Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah S.W.T.. Hari ini kita semua sudah berpuasa di Hari ke-18. Begitu pantas masa berlalu sehingga mencemburui aktiviti harian kita. Jadi, bagi LeYa, inilah peluang korang semua untuk nikmati Bufet Ramadhan diluar dalam suasana yang ekslusif dan mewah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Satu lagi lokasi yang LeYa ingin kongsikan kepada anda semua. Dan lokasi ini juga sangat menarik dan tertarik kerana menggunakan konsep dan ruang terbuka untuk anda semua nikmati hidangan berbuka puasa.
Lokasi yang dimaksudkan adalah Red Carpet Avenue Felda D'Saji yang bertempat di The Strand Damansara. Persekitaran yang cukup damai dan nyaman buat anda yang ingin nikmati hidangan berbuka puasa dengan penuh santai dan selesa. Agak tersorok di sebalik bangunan, namun anda boleh membuat carian navigasi GPS dengan carian "The Strand Mall, Damansara". Kedudukan yang cukup strategik di antara deretan kedai dan The Strand Mall itu sendiri. Kemudahan yang disediakan di The Strand juga disediakan untuk pengunjung menggunakannya seperti tandas yang selesa, ruang solat yang luas dan juga boleh cuci mata membeli belah di situ.
Menariknya lagi, hidangan bufet ramadhan disediakan mengikut deretan gerai seperti berada di suasana perkampungan. Menu hidangan yang disediakan memang sungguh menyelerakan LeYa dan rasa tidak sabar menunggu waktu berbuka. Antara menu yang ada di situ ialah Kambing Bakar, Telur Itik Masak Lemak Cili Api, Ulam-ulaman, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Aneka kuih-muih dan buah-buahan, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Daging Tetel dan banyak lagi.
Menu masakan kampung yang pasti menyelerakan. Begitu banyak hidangan barat disediakan tetapi bagi LeYa, masakan Melayu jangan dilupakan. Menu yang telah menambat hati LeYa pada hari itu ialah Telur Itik Masak Lemak Cili Api. Sejujurnya lahir dari hati seorang anak Nogori Sembilan, LeYa boleh katakan masakan ini memang menepati citarasa LeYa dan rakan-rakan LeYa yang lain. Namun, jika kuahnya dipekatkan sedikit, ia memang sangat-sangat Perfect dan Marvellous!
Hidangan aneka Pecal atau Rojak dan Mee Rebus juga boleh anda nikmati di sini. Dan, tidak dilupa juga pencuci mulut sebagai menu pelengkap sajian makanan di setiap Bufet Ramadhan. Aneka kuih-muih, buah-buahan. kek, buah kurma dan juga anda boleh nikmati ABC dan Ais Krim Malaysia yang gebu dan lembut.
Credit Picture: Kak Halimah a.k.a. Seri Wangi |
Credit Picture: Kak Halimah a.k.a. Seri Wangi |
Harga bagi setiap bufet yang disediakan di Red Carpet Avenue Felda D'Saji ini memang berbaloi dan sangat berpatutan. Harga serendah RM39.90+ yang anda boleh dapati dan nikmati pelbagai menu hidangan yang ada.
So.... Apa tunggu lagi. Alang-alang anda sudah berada di kawasan Damansara tu, bolehlah singgah dan nikmati hidangan Bufet Ramadhan 2017 di Red Carpet Avenue Felda D'Saji. Bufet ini dibuka pada setiap hari dari jam 6.00petang sehingga jam 10.00malam. Wah!!! Pasti boleh makan sampai puas.
Tempahan dan pertanyaan, sila hubungi :-
Facebook : https://www.facebook.com/feldasaji
Instagram : https://www.instagram.com/feldasaji
Laman web : https://feldasaji.com.my/
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com