Isnin, 31 Julai 2017

Seniman Indonesia dan Malaysia Bertemu dalam Silaturahmi Keroncong Nusantara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Malaysia dan Indonesia memang sentiasa berkolaborasi dalam apa jua bidang. Pada 23 Julai 2017 lalu, satu program Silaturahmi Keroncong Nusantara telah diadakan di Solo, Indonesia. Pencinta keroncong bagi Kota Bengawan pasti gembira dapat menyaksikan acara terbesar yang diadakan pada kali ini. 

Pentas pertama bagi Solo Keroncong Festival (SKF) telah diadakan di Benteng Vasterburg pada Jumaat dan Sabtu (21/7/2017 dan 22/7/2017). Kemudian, acara menjadi lebih meriah dengan program diteruskan lagi ke Silaturahmi Keroncong Nusantara yang diadakan di Solo, Joglo Sridewi pada 23 Julai 2017.


Terdapat puluhan seniman keroncong dari segenap lapisan masyarakat Indonesia dan Malaysia hadir ke majlis tersebut. Siapa tidak kenal penyanyi Malaysia, Rozita Rohaizad yang telah menjadi tetamu istimewa dalam acara penuh gilang gemilang, Silaturahmi Keroncong Nusantara di Solo itu. Acara Silatuhrahmi Keroncong Nusantara 2017 ini merupakan acara kedua Rozita di Indonesia di mana ia juga merupakan tempat kelahiran nenek moyangnya.

Pada tahun 2015, Rozita pernah membuat persembahan di Pesta Jazz Utara ke-5 di Medan yang turut dibantu oleh para pemuzik Malaysia yang hebat diketuai oleh Razak Rahman. Mereka sangat bersyukur kerana telah disiarkan dalam akhbar Indonesia. Dan, pada hari ini, satu pencapaian yang sangat memuaskan untuk menjadi wakil Malaysia dan turut disokong oleh Orkes Iblis (Indonesia Bersama Leluhur Indonesia Sukses) yang melancarkan 6 pemuzik keroncong professional Jawa yang diketuai oleh saudara Tri Raharjo.

Orkestra Keroncong yang juga turut mengiringi Rozita Rohaizad pada malam itu adalah OK Indonesia Bersama Leluhur Indonesia Sukses (IBLIS). Sementara itu, tuan rumah, HAMKRI juga turut tampil dengan versi senior yang dibantu oleh pemuzik berusia 60 tahun dan pemuzik versi muda yang berusia 17 hingga 23 tahun.



Menurut Rozita lagi, ini adalah satu penghormatan hebat apabila beliau melihat gambar dan nama beliau terpampang di sepanduk dan poster yang ditempatkan di Taman Budaya dan Taman Hiburan Taman Sri Wedari, Solo.  Lokasi-lokasi ini merupakan daya tarikan pelancongan yang menjadikan pertunjukkan etnik tradisional Indonesia seperti Wayang Orang iaitu Ramayana Theatre, Wayang Kulit dan banyak lagi. Pelbagai lagu Indonesia yang berwarna-warni dan tarikan persembahan tarian selain muzik keroncong akan anda dapati di mana sahaja anda pergi di sini.

Solo merupakan sebuah kota keroncong di Indonesia. Peminat-peminat yang tegar dengan genre keroncong ini telah membina satu komuniti dengan begitu ramai dari kalangan ahli muda dan tua untuk turut memeriahkan majlis di sekitar HAMKRI (Himpunan Artis Muzik Keroncong Republik Indonesia).



Di malam persembahan Rozita Rohaizad pada 23 Julai 2017 menyaksikan beliau menyampaikan dua buah lagu dengan tenang dan gembira kepada penonton-penonton di hadapan beliau yang hanya duduk bersila 50 meter dari pentas yang merupakan pengalaman pertama beliau berhadapan dengan situasi itu. Menurut beliau lagi "Seperti seorang puteri Jawa turun dari kayangan untuk menceritakan kisah kepada rakyat jelata." Lol! Yeah!!! Begitulah perasaan Rozita ketika itu.

Selesai sahaja lagu pertama Rozita yang berjudul Alunan Biola, ada jeritan untuk beliau meneruskan lagi nyanyian yang lain. Ini membuatkan Rozita lebih bersemangat tinggi untuk meyakinkan Madah Pujangga dan nyanyian lagu asli oleh ibu saudara beliau, Puan Sri Saloma bahawa Orkes Iblis telah mengatur dengan baik buatnya pada malam itu. Buat julung kalinya, penonton dari Indonesia ini diperdengarkan lagu asli Madah Pujangga dikeroncongkan dan mereka terus memuji nyanyian Rozita. Banyak tepukan yang gemuruh  membuatkan hati Rozita gembira. Bukan setakat itu sahaja. Kumpulan keroncong kreatif dan progresif, Midaleudami dari Bandung juga telah memberi pujian dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Rozita pada masa hadapan. Inshaa Allah.


Rozita juga ada memberitahu bukan beliau sahaja satu-satunya wakil dari Malaysia. Bahkan terdapat juga kumpulan keroncong gadis dari SMK Sultan Ibrahim dan para belia dari Orkes Maktab Sabah. Mereka semua telah menyampaikan lagu keroncong konvensional Malaysia dan Indonesia. Selain itu, mereka juga diwakili oleh artis terkenal, En. Maamor Jantan dan isterinya, Dilla Ahmad yang mendendangkan lagu duet popular.




Pada akhir petang, Presiden HAMKRI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kami dan telah menunjukkan kejayaan acara kolaboratif pertama antara Indonesia dan Malaysia akan dilanjutkan tidak lama lagi untuk memasukkan jiran-jiran Asia seperti Singapura dan Brunei.

Hidup keroncong melalui Silaturahmi Keroncong Nusantara, tema bagi untuk memupuk kestabilan dan saling persefahaman serta persahabatan di antara kita. Muzik boleh membawa kita bersama walaupun ada politik yang ingin memiliki lagu itu mungkin timbul. Walau bagaimanapun Silaturahmi pertama Keroncong Nusantara telah memberikan harapan kepada kita bahawa keroncong sedang dinaikkan semula agar kaum muda lebih menghargai dan akan tetap menjadi warisan budaya kita.

1 ulasan:

  1. Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com