Khamis, 18 Januari 2018

LAZADA | Chinese New Year Sale 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Okay guys... Sambutan Chinese New Year pun dah nak dekat. Yang merayakannya pasti sedang sibuk membuat persiapan. Tapi tak kurang juga masyarakat Melayu yang turut sibuk membeli barang-barang dengan promosi yang murah-murah ni. Hehehe.... Yelah kan... Kebanyakan orang suka shopping. Lagi-lagi bila ada diskaun ni, memang tak akan lepaskan peluang. Ye Tak? 

Shopping raya last minute. Ini lagi satu masalah orang kita. Suka betul shopping raya di saat-saat akhir. Sebab time tulah katanya diskaun meletop-letop kebaboom.... Tapi harus diingat jangan dibiasakan selalu tau. Sebab bila dah beli last minute ni nanti, kalau dah tak kena dengan barang yang kita nak tuh kan dah menyesal. 

So... memandangkan memang ramai yang tengah menunggu diskaun meletop di musim perayaan ni, tanpa banyak cakap, jom LeYa bawak korang shopping dekat LAZADA sebabnya LAZADA punya diskaun memang sangat dahsyat. Sehingga 80-90% tau.

 

Sempena hari yang baik ni, why not lah kan kita shopping untuk keluarga kita sekali. Janganlah pentingkan diri sangat ye. Diskaun banyak-banyak ni jom kita kongsi bersama dengan keluarga. Betul ker idakk kawn-kawan? Hehehe...

Meh LeYa tunjukkan apa yang korang boleh shopping di musim raya cina ni...


Tengok gambar-gambar kat atas tuh. Korang boleh memiliki barang-barang elektrik seperti TV, Komputer, Laptop, Handphone dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 80%. WoW!!! 80% tuh! Korang boleh beli macam-macam tau dengan diskaun yang diberikan ni.


Yang teringin nak hadiahkan Smartphone buat ahli keluarga dengan harga murah dan menepati bajet korang, mungkin boleh beli XiaoMi Redmi 5A ni. Sebab sekarang ni tengah buat Flash Sale dengan harga RM339 sahaja. Jom lah... sesekali bagi rasa IbuBapa korang di kampung pakai Smartphone kan. Mesti mereka teruja nak menekannya dan mengambil gambar. 

Okay... jom tengok apa yang LeYa teringin sangat nak beli pula.

1. Samsung TV


Memandangkan TV dekat rumah ni dah lama, rasanya LeYa berkeinginan jugalah kan nak memiliki TV flat screen. Tapi kan, kenapa LeYa memilih jenama Samsung? Brands lain kan ada lagi dan mungkin boleh dapat lagi murah. Okay... ceritanya sebab Mr. Otomen nak lengkapkan barang elektrik di rumah dengan satu jenama je. Yang dekat rumah ni seperti, washing machine, peti ais, air-cond semuanya brand Samsung. So...sebab tuh lah LeYa nak brand yang sama jugak. Ekekeke... Demand giler kan!

-------------------------------------------------------------
Tengok! Memang best kan shopping dekat LAZADA ni. Berbaloi-baloi. Dengan diskaun yang jauh tinggi gila sehingga 80%-90%, LAZADA semestinya menjadi tempat shopping paling sesuai untuk korang semua. So... tarik nafas panjang-panjang dan berisghtifar banyak-banyak ye. Takut nanti hilang terus bajet korang. Hehehe....

So... Tunggu apa lagi! Cepatlah serbu website LAZADA. Ada pula yang gigit jari nanti kalau barang yang diimpikan habis.


Related Posts:

  • Kemas Rumah Cara Lazada! Apa Yang Perlu Tahu? Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Mengemas adalah kerja rumah yang paling penting buat isteri atau ibu-ibu yang sudah mempunyai anak. Ia penting untuk kelihatan rumah lebih indah dan berseri-seri. Lagi-lagi bila suami… Read More
  • Pilihan Menarik Shop Men Shirts LAZADA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pilihan gaya terkini tidak lagi pada golongan wanita. Lelaki juga tidak ketinggalan dengan gaya fesyennya yang juga agak cantik dan trendy mengikut kesesuaian dan citarasa s… Read More
  • LAZADA | Chinese New Year Sale 2018 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Okay guys... Sambutan Chinese New Year pun dah nak dekat. Yang merayakannya pasti sedang sibuk membuat persiapan. Tapi tak kurang juga masyarakat Melayu yang turut sibuk membeli … Read More
  • Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12 | Rasanya ramai dalam kalangan kita semua tak sabar-sabar dengan tarikh keramat 12.12 ni. Apa yang ada dengan tarikh tu? Han… Read More
  • Lazada Shopathon Blogger Contest Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Dah lama juga LeYa tak join Lazada Blogger Contest ni kan. Jadi, untuk kali ini LeYa cuba lah merealisasikan impian untuk menceburkan diri join Shopathon Blogger Contest yan… Read More

8 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com