Selasa, 4 Julai 2017

Ekspresi dan Kenangan Aidilfitri 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu. Bulan Ramadhan sudah pun berlalu. Dan hari ini juga kita umat Islam sudahpun merayakan Aidilfitri yang ke-10 Syawal 1438H. Mengambil sedikit waktu yang terluang ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan pembaca yang setia dan dihormati. 

Ekspresi dan Kenangan Aidilfitri 2017

Ekspresi dan Kenangan Aidilfitri 2017

Tahun ini, LeYa dan Otomen Taro menyambut 1 Syawal di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kemudian di malam harinya, meneruskan pula ke Kg. Tedong Pantai, Merlimau, Melaka. Cuti Hari Raya dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkunjung ke rumah ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai di sekitar Port Dickson, Seremban dan Melaka. 

Di samping itu, berkesempatan juga mengambil gambar bersama keluarga di rumah milik Ibu dan Ayah di Port Dickson yang dirasakan sangat menarik untuk dikongsikan dan diabadikan sebagai kenangan Aidilfitri tahun ini. 

Ekspresi dan Kenangan Aidilfitri 2017

Semarakkan Ukhuwah Kekeluargaan di Aidilfitri

Aspirasi mengekalkan ikatan kekeluargaan yang diterapkan saban tahun di Aidilfitri memberikan satu kenangan indah dan satu aktiviti menarik yang perlu dijadikan tradisi oleh muda-mudi akan datang. Ikatan kekeluargaan yang kukuh menjamin kebahagiaan dan kesempurnaan hidup bersama.

Aktiviti berblog yang digalas LeYa juga perlu setanding dan seiring dengan kesempurnaan hidup yang dinikmati. Jika sebelum ini banyak jurnal mahupun artikel yang melibatkan segmen events, kini LeYa cuba kembali memasuki perubahan untuk menulis semula aktiviti harian diri dan keluarga. Itu lebih menarik dan mendapat tempat di hati pembaca.

Ekspresi dan Kenangan Aidilfitri 2017

Jadi, pelbagai pengisian dalam penulisan blog LeYa ini akan senantiasa ditambah baik dengan perkongsian maklumat, lokasi menarik, produk penjualan terbaik di samping aspirasi gaya hidup dan kekeluargaan agar ianya tampak lebih menarik dan menyentuh hati buat tatapan dan rujukan kepada pembaca di luar sana. Semoga dengan aspirasi dan impian LeYa ini dipermudahkan demi memberi manfaat kepada masyarakat.

Akhir kata, Salam Penuh Keceriaan Aidilfitri buat semua. Sekali lagi LeYa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Mudah-mudahan Allah S.W.T. senantiasa memberkati segala perkara yang kita laksanakan dan usahakan dengan penuh keberkatan dan kejayaan di dunia mahupun akhirat. Aaminn...

4 ulasan:

  1. salam kak leyaaa. yuhuuuu kunjungan pertama uyul. selamat hari raya kak leya! bila agaknya boleh jumpa kakak lagi eh.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya Aidilfitri 2017

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya leyaa ritu jumpa kat The Cheff Cafe tak sempat nak selfie

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com