Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Program Ramadhan Fest meraikan 40 Anak Yatim dan Ibu Tunggal Sekolah Rendah Ibn Khaldun di Black Box, SACC Mall pada 21 Jun 2017 memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sosial korporat dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Ramadhan Fest Black Box, SACC Mall 2017
Aidilfitri yang menjelang tiba ini dapat dirasai kehangatannya dengan kemeriahan suasana membeli belah di Jameela Street dan acara di Black Box, SACC Mall melalui program Ramadhan Fest. Seramai 40 orang anak yatim dan ibu tunggal diraikan dengan majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan cenderahati dan duit raya.
Menambah lagi kemeriahan Ramadhan Fest pastinya persembahan "Live" oleh selebriti popular seperti Zaiton Sameon, Siti Fairus, Nas Kilauan Emas, Syafiq Ikhwan, Sarah Ignore, Eda Susanti, Hafiz Hakim dan ramai lagi. Acara juga turut diceriakan dengan pengisian tazkirah ringkas dari Ustaz Muhamad Riduan bin Zainal Abidin serta nyanyian nasyid mantap dari kumpulan anak-anak yatim Sekolah Rendah Ibn Khaldun. Pastinya ia adalah satu acara yang sangat meriah dan semangat membantu insan memerlukan bersama pengunjung SACC Mall.
Program Ramadhan Fest ini juga turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street by Jedan yang telah disempurnakan oleh Fakru Radzi selaku pemilik bangunan sekaligus memperkenalkan ruang acara Black Box yang diwujudkan PREC untuk memberi ruang sewaan pelbagai aktiviti serta ruang buat penggiat seni menonjolkan bakat masing-masing.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani, program seperti ini dilaksanakan di bulan Ramadhan untuk memberi semangat kepada peniaga-peniaga untuk berniaga dan juga membuat sumbangan kepada masyarakat bertepatan dengan tanggungjawab sosial korporat kepada insan yang memerlukan.
Riuh Raya 2017 Merai 40 Anak Yatim & Ibu Tunggal di Black Box
Program Ramadhan Fest ini telah mewujudkan Jameela Street di SACC Mall bagi memacu ekonomi dan memberikan sumbangan signifikan kepada peningkatan sosioekonomi rakyat dari segi peluang perniagaan, menjana pendapatan serta melahirkan ramai usahawan berjaya.
Antara 23 jenama yang telah mewarnai Jameela Street termasuklah Ziana Zain World, Jannah By Jemari Kreatif, Iddyqa, Casa De Esilista, Tina K, Anis Al Idrus Wardrobe, Hijrah Couture, Wafa's Closet, Beyoutiful by Irene Catalina, Balqees by Jedan, Kamoora, Herz Secret dan banyak lagi.
Daripada sekadar mengejar keuntungan semata-mata, PREC menggalas tanggungjawab sosial untuk memperkasakan usahawan-usahawan tempatan menyahut cabaran selain penglibatan dari artis-artis tempatan seperti Ziana Zain untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Jameela Street.
Selain itu, ruang sewaan Black Box ini yang terletak di tingkat 2 SACC Mall memberikan satu kelainan di dalam pusat beli belah yang mana telah disediakan 4 pilihan ruang untuk laksanakan aktiviti seperti majlis resepsi pertunangan, sesi penggambaran, perasmian produk, pelancaran album baharu, majlis hari lahir, bengkel dan pelbagai lagi.
Justeru, marilah kita semua bersama-sama memberi sokongan padu kepada menyumbangkan semangat dan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat yang memerlukan tidak kira di waktu perayaan dan di hari lain. Info lanjut mengenai PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) boleh layari laman web www.pknsre.com. Ikuti juga di laman Facebook PKNS Real Estate Sdn Bhd-PREC dan Instagram @pknsrealestateofficial.
Di kesempatan ini juga, LeYa ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga di hari lebaran ini, ukhuwah kita terjalin dengan bahagianya. 0-0 di antara satu sama lain.
alhamdulillah..semoga apa yg dibuat mendapat ganjaran dari Yang Esa..
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamTerima kasih