Sabtu, 15 Julai 2017

5 Perkara Awesome Yang Anda Perlu Tahu Bila Melawat Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Percaya atau tidak, sebenarnya tidak banyak travel journey yang boleh menimbulkan suasana dan rasa kembara yang lebih memuaskan di Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur yang ramai di kalangan kita sudah tahu cukup sesak dan padat dengan pelbagai aneka ragam manusia. Di sebalik kesibukan penghuni Bandaraya Kuala Lumpur, masih boleh juga kita merasai suasana keseronokan dan kegembiraan travel. Tetapi, harus diingat perjalanan semasa berada di dalam kenderaan itu sendiri memang perlukan banyak kesabaran untuk sampai ke satu-satu destinasi. Untuk mengurangkan rasa bosan di dalam kenderaan itu sendiri, ada banyak tarikan sepanjang perjalanan yang akan memberikan kepuasan yang berbeza kepada setiap dari kita. 

So, jom kita ambil tahu sedikit betapa awesomenya bila mengembara ke Menara Kuala Lumpur ini:-

  • Menara Kuala Lumpur siap dibina pada 01 March 1995 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang terletak di Bukit Nanas. Menara ini mempunyai ketinggian 421 meter (1,381 kaki) dan menjadikan ia tempat ke-7 menara tertinggi di dunia. Pada bahagian atas menara ini, kita disediakan dengan sebuah revolving restaurant untuk memberi pengunjung menikmati hidangan makanan sambil melihat panorama Bandaraya Kuala Lumpur. 
  • Merentasi Bandaraya Kuala Lumpur untuk ke Menara Kuala Lumpur yang penuh kesibukan terasa jauh untuk mengembara ke situ. Namun, di sebalik kesibukan kota itu, dapat kita lihat betapa indahnya bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi melambai di udara dan juga tempat sejarah yang patut diingati seperti Dataran Merdeka, Taman Tasik Titiwangsa, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Kelab Diraja Selangor, Muzium dan banyak lagi. 
  • Menara Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi tertinggi dunia selepas Tokyo Skytree di Jepun, Menara Canton di China, Menara CN di Kanada, Menara Ostankino di Rusia, Menara Oriental Pearl di China dan Menara Milad di Iran. Ia dibina untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan kejelasan penyiaran. Menara Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Kuala Lumpur. 
  • Menara Kuala Lumpur telah menjadi pit stop pertama untuk The Amazing Race Asia 1 sebagai penanda laluan pada hari terakhir perlumbaan.


  • Sebagai mercu tanda menara yang paling tinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur bukan sahaja popular dalam kalangan warga Malaysia sahaja, malah juga dalam kalangan warga atau pelancong asing untuk mereka rasai sendiri pengalaman menakjubkan ketika berada di puncak Menara KL ini. Jarak perjalanan dari bawah ke atas mengambil masa 40minit untuk saksikan panorama indah Bandaraya Kuala Lumpur.


  • Selain dari naik ke menara tinjau di atas Menara KL, anda juga boleh lakukan aktiviti lain seperti masuk ke Upside Down Kuala Lumpur House, jalan-jalan di mini zoo yang disediakan dan membeli belah serta makan-makan di kedai yang ada di kawasan Menara KL. 




So apa macam? Awesome kan walaupun hanya travel di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja. Memang wajib sangat-sangat ada dalam bucket-list anda untuk datang melawat sendiri mercu tanda Kuala Lumpur ni! Bayangkan menara setinggi 1,381 kaki ini, anda berjaya menyempurnakan perjalanan yang paling legend yang pernah anda panjat, di mana kenangan sepanjang menaiki lift ditemani dengan pemandangan indah itu tidak mungkin akan dapat dilupakan.

2 ulasan:

  1. tak pernah gi menara kl..just lalu je.. rupanya banyak gak yg menarik kat situ.. wajib singgah gak bila kelapangan nnti.. thanks atas info..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom singgah ke Menara KL untuk lebih dekat ngan Kuala Lumpur.. Hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com