-cepat singgah ke laman online shopping terbaru ni.

Nak shopping? Klik Di Sini,

 
 

Sempena Deepavali, Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi ni, pihak PGMall.my mengadakan promosi kaw-kaw terlajak murah. Jadi, korang yang berkelapangan bolehlah singgah dan tengok-tengok barang apa yang ingin dibeli. Tak susah pun kan. Beli secara online, bayar dan tunggu barang-barang korang tu dihantar terus ke rumah. Mudah kan! Apa-apa pun check dulu alamat korang sama ada betul dan ada dalam kawasan penghantaran atau tak. 

Yang pasti, tiada transaksi tunai di sini ye! Yelah kan! Dah nama pun laman web online. Jadi kesemua pembayaran dibuat secara atas talian lah.. 


Sekali lagi LeYa ingatkan terpulanglah pada korang nak guna platform yang mana untuk shopping. Untuk penjimatan berganda, LeYa dah suka pula dengan laman shopping PGMall.my ni! Hehehe...

Selasa, 15 Oktober 2019

Insourin - Minuman Kesihatan Untuk Pengidap Diabetes Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa kat sini yang tidak mahu kelihatan sihat dan ceria? Pengidap diabetes atau kencing manis pasti seronok selepas tahu apa yang LeYa akan kongsikan ini. Korang pernah dengar tentang Insourin? Insourin merupakan minuman kesihatan untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ia khusus kepada pesakit diabetes untuk membantu menurunkan kadar gula atau glukos dalam tempoh masa yang singkat.


Insourin dari Joymix - Minuman Kesihatan Untuk Pesakit Diabetes

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini suka makan makanan manis dan bimbang bila menghidap penyakit diabetis atau kencing manis ini. Diabetes merupakan penyakit yang perlu dibimbangkan rakyat Malaysia kerana menurut kajian National Health and Morbidity Survey 2015, hampir satu daripada lima orang dewasa mengalami diabetes. Kaji selidik juga telah mendedahkan bahawa 1.8 juta daripada 3.5 juta rakyat Malaysia didiagnosis dengan diabetes serta tidak menyedari mereka mengalami penyakit kronik itu.

Dengan itu, satu keberkesanan produk telah membantu pesakit diabetes untuk menurunkan kadar gula dalam masa 2 jam dengan Insourin dari Joymix.


Terkejut dengan kenyataan itu? Ya! Memang benar. Dalam 2 jam sahaja, bacaan kadar gula dalam darah pesakit diabetes menurun. Apa yang ada dalam minuman kesihatan Insourin?

Insourin adalah minuman kesihatan yang mempunyai rasa sitrus yang mengandungi bahan utama seperti

1. Citron Juice Powder / YUJA / 유자
2. Dipatenkan Momordica Charantia Polypeptide (melon pahit) 고야
3. Erythritol- Zero Calorie Sugar

Insourin juga bertindak hampir sama seperti insulin dalam tubuh. Sebaiknya ia lebih berkesan jika meminumnya selepas makan.

Faedah Mengamalkan Minuman Insourin

1. Dapat mengurangkan glukosa darah (Diabetik) selepas makan
2. Mengurangkan Hemoglobin Glycated (HbA1c)
3. Membantu mengurangkan lemak dalam badan.
4. Mengurangkan Jumlah Kolesterol dan Trigliserida
5. Mencegah dari sebarang penyakit hati.


Cara Pengambilan

1. Ambil dan tuangkan 1 sachet Insourin ke dalam 1 cawan kecil air bersuhu bilik normal.
2. Kacau sebati.
3. Minum ketika bersama menikmati makanan atau selepas makan.


Selain itu, korang juga boleh mencegah atau mengurangkan tahap glukosa dalam darah dengan mengamalkan kehidupan yang sihat seperti banyakkan meminum air putih/suam, makan makanan yang sihat dan sentiasa bersukan.

Biasakan diri untuk bersukan kerana senaman ringan yang kerap juga mampu membantu membakar gula berlebihan dalam tubuh. Cuba korang menyasarkan sasaran lebih kurang 30-60 minit dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, jogging perlahan dan sebagainya. Dengan bantuan Insourin juga, ia turut membantu korang mengurangkan paras gula dalam darah dengan lebih berkesan lagi.


Kat mana nak dapatkan produk minuman kesihatan Insourin? Korang boleh terus beli secara online menerusi laman web di bawah


Gaya hidup sihat menjamin keluarga bahagia

#insourin #joymix

Khamis, 10 Oktober 2019

Travelog Sabah | Tempat Makan Menarik Di Sandakan Yang Wajib Disinggah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa sahaja kat sini yang tak pernah dengar tentang salah satu bandar kedua terbesar di Sabah ini. Sandakan cukup terkenal sebagai sebuah bandar hijau dan pusat pelancongan utama di Sabah. Antara tarikan menarik yang ada ialah Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, Puh Ji Shih Temple, Agnes Keith House, Sandakan Heritage Museum, St, Micheal Church, Sandakan Memorial Park, Borneo Sunbear Conversation Centre dan banyak lagi. 

Jika korang bercadang untuk datang ke Sandakan dan tercari-cari tempat makan menarik, jom LeYa bawa korang tempat yang best di sekitar Bandar Sandakan iaitu Restoran Makanan Laut Pasir Putih dan English Tea House & Restaurant.


Restoran Makanan Laut Pasir Putih Baru

LeYa pasti ramai di kalangan korang yang gemarkan makanan laut? Restoran ini wajib korang singgah untuk nikmati hidangan makanan laut yang segar dan sedap. Restoran Pasir Putih cukup popular di Sandakan dan ramai pelanggan sudah memenuhi ruang restoran ini. 


Antara tarikan menu yang popular di sini yang LeYa dah cuba ialah Steamed Sabahan Garoupa atau Kerapu Stim Sandakan, Lobster Noodle, Steamed Chicken with Garlic, Salt Baked Crab, Steamed Prawn, Sotong masak kicap dan vegetable soup. Jom tengok menu-menu nya!

Steamed Sabahan Garoupa atau Kerapu Stim Sandakan

Steamed Chicken with Garlic

Steamed Prawn

Salt Baked Crab

Sotong masak kicap

Lobster Noodle

Jadi, kalau korang nak datang dan singgah makan kat sini, memang LeYa recommend sesangat sebab sedap dan puashati. Lagi pula, korang dapat lihat laut di sebelah restoran ni sambil menikmati hidangan di depan mata.

Restoran Makanan Laut Pasir Putih

Mile 2 1/2, Jalan Batu Sapi, 
P.O. Box No. 2251,
90725 Sandakan,
Sabah.

English Tea House & Restaurant

Okay! Korang teringin nak menukar citarasa sarapan pagi dengan menu masakan Barat? LeYa pasti korang akan suka dan teruja dengan restoran ni. Ia cukup elegan dan wajib korang kunjungi. Dari hiasan dalamannya sahaja kita dah tahu apa menu yang akan dihidangkan. 



Sambil menikmati sarapan pagi yang enak, korang boleh juga menikmati pemandangan di sekitar restoran yang menghijau dan sangat cantik. Memang LeYa suka dengan suasana macam ni!


English Tea House & Restaurant

2002, Jalan Istana,
90000 Sandakan, Sabah.

Korang terasa lapar saat menghabiskan bacaan di sini? Dah tahu kat mana korang nak pergi bila berada di Sandakan nanti? LeYa pasti kedua-dua restoran ini mampu memuaskan perut dan hati korang. Selamat menjamu selera guys!


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

Rabu, 9 Oktober 2019

Travelog Sabah | Teroka Hutan Borneo dan Menyusuri Sungai Kinabatangan di Myne Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersambung untuk episod yang seterusnya. Setelah selesai dan check-out dari Tabin Wildlife Resort, LeYa dan rakan-rakan terus dibawa ke Lapangan Terbang Lahad Datu untuk ke Sandakan. Dari Airport Lahad Datu, kami menaiki MASWings, penerbangan domestik anak syarikat Malaysia Airlines yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak sahaja.


Penerbangan dari Lahad Datu ke Sandakan mengambil masa kira-kira 35 minit sahaja. Jadi, dalam perjalanan singkat itu, pramugari memberi kami snek kacang dan air minuman sebagai alas perut. LeYa memilih air mineral disebabkan tidak minum air milo.



Myne Resort, Bilit, Kinabatangan

Setibanya kami di Airport Sandakan, kami terus dibawa menaiki bas bersama Tour Guide ke lokasi kedua yang akan kami inap iaitu Myne Resort. Perjalanan ke Myne Resort, Bilit, Kinabatangan mengambil masa 2 jam. Yeah! Inilah peluang masing-masing melelapkan mata sebelum tiba ke destinasi. Sesampai sahaja di Myne Resort, kami dihidang dengan Welcome Drink dan berehat seketika menunggu satu persatu melepaskan hajat yang tertangguh lama tadi. Hehehe..


Evening River Cruise

Ok! Bila semuanya selesai, kami dibawa menaiki bot untuk aktiviti Evening River Cruise. Di sini, kami menyeberangi Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah yang sepanjang 560 KM dan kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang di Sarawak. Menyusuri sungai yang besar dan luas itu, dapat kami lihat pemandangan hutan serta hidupan-hidupan liar yang ada di situ.


Waktu petang-petang ni selalunya monyet-monyet akan berkeliaran di setiap pokok mencari makanan dan bersantai bersama keluarga mereka. Ia sama seperti yang LeYa pernah lihat di laluan jalan Sua Betong, Port Dickson yang memperlihatkan segerombolan monyet di tepi jalan menunggu makanan dari pemberian orang ramai. Hehehe... Tapi di sini, monyet-monyet tidak dibenarkan untuk diberi makanan ye. Awas! Jangan ada yang buat pulak. 


Dapatlah juga LeYa kenal serba sedikit nama dan jenis monyet yang ada di situ. Monyet yang kelihatan keperangan ini dikenali sebagai Proboscis Monkey. Hidungnya kelihatan mancung sedikit, lagak monyet paling hensem lah gayanya kan. Hehe... Maaf sebab LeYa dah habis Zoom-in untuk mendapatkan paparan jelas tapi tak cukup panjang pulak lensa LeYa. So, ini sahaja yang termampu ditunjukkan.

Proboscis Monkey

Maghrib hampir tiba. Dapatlah kami merasa dan menikmati keindahan matahari terbenam di atas bot di Sungai Kinabatangan. Memang seriously cantik gilerr weyyhhh... Tak kan dapat dilupakan punya lah momen indah ni.



Sebelum langit gelap, kami pun bergegas naik ke darat untuk bersiap siaga aktiviti seterusnya di malam hari. Jom tengok bilik di Myne Resort dan mandi-manda di Shower Room.

Rooms @ Myne Resort

Kat sini, ada tiga jenis bilik iaitu Chalet, Longhouse dan Dorm. LeYa dan Illy Ariffin duduk di bilik Chalet yang mana terdapat 1 katil Queen dan 1 katil single-bed serta tambahan 1 single-bed yang dilipat di tepi dinding. Kira-kira, sebenarnya bilik ini mampu menempatkan 4 orang dalam satu bilik. Bilik LeYa dan Illy menghadap Sungai Kinabatangan. Memang nice sangatlah kan viewnya. 


Usai mandi dan solat Jama' Maghrib dan Isyak, kami turun ke Main Lobby untuk menikmati hidangan makan malam. Aduh! Sedap-sedap semuanya makanan yang dihidangkan. Memang rugi lah time travel macam ni diet kan. So, apa tunggu lagi? Kasi licinkan pinggan lah!


Night Walk @ Myne Safari

Bukan pengalaman pertama LeYa mengikuti Night Walk ini. Sudah acap kali juga sewaktu muda-muda dulu. Hahaha... Namun, kali ini dirasakan begitu teruja pabila hampir lama juga tidak bernight walk dengan rakan-rakan dan melihat pemandangan malam hutan di tempat orang. Kelengkapan senjata Inhaler dibawa bersama sebagai incase apa-apa berlaku. Alhamdulillah... perjalanan LeYa sihat dan seronok tanpa perlu menyedut Vape perisa gas tuh. Kahkahkah...


Dapatlah LeYa dan rakan-rakan tengok burung-burung sedang tidur di atas dahan pokok. Oh Ye! Speechless bila dapat tengok burung kenyalang dengan anak-anaknya di dalam sarang. So cute! Sarang burung ni berada di pokok. Sungguh kecil ye lubangnya sebab dah ditampal tanah oleh ibu burung untuk muat-muat keluarkan paruhnya sahaja. Tour Guide ada bagitahu yang apabila anak-anak burung kenyalang ni dah pandai terbang, ibu burung itu akan pecahkan tanah pada lubang tu dan anak-anak burung tadi keluarlah mencari kehidupan.


Paling teruja teruk sekali bila first time dapat masuk dalam pokok. Guys! Korang boleh rasa duduk dalam pokok guys. Seriously, pokok merbau tu besar dan luas sehingga boleh memuatkan 15 orang dewasa pada satu-satu masa. Tengok sahaja lah bagaimana LeYa menyusup masuk melalui laluan di bawah pokok. Keadaan LeYa melihat dari bawah ke atas, sangatlah tinggi dan kosong bila berada dalam pokok merbau tu.

Ia sebenarnya adalah tempat persembunyian dari musuh atau bahaya yang berlaku ketika berada di dalam hutan. So, korang jangan tak tahu, setiap apa yang tercipta tu ada faedahnya.


Kat bawah ni LeYa sertakan gambar ketika LeYa berada dalam pokok. Dari bawah ke atas, sangatlah tinggi dan kosong. Tiada apa-apa. Jadi, korang yang bersaiz ketinggian yakmat tu gerenti boleh masuk jugak. Hee...


Jam sudah pun menunjukkan ke angka 10.00 malam. Jadinya, sudah tiba untuk pulang dan berehat di katil yang empuk di Myne Resort. Kami pun pulang dengan jayanya. Setiba di hadapan resort, sesuatu di luar jangkaan telah muncul. Sekumpulan 'Babi Hutan' beratur bagai sebuah keluarga berjalan beriringan di hadapan resort. Agak kelakar melihatnya tetapi boleh diambil sebagai iktibar bagaimana haiwan juga ada rasa kasih sayang sesama keluarga. Jadi, kita sebagai manusia perlu ada sikap berkasih sayang dan toleransi antara satu sama lain.



Keesokan paginya, setelah mengambil Light Breakfast, kami sekali lagi menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kinabatangan.

Dan kali ini dapatlah LeYa lihat dari dekat beberapa ekor buaya yang besar dalam 11 kaki panjangnya terdampar di tebing sungai. Mak aiii!! Besar giler weyyhhh! Sekali dia libas dan baham memang tak sempat nak lari dah. Difahamkan waktu-waktu pagi macam ni, Tour Guide bagitahu yang buaya-buaya ni sedang mencari makanan. So, sebagai langkah berjaga-jaga jauhi dari Sang Buaya ni ye.


Kemudian, Tour Guide bawa kami jalan-jalan lagi dan terlihat sekumpulan beruk sedang menikmati makanan di tebing sungai. Mata lensa terus fokus ke arah seekor monyet yang sedang asyik makan di daun-daun hijau. Agak comel di situ ye objek yang difokus! Hehe...



Dan kami pun balik semula ke resort untuk bersiap-siap check-out dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bandar Sandakan. Sampai bertemu lagi Myne Resort! InsyaAllah kalau ada rezeki, LeYa datang bawa keluarga pulak ye.

Maklumat lanjut mengenai Myne Resort, Bilit, Sungai Kinabatangan, boleh layari laman web di bawah:

Website


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah