Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Malaysia mempunyai kepakaran teknologi yang sebenarnya kita tidak tahu. Lebih 700 institusi pengajian tinggi dan 1.3 juta pelajar yang kini berdaftar di peringkat pengajian tinggi sebenarnya menggunakan kepakaran teknologi IPv6 yang tanpa disedari dipelopor sendiri oleh Malaysia. Internet telah mengubah cara seseorang individu dan syarikat itu berfungsi dan berkomunikasi. Hampir kesemua individu dalam masyarakat yang maju mempunyai akses atau rangkaian di talian Internet. Dan, hingga kini juga, kediaman mereka pun sudah dilengkapi dengan pelbagai peralatan rumah yang disambung ke Internet. Melalui akses dan rangkaian Internet yang semakin mudah, rakyat Malaysia mampu bersaing dengan dunia luar.
Memahami Perkembangan Teknologi IPv6
Pertumbuhan pesat dalam penggunaan Internet serta peningkatan penggunaan peralatan tanpa wayar bukan sahaja membawa kepada pertambahan permintaan untuk teknologi dengan baik dan cepat, malah ia juga membawa kepada pertambahan permintaan alamat maklumat yang dihantar dan diterima.
Internet Protocol (IP) atau Protokol Internet adalah protokol tanpa sambungan wayar yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada komputer yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa ada sambungan berterusan di antara kedua-dua alat komunikasi itu.
IPV6 merupakan versi Internet Protocol terkini dan juga dikenali dengan nama IPng (IP generasi seterusnya). IPv6 direkabentuk oleh Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF). IPv6 juga merupakan pengganti kepada IPv4 yang didifinisikan juga sebagai RFC 791. IPv6 ini memiliki ruang alamat yang besar, membawa alamat secara lebih tersusun dan mampu menyediakan routing baru yang tidak ada pada IPv4.
Salah satu ciri utama IPv6 adalah kebolehannya mengembangkan ruang alamat daripada 32 bit kepada 128 bit panjang yang kini wujud pada hari ini. Hal ini juga, IPv6 dapat mengembangkan ruang alamat daripada lebih kurang 4 billion kepada jumlah yang terlalu besar iaitu lebih 340 trillion alamat (340x1036). Jadi, peluang komersial yang IPv6 dapat sediakan kepada semua rakyat Malaysia mendorong kepada perubahan teknologi yang semakin canggih hari ini.
Memiliki Sijil IPv6 Dalam Tempoh 4 Hari Di Adasta Network
Adasta Network Sdn Bhd telah dilantik oleh IPv6 Forum International sebagai Authorize Training Platform untuk program pensijilan Internet Protocol versi 6 (IPv6) bagi kursus Keselamatan, Pengaturcaraan dan Rangkaian.
Adasta Network Sdn Bhd kini menawarkan pengambilan kursus atau latihan untuk lebih memahami perkembangan IPv6 dan teknologi Internet hari ini. Adasta Network adalah satu-satunya pusat latihan yang pertama menerima kelebihan IPv6 dalam sektor perindustrian dan perkembangan teknologi Internet of Things (IOT).
Bhaawaani Visunathan, Ketua Pegawai Eksekutif, Adasta Network berkata, "Seiiring perkembangan teknologi hari ini, IPv6 juga perlu diperluaskan kepada umum untuk lebih memahami perkembangan Internet masa kini." Beliau yang juga merupakan pelopor kepada IPv6 Forum Malaysia sangat holistik dan mengawasi pelaksanaan rangkaian IPV6. Forum IPv6 juga menyediakan infrastuktur kepimpinan dan teknikal di Malaysia. Selain itu, Forum IPv6 juga menjadi penasihat kepada kerajaan mengenai penggunaan sedia ada dalam perindustrian. Bukan setakat itu sahaja. Puan Bhaawaani Visunathan juga merupakan pengarah kepada IS Seraya AVS Sdn Bhd sejak tahun 2011 dan melaksanakan tugas sebagai Perunding Keselamatan IT, ISMS 27001, Auditor dan francais kepada pengurusan kampus dalam talian yang juga dikenali sebagai Connect 4M bagi industri pendidikan.
Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran IPv6
Para pelajar yang sedang menjalani program Rangkaian IT di mana-mana institusi pengajian tinggi boleh juga membuat permohonan untuk mengikuti program yang dijalankan ini. Menurut Puan Bhaawaani Visunathan lagi, "Para pelajar lepasan universiti dengan jumlah mata kredit (CGPA) lebih 3.50 dan memiliki sijil IPv6 sangat mudah untuk mencari pekerjaan tanpa perlu menganggur yang lama."
Adasta Network menawarkan program pensijilan IPv6 menerusi program yang diusahakan buat para pelajar dan para umum yang lain dalam memahami perkembangan teknologi sejagat. Antara program yang ditawarkan adalah:-
- Certified Security Engineer for IPv6 (CSE6 (Silver))
- Certified Network Engineer for IPv6 (CNE6 (Silver))
- Certified Network Programmer for IPv6 (CNP6 (Silver))
- Certified Security Engineer for IPv6 (CSE6 (Gold))
- Certified Network Engineer for IPv6 (CNE6 (Gold))
- Certified Network Programmer for IPv6 (CNP6 (Gold))
- IOT Engineering Certification (Certified ECHONET - Lite Technician Training)
Di sini juga para pelajar atau peserta akan dapat menimba ilmu dalam suasana kelas yang kondusif dan berhawa dingin serta boleh belajar dengan lebih mendalam lagi kerana tenaga pengajar diimport dari luar negara. Hal ini menjadikan Adasta Network salah sebuah syarikat yang menyediakan latihan yang sangat terbaik untuk diikuti.
Selain IPv6, Adasta Network juga merupakan pengedar utama untuk produk Video Conferencing. Memahami teknologi canggih yang semakin berleluasa di dunia, Adasta Network mempunyai sistem persidangan video korporat tercanggih yang dilengkapi 100% True HD Quality, kemudahan penggunaan yang juga dilengkapi dengan antaramuka yang mesra pengguna, kebolehpercayaan, interoperability yang menyokong beberapa teknologi utama dan suite kolaboratif seperti NLTVC-HD, H323 dan kolaborasi data Skype Real-time, rakaman masa nyata, Internet generasi akan datang yang mana IPv6 membolehkan pilihan penyulitan keselamatan masa sebenar yang tersedia. Crystalview HD9100 (bilik persidangan besar), Crystalview HD8100 (bilik persidangan sederhana hingga kecil), D1000 (sistem persidangan desktop) dan Crystalview Multipoint Server (MCU).
Peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor perindustrian masa kini memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Usahasama dalam membantu rakyat Malaysia ke arah celik IT dan lebih memahami perkembangan teknologi Internet of Things (IOT), Adasta Network adalah satu pencapaian peribadi dalam mempertingkatkan minda keterbukaan rakyat Malaysia kepada ilustrasi sebenar perkembangan Internet dan sekaligus membantu para pekerja lebih mudah mendapatkan pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://adastanetwork.asia/.
Ya, sekarang ramai yang bercerita tentang 4th Industrial Revolution (Revolusi Industri ke-4), segalanya berhubungan dengan jaringan internet.
BalasPadamYe betul. Nak tahu lebih lanjut jom ambil sijil IPv6 ni
Padamhebat anda..kemahiran it perlu diperdalami..lagi baru celik it
BalasPadamTerima kasih.. Xhebat mane pun...biase² aje..
Padammemang blur sikit pasal ipv6 ni dulu.
BalasPadamla ni, faham la sikit. hehe
IPv6 ni versi untuk Internet Protocol. Terima kasih ye kerana sudi baca artikel di blog ini
Padamthis is really interesting.
BalasPadamjmput join n meriahkan segmen GA kt sni
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Tq Raydah...
PadamOkay LeYa singgah blog Raydah
Menarik teknologi ipv6 ni. Bagus juga klu miliki sijil dan kepakaran dlm bidang mcm ni.. thanks sharing Leya :)
BalasPadamJom belajar IPV6..
Padam