Selasa, 25 Julai 2017

Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Secara Dinamik di YES Academy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Inovasi sentiasa menjadi perhatian dan kepentingan utama kepada semua dalam era globalisasi dan berteknologi kini. Perubahan teknologi bukan sahaja sekadar meliputi pembangunan teknikal malah persediaan modal insan dalam mendepani cabaran kemajuan dunia. 


Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dari YES Academy

Malam 15 Julai 2017, LeYa telah menghadiri satu sesi penerangan mengenai YES Academy di Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng bersempena Sambutan Majlis Hari Raya YES Academy bersama Blogger. YES Academy adalah sebuah universiti yang sudah pun mula menapak pada tahun 1997 dan telah menjadi peneraju dalam pembangunan bidang pengajian tinggi di Malaysia. Menekankan konsep inovasi dan transformasi dalam pendidikan, YES Academy sentiasa bersaing untuk memberi perubahan dan penambahbaikan kepada generasi muda pada masa akan datang. Setiap pelajar dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi membantu mereka mengisi jangkaan industri luar dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam waktu yang singkat dan kos yang rendah menerusi program di YES Academy.

Kredit Gambar: Facebook YES Academy
Kredit Gambar: Facebook YES Academy

Latar Belakang YES Academy

Tahun 1997, YES Academy dikenali dengan Baruvi Academy. Ia adalah sebuah kolej atau universiti yang memberi pendidikan sepenuh masa kepada pelajar dalam masa 2 tahun di Malaysia dan terus sambung pembelajaran ke universiti di luar negara selama 1 tahun. Kemudian, pada tahun 2007, kolej tersebut telah ditukar nama kepada YES Academy.

YES Academy mempunyai prinsip berdasarkan philosophy of creating work-ready graduates. YES Academy juga telah bekerjasama dengan iBosses Global Platform untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada peringkat seterusnya.

Di YES Academy, semangat berpasukan dan interaksi antara satu sama lain amat dititikberatkan antara kedua-dua professional akademik dan industri yang membolehkan mereka mengambil kursus professional ACCA bagi meningkatkan lagi pengetahuan, pengalaman dan mutu gaya hidup mereka

YES Academy juga adalah kolej di bawah:-
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT/MOHE)
  • Pusat Asas Ketrampilan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM/MOE)
  • HRDF Approve Centre di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM/MOHR)
  • Kolej yang diluluskan dengan Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN/MOHA)
Selain itu, barisan pengurusan tertinggi bagi YES Academy juga adalah:

Pengerusi : Dr. Patric Khor
Ketua Eksekutif : Mr. Wyatt Yap
Pengarah Akademik : Mr. Joe Fang
Ketua Pegawai Operasi : Rosniza binti Abdul Rahim

Kredit Gambar: Facebook YES Academy

Kredit Gambar: Facebook YES Academy


Justeru, pengisian pengajian di YES Academy merangkumi program pendidikan yang inovatif yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan bidang pembelajaran sepanjang hayat malah mampu meningkatkan capaian kepada peluang serta memastikan pengalaman dan kemahiran yang membolehkan peningkatan ekonomi negara serta kemakmuran sosial. 

Ada 5 sebab kenapa anda semua patut memilih YES Academy sebagai pusat pembelajaran anda. Antaranya ialah:-
  1. YES Academy tidak hanya pada pendidikan praktikal, tetapi ia juga bergandingan dengan pelajar setiap hari.
  2. Pelajar diberi kursus atau modul yang telah diteliti dan diubahsuai oleh panel industri mereka. Anda sebagai ibu bapa boleh memastikan sama ada pelajar atau anak-anak anda diajar mengenai pengetahuan industri terkini atau tidak seperti yang telah disyorkan oleh pihak majikan pada masa akan datang mereka.
  3. Guru-guru industri telah pun mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan merupakan kesemuanya guru-guru professional kepada bidang yang diajar masing-masing. Para pelajar juga mempunyai capaian kepada asas pengetahuan dan industri terkini supaya mereka lebih bersedia untuk pekerjaan mereka setelah tamat pengajian.
  4. YES Academy mempunyai graduan yang konsisten serta terbukti perwatakannya yang menarik dan senang untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran kini.
  5. Saiz kelas yang kecil yang memuatkan bilangan pelajar seramai 20 orang mampu memberikan para pelajar lebih tumpuan dan perhatian ketika sesi pembelajaran dijalankan.
Tambahan pula, pendidikan keusahawanan kepada semua para pelajar YES Academy adalah berkolaborasi dengan iBosses Global Platform bagi membantu, memupuk, mempelopori serta mengembangkan bakat dan kemahiran pelajar menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Program Offered – Courses Acredited by MOA – MOHE/MOE/MOHR
1.  Diploma in Graphic Design (2 1/2 years)
2.  Diploma in Business Management (2 1/2 years)
3.  Certificate in Intensive English ( 1 1/2 years)
4.  Diploma in Information Technology (2 1/2 years)
5.  ACCA Programme (3 years)
6.  Bridal Makeup (4-6 months)
7.  International Media Makup (1 1/2 years)
8.  International Photography (1 1/2 years)
9.  Data Analytics;Information Security
10. Digital Mktg, Software Testing Tools

Sambutan Majlis Hari Raya YES Academy Bersama Blogger
Turut memeriahkan pada malam itu adalah sambutan Hari Raya YES Academy bersama beberapa rakan blogger yang turut hadir untuk bersama berkolaborasi dalam membangunkan universiti tempatan di persada antarabangsa. 

Jika ada  di kalangan anda mahupun anak-anak anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di YES Academy, bolehlah layari maklumat seperti di bawah:-
Contact No. | +603 – 2710 0180
Alamat
YES Academy Sdn Bhd
C-0-5, Block C,
Megan Avenue II,
Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

1 ulasan:

  1. Alternative bg yg x dpt upu.mungkin boleh dipertimbangkan

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com