Jumaat, 23 Jun 2017

Program Amal Ole-Ole Raya dan Album Istimewa "RIA AIDILFITRI" NORANIZA IDRIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Album Raya "Ria Aidilfitri" yang penuh warna-warni dan meriah
Ramadhan kian pergi. Syawal pula bakal menjelma. Begitulah lumrah kehidupan manusia. Datang dan pergi silih berganti. Di kesempatan ini, LeYa ingin memohon Maaf Zahir dan Batin atas kesilapan dalam memberi maklumat di blog buruk LeYa ini. Hehehe...

Sempena Syawal bakal tiba ini, ramai artis-artis tempatan akan mengeluarkan album Raya masing-masing buat para peminat yang ingin mendapatkannya. 

Turut memperagakan koleksi pakaian

Pelancaran Album Raya Istimewa "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris

Pada petang Khamis 15 Jun 2017, bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), LeYa diberi kesempatan untuk bersama memeriahkan Program Amal Ole-Ole Raya dan Pelancaran Album "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris terbitan RTM. 


Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPVSB) adalah sebuah syarikat milik Noraniza Idris dan kini telah menerbitkan album hari raya istimewa yang berjudul "Ria Aidilfitri". Album ini sudah pun dilancarkan secara digital bermula pada 20 Jun 2016 lalu. Dan akan dilancarkan secara rasmi pada malam ini buat pertama kalinya. Turut juga disediakan CD atau cakera padat secara terhad untuk para peminat mendapatkannya. Hasil daripada penjualan CD tersebut akan disalurkan ke tabung-tabung amal.

Album Raya "Ria Aidilfitri" ini menghimpunkan lagu-lagu terbitan NIPVSB dengan nyanyian Noraniza Idris secara ekslusif bersama artis-artis baharu yang ingin meningkat naik seperti Ihab Ismail, Fee Haiqal, Fadzlee Sufri dan Azmir Arif yang mana setiap liriknya ditulis oleh seorang penulis lirik kreatif, Ahmad Fedtri Yahya yang juga artis di bawah naungan NIPVSB.


Album ini mengandungi 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terlibat. Terdapat 8 buah lagu baharu dan 4 buah lagu yang diberi nafas baharu.

Lagu - lagu mengikut keratan cakera padat adalah seperti berikut :

1.         Akar Kita Zapin Aidilfitri 4.22
(Ihab Ismail, Fee Haiqal, Noraniza Idris, L’zzay)
2.         Rewang Raya 3.17
(Noraniza Idris & Mimi Fly)
3.         Kalimah Lebaran 4.49
(Noraniza Idris , Azmir Arif, Razis Ismail)
4.         Kasih Ibu / Seri Mersing
5.         Linangan Syawal 3.21
(Noraniza Idris, Fadzlee Sufri)
6.         Nostalgia Aidilfitri 5.49
(Noraniza Idris, Royce Sa’ayan, Ihab Ismail , Azmir Arif)
7.         Niatku 4.00
(Fee Haiqal, Ihab Ismail, Dalili Amerda)
8.         Aidilfitri Jadi Saksi 2.50
(L’zzay, Fee HAiqal)
9.         Ahlan Wasahlan Ya Syawal 4.32
(Royce Sa’ayan, Noraniza Idris, Ihab Ismail)
10.        Titian Hidup 4.39
(Ihab Ismail)
11.        Angin Cinta Di Aidilfitri 3.51
Noraniza Idris, Ihab Ismail, Royce Sa’ayan, Azmir Arif)
12.        Ria Aidilfitri 4.43
(Semua artis & NIPVMania)

Dikatakan album ini turut dimeriahkan dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas dari artis-artis yang terlibat berpandukan tema yang sesuai mengikut lagu masing-masing yang turut dilakonkan mereka secara santai dan menghiburkan. Album "Ria Aidilfitri" ini menjadi pengerat silaturrahim kerana dapat merapatkan lagi di kalangan artis dan masyarakat yang kurang bernasib baik. Mesej kesedaran yang disampaikan memupuk jiwa kemasyarakatan dalam setiap nyanyian dari album ini. 

Album "Ria Aidilfitri" yang penuh bermakna ini boleh korang dapatkan segera dengan harga RM20.00 senaskhah yang mana ia merupakan Edisi Terhad dengan membuat tempahan WhatsApp Hotline NPIVSB +6016 2918066 dan +6010 3935606.

Program Amal Ole-Ole Raya Terbitan RTM

Sempena pelancaran album "Ria Aidilfitri", NIPVSB juga telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk bekerjasama dalam menjayakan satu program amal bersama masyarakat yang kurang bernasib baik. Aktiviti program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 15 hingga 16 Jun bersama kru RTM di beberapa lokasi untuk membantu menyumbangkan barangan keperluan bagi persediaan menyambut Hari Raya kepada anak-anak orang susah (ASNAF) yang terpilih dari SK Shah Alam dan SK Seksyen 19 Shah Alam. Seramai 40 orang pelajar dari kedua sekolah ini telah  terlibat dengan Program Amal Ole-Ole Raya dan menerima sumbangan Duit Raya pada malam itu.



Program ini adalah inisiatif RTM dengan kerjasama NIPVSB bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Menggabungkan elemen pendidikan dan pengalaman buat anak-anak ini merasai setiap detik keseronokan dan kegembiraan bersama di beberapa lokasi yang mereka pergi untuk lawatan dan pembelajaran.

Program Amal Ole-Ole Raya bersama RTM juga merupakan usaha persiapan yang rapi sebelum melaksanakan aktiviti-aktiviti luar bersama anak-anak atau pelajar-pelajar Asnaf ini. Justeru, Majlis Berbuka Puasa pada malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak dari SK Shah Alam dan SK Seksyen 19 Shah Alam yang turut memperagakan pakaian raya masing-masing.

Sebilangan tetamu yang hadir

Program Amal bersama artis, media, kru RTM dan anak-anak Asnaf bermula di kilang roti terkemuka, Gardenia, Shah Alam. Menerusi lawatan singkat ini, pengerusi berbesar hati menghulurkan bantuan cenderahati dan duit raya kepada anak-anak Asnaf.

Disusuli pula ke HSB Wan Trading yang terletak di Taman Medan Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Di sini, para pelajar Asnaf diberi peluang untuk melihat proses membekalkan  produk tempatan seperti melipat kotak dan sebagainya. Anak-anak ini diberi pendedahan ilmu perniagaan oleh penyelia. Selain itu, HSB Wan Trading juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak orang susah yang telah tamat pengajian. 

Kemudian, mereka dibawa pula untuk membeli-belah keperluan raya seperti pakaian dari songkok, baju Melayu sepasang dengan sampin dan baju jubah untuk perempuan di kedai D'Khair Collection serta turut dibawa ke butik AURA by Noraniza Idris. Seronok melihat anak-anak ini bebas memilih pakaian masing-masing. Lokasi terakhir mereka pada hari itu adalah Majlis Berbuka Puasa di PICC yang penuh gilang gemilang.

Sumbangan Duit Raya kepada Anak-Anak ASNAF
Program Amal diteruskan lagi keesokan harinya ke lawatan Pusat Jagaan Orang-Orang Tua yang terletak di Pusat Jagaan Mahmudah Semenyih.




Majlis Berbuka Puasa bersama Program Amal Ole-Ole Raya anjuran RTM dan Pelancaran Album Istimewa "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) ini merupakan aktiviti bersama masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat.

Justeru info lanjut mengenai Majlis Berbuka Puasa bersama Program Amal Ole-Ole Raya anjuran RTM dan Pelancaran Album Istimewa "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris ini boleh diikuti melalui siaran  Selamat Pagi Malaysia pada 24 Jun 2017, jam 10.30 malam di TV1, RTM, Selamat Pagi Malaysia Khas Raya yang dijangka akan memuatkan slot-slot rakaman ini pada Hari Raya Ketiga seawal jam 7.00 hingga 9.00 pagi atau layari https://www.rtm.gov.my/.

Selamat Pagi Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kredit Picture to Mr Google

Selamat Pagi Semua...
Doaku hari ini...
Ya Allah... berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami dan selalu jadikanlah kami berada di jalanMu yang lurus. Aaminn..

Khamis, 22 Jun 2017

Raya Kasih dan Cinta Bersama Fattah Amin & Fazura di Quill City Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Senyuman manis dari kedua selebriti
Guys!!! Berbuka puasa bersama Fattah Amin dan Fazura di Quill City Mall sangat mengujakan kan! Pada 11 Jun 2017, LeYa diberi peluang untuk bersama dalam satu Majlis CSR bersama anak-anak yatim yang seramai 43 orang dari Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera untuk membuat persiapan membeli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya berbuka puasa di Quill City Mall. 

Bertemakan Raya Kasih dan Cinta sempena program drama "Hero Seorang Cinderella", Main Atrium Quill City Mall diubahsuai untuk kehadiran dua pelakon Hero dan Heroin drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura bagi menyempurnakan dan meriahkan lagi majlis pada petang itu.



Raya Kasih & Cinta Bersama Fattah Amin dan Fazura di Quill City Mall

Pengacara Majlis
Bagi menyempurnakan lagi majlis, pelancaran program Corporate Social Responsibility (CSR) telah dirasmikan oleh Dato 'Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif,  Ng Chee Kheong, COO Kumpulan Syarikat Quill, Joseph Teo, Naib Presiden Pemasaran Quill City Mall serta Fattah Amin dan Nur Fazura. Turut diadakan juga di situ majlis menandatangani autograf oleh Fattah Amin dan Nur Fazura buat peminat-peminatnya yang bertuah mendapatkan Novel "Hero Seorang Cinderella".

Dato Ar' Michael Ong, Pengarah Eksekutif Quill City Mall

Pelancaran Raya Kasih & Cinta
Kasih dan Cinta memberi makna kepada anak-anak yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera untuk mendapatkan kesempurnaan kasih sayang dan cinta dari kita seluruh masyarakat untuk merasai dan menikmati pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan di bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Menurut Dato 'Ar Michael Ong, dengan semangat Raya Kasih & Cinta ini, dapat memberi kegembiraan dan kasih kepada mereka yang kurang bernasib baik serta pengalaman yang manis untuk diingati sepanjang zaman. 

Oleh itu, sebagai memberi tanda penghormatan yang mulia dan selayaknya dalam menyebarkan cinta Raya, pihak Quill City Mall menyerahkan paket bantal hijau "Hero Seorang Cinderella" kepada seluruh anak-anak yatim yang hadir dan juga kepada pengunjung yang telah berjaya menjawab beberapa soalan.

Anak-Anak Yatim dan pengunjung yang berpusu datang

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu-layuan, 
Semai kasih antara nampak, 
Esok jangan dilupa-lupakan.

Anak-anak yatim diserikan lagi dengan aktiviti menulis mesej Kasih & Cinta di Love Locks oleh para pengunjung yang hadir dan dikuncikan di ruang pagar tempat gantung Love Locks sebagai bukti kasih dan cinta serta prihatin masyarakat kepada mereka. 

Raya Kasih dan Cinta bersama-sama

Tidak ketinggalan juga pemberian goodies beg dan duit raya kepada Anak-Anak Yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera bagi mengurangkan beban dan merasai kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Hero dan Heroin Drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura

WoW!!! Nak DUIT RAYA jugakkk....

Berbuka Puasa di Restoran Aragan Yokocho bersama Anak-Anak Yatim, Fattah Amin dan Fazura

Seronoknya anak-anak ini nikmati makanan Jepun
Tepat jam 7.00petang, kami bergegas ke Restoran Aragan Yokocho yang terletak di aras bawah tanah untuk menikmati juadah berbuka puasa ala Jepun. Menu masakan Jepun yang dihidangkan pada hari itu merupakan menu 4 musim iaitu Summer Set, Autumn Set, Winter Set dan Spring Set. Untuk hari bertuah ini, LeYa dapat menikmati hidangan dari Menu Autumn Set yang mana mengandungi Mee Udon, Salmon Nigiri dan juga Green Tea Ice Cream.

Autumn Set yang dimakan LeYa berbuka puasa hari itu...

Ini pula Winter Set, kepunyaan En. Otomen Taro
Spring Set


Summer Set
Atas sebab LeYa memang menggemari masakan Jepun ni, rasanya LeYa memang boleh katakan sangat sedap dan sehingga ke hari ini masih teringat-ingat akan masakannya. 

Di kesempatan berbaki 2 hari ini, yang mana masih belum membeli-belah untuk persiapan raya, bolehlah singgah dan bershopping di Quill City Mall untuk mendapatkan keperluan-keperluan penting serta koleksi pakaian dari artis-artis Prima Valet seperti Amy Search dan Shaheizy Sam, Elrah Exclusive, Altelia Amani, Nur Aishah, AEON, Gajah Duduk dan banyak lagi yang ada di sana sempena kempen Raya pada tahun ini.

Tidak lupa juga, Shop, Dine and Win Contest sedang dijalankan di Quill City Mall. Datang dan belanja untuk keperluan Raya serta berpeluang menjadi salah satu yang bertuah untuk memenangi hadiah mingguan seperti yang tertera di bawah:-

• Minggu 8 (5 Jun - 11 Jun 2017) - Dyson Tower Fan, Tefal Griller
• Minggu 9 (12 Jun - 18 Jun 2017) - Dyson Vacuum Cleaner, Happy Call Double Pan
• Minggu 10 (19 Jun - 25 Jun 2017) - Panasonic Washing Machine, Set Panggilan Seramik Selamat
• Minggu 11 (26 Jun - 2 Julai 2017) - Audio Audio YAMAHA, Blender Kaca Philips
• Minggu 12 (3 Julai - 9 Julai 2017) - TV LED 4K Smart Sony, iPhone 7 Plus 128 GB (Hadiah Utama)

LeYa dan Otomen membuat aksi sudah kenyangnya menikmati hidangan Jepun

Bersama Big Boss Restoran Aragan Yokocho
Raya kali ini jom kita jadikan Quill City Mall sebagai pilihan terbaik untuk berkumpul dengan keluarga atau rakan-rakan ketika bershopping dan nikmati pelbagai hidangan berbuka puasa yang ada di situ. 

Untuk keterangan lanjut:-

Facebook :  quillcitymallkl

Rabu, 21 Jun 2017

Meraikan Kejayaan Pengedar di Visiber Recognition 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 10 Jun 2017 yang lalu bertempat di Level 3 Ballroom, Geno Hotel, Shah Alam telah berlangsungnya satu Majlis Penganugerahan kepada pengedar-pengedar Visiber yang telah mencapai target kecemerlangan mereka pada tahun 2016 lepas. LeYa dan beberapa lagi rakan blogger diberi kesempatan untuk hadir ke majlis tersebut oleh pihak Visiber dan Priofingol.


Okay, mesti anda semua tertanya-tanya juga apa tu Visiber kan? Dan apa yang mereka laksanakan? Jom kita skodeng sikit maksud tersirat di sebalik Visiber dan produk yang dijual.

Bagi masyarakat Cina, kebanyakan dari mereka sudah pun mengetahui tentang produk-produk Visiber ni. Tetapi bagi LeYa dan juga rakan-rakan dari kaum Melayu dan Islam masih belum ramai yang mengetahuinya. Visiber ni bermaksud "Visi dan Nombor". Sebelum ini, ia dikenali sebagai "Pyramick", di mana ia adalah satu kejayaan dalam metafizik yang menggabungkan 4 idealogies dan teori. Bagi masyarakat Cina, nombor merupakan satu perjalanan mereka yang menggambarkan kehidupan, makanan dan perjalanan mereka di dunia ini.

OBJEKTIF VISIBER
Objektif Visiber adalah untuk memainkan peranan "pivotal" yang mengimbangi kehidupan seseorang agar dia mampu mencapai aktualisasi diri dalam perniagaan, kesihatan, kerjaya, hubungan dan juga kekayaan.

Masyarakat Cina memang percaya dengan nombor mereka mampu mengubah kehidupan mereka bagi membolehkan mereka kembali dari kebahagiaan dalam perkahwinan, kekayaan, kesihatan, iman, berwarna-warni, elegan dalam setiap kehidupan mereka. Daripada nombor-nombor yang dipilih, ia akan dijadikan barang kemas seperti cincin koktel (iaitu dalam telur berbentuk cabochan) dan disemat dengan elemen swarovski crystal yang sangat mempesonakan, memakai kod crystal ring dengan nombor bersinar. Kehidupan digital ini mampu mengubah nasib mereka dengan memakai cincin tersebut.



Majlis diserikan lagi dengan tarian robot bagi menunjukkan teknologi moden masa kini. Sesi penganugerahan dimulakan dengan Elite Manager, Crown Manager dan beberapa lagi anugerah yang dimiliki oleh para pengedar visiber. Tahniah LeYa ucapkan di atas kejayaan anda sebagai pengedar berjaya.

Selain itu, pihak Visiber dan Priofingol juga telah merasmikan pelancaran aplikasi baharu kepada para pengguna telefon pintar (app.visiber57.com) yang dirasmikan oleh Dato' david Hew. Aplikasi ini memudahkan pengedar dan pelanggan untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat serta mengetahui tentang produk-produk Visiber.




Setelah pelancaran aplikasi baharu (Visiber57.com) selesai, majlis diteruskan kepada penganugerahan pangkat tertinggi kepada pengedar-pengedar yang telah berjaya. Usaha tangga kejayaan. Itulah yang perlu kita galas dan laksanakan untuk bertemu di kemuncak kejayaan seperti mereka ini.



Majlis yang penuh gilang gemilang itu diadakan dengan pelbagai lagi aktiviti menarik seperti Grand Lucky Draw yang bernilai RM100,000 dan juga produk-produk barangan kemas dari Visiber dan Priofingol.






PRIOFINGOL 

Lifestyle, Consultation, Articles, Jewelry & Accessories, Home & Living, Food & Travel, Education & Training

website :  PRIOFINGOL

Facebook:  priofingol

Instagram:  @priofingol

VISIBER

Numbers Methodology - A human behavioural study developed -
Analysis on career, relationship, family & health

website:  visiber

Facebook :  visiber

Instagram:   @visiberofficial

Sabtu, 17 Jun 2017

Gitar Buruk - Ramadhan Raya Short Film by MYEG 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terpanggil LeYa untuk kongsikan dengan anda semua mengenai satu iklan raya yang bagi LeYa sangat menarik untuk ditonton hari ini. 

Sebuah iklan mengenai dua beradik, Rahman dan Razif yang mengharungi kehidupan masa kini. Razif, abang kepada Rahman acap kali melewatkan sesuatu perkara yang penting sehingga membawa pada di satu hari sebelum menjelang Raya. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti kisah seterusnya di Ramadhan Raya Short Film berkisarkan Gitar Buruk ini. 

MYeG menampilkan iklan Hari Raya yang cukup baik untuk memberi peringatan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada kita semua terutama sebelum menjelang Hari Raya dan pulang berhari raya di kampung. Ramadhan Raya Short Film - Gitar Buruk ini wajar ditonton semua bagi kesedaran yang lebih mendalam kepada kita semua. 


Gitar Buruk - Ramadhan Raya Short Film by MYEG 2017

Ramadan adalah bulan mulia bagi memperbaiki diri dalam pelbagai aspek. Seperti kisah Rahman dan Razif. Jadikannya sebagai satu iktibar untuk tidak melengahkan apa yang kita boleh settle-kan hari ini agar mendapat keberkatan di bulan Ramadan. Terutamanya hal-hal yang anda seringkali terlepas pandang seperti pertengkaran, hutang, zakat dan sebagainya. Bab zakat ni, boleh je nak settle cepat di https://www.myeg.com.my. Saman dan road tax pun boleh juga! Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada MyEG.

Ramadan is a holy month and a time for self-improvement in various areas. Just like this tale of Rahman and Razif. Let this be a lesson in settling our responsibilities to receive the blessings of Ramadan. Especially things that you often overlook such as quarrels, debts, zakat and so on. For zakat, you can just settle it quickly on https://www.myeg.com.my. Same goes for your summons and road tax! Salam Ramadan and Selamat Hari Raya Aidilfitri from MyEG

VIDEO Penuh Gitar Buruk: Kisah Rahman, Razif & Tragedi Robert Sehari Sebelum Raya
Sudahkah anda menonton Short Film ini? Ada sesuatu tak yang anda dapat dari tontonan hebat ini?

Korang Yang Ada Adik-Beradik Confirm Faham Situasi Diorang Ni. Rasanya, Settle Tak?


Jangan tengok je iklan ni ye... Kalau ada yang tak setel lagi, jom pergi buat sekarang! Bagi yang tak dapat tonton video filem pendek di atas, boleh juga terus ke paparan link di bawah ini ye...


Jumaat, 16 Jun 2017

Rasai Kenikmatan #SiakapPadu Bersama HaiBlogger! di Restoran Emak Engku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Restoran Emak Engku, Taman Cheras Indah
Berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger sudah menjadi lumrah buat para blogger untuk berkumpul bersama-sama. Di tahun 2017 ini, LeYa memanjatkan penuh rasa kesyukuran di atas rezeki yang tidak terhingga ini. Satu demi satu episod dan kisah aktiviti harian bersama blogger telah LeYa perolehi. Dan alhamdulilah, sudah pun merasai kehangatan duit tambahan melalui blog. 

Jadi, di kesempatan ini, LeYa telah menghadiri satu Majlis Iftar Bersama Blogger 2017 di sebuah restoran masakan Thailand di Restoran Emak Engku, Taman Cheras Indah. Majlis Iftar Blogger 2017 ini telah dianjurkan oleh satu komuniti blogger yang aktif di Malaysia iaitu Hai Blogger!

Apa yang boleh LeYa kongsikan sedikit mengenai Hai Blogger! ini adalah kami para blogger yang menulis pelbagai niche blog seperti perihal peribadi, kecantikan, kesihatan, pelancongan, gadget dan lain-lain menerusi platform blog dan juga media sosial. Dikatakan program berbuka puasa ini sudah 4 kali berturut-turut diadakan.

Pengasas Hai Blogger!, Halim Brothers
LeYa mengenali Hai Blogger! di tahun 2015 di mana LeYa telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pengasas Hai Blogger!, En. Halim Nadzeri atau lebih dikenali Halim Brothers dalam satu program rancangan TV di Angkasapuri RTM. Keaktifan Halim dalam dunia blogging membuatkan LeYa kembali semula ke dunia nyata untuk memperluaskan lagi bidang penulisan yang LeYa minati ini. Dan alhamdulillah sekali lagi, di tahun 2017 ini bersama Encik Suami, Otomen Taro, kami mengorak langkah seiring sejalan melebarkan sayap dalam dunia online. 

IFTAR HAI BLOGGER! DI RESTORAN EMAK ENGKU

Pengasas Generasi Ke-3 Restoran Emak Engku
Dengan kerjasama pihak Restoran Emak Engku yang dikatakan sangat terkenal dengan #siakappadu yang telah diviralkan oleh netizen-netizen di media sosial kerana kelazatan set menu Siakap Stim Limaunya, Majlis Iftar Bersama Blogger 2017 ini berlangsung dengan jayanya.

Selain itu, turut mengundang juga artis jemputan di bawah naungan Azlan Typewriter iaitu Ainz Mentor, Jojo, Zetty Rashid dan Aliff Rezza. Tidak setakat itu sahaja. Majlis ini diserikan lagi dengan aura dari orang-orang hebat  dan jutawan perniagaan produk masing-masing serta influencer social media.

Tidak lengkap kiranya majlis ini tanpa jurukamera berpengalaman. Faridism Production, rakan sejawat fotografi dan video Hai Blogger! turut diundang untuk memeriahkan majlis. Faridism Production mempunyai puluhan photograher, videographer dan editor. Mereka sangat pakar dan berpengalaman dalam penghasilan video-video event, perkahwinan, commercial, filem pendek dan banyak lagi yang berkaitan dunia kreativiti. 

Tidak dilupa juga kepada penaja-penaja Hai Blogger! yang lain yang telah memberi goodies bermakna kepada para blogger yang hadir. Antaranya ialah Cookies Most Wanted, Olicandy, VS Lip Glow dan Rakan Design Bigads

#SiakapPadu, Hidangan Yang Dinanti- nanti

Siakap Stim Limau, #siakappadu
Ramadhan kali ini, Restoran Emak Engku telah menyediakan Pakej Iftar Istimewa yang bermula dari RM65.50 untuk dimakan dalam 2-3 orang. Bagi LeYa, ia sangat berbaloi dan murah. Sudahlah murah, sedap pulak tu.. Memang rugi kalau siapa tak singgah ke sini. Bukan setakat itu sahaja, kemudahan surau untuk solat juga ada disediakan berdekatan dan tempat parking kereta juga mudah didapati.

Untuk menu berbuka puasa kami hari itu merupakan hidangan Set Super Saver yang menyajikan Siakap Stim Limau, Siakap 3 Rasa, Daging Masak Merah, Kailan Goreng Ikan Masin, Tomyam Campur, Nasi Putih dan Air Sirap Selasih. Tambahan menu kami pada malam itu adalah Kerabu Mangga dan Kerabu Perut.

Siakap 3 Rasa
Kerabu Mangga
Sayur Kailan Goreng Ikan Masin
Tomyam Campur

Daging Masak Merah
Antara set hidangan kami berbuka puasa pada hari itu
Set hidangan yang mudah dan ringkas serta sangat sedap lebih-lebih lagi #siakappadu yang digembar-gemburkan pihak netizen. Memang tak dinafikan lagi, Siakap Stim Limau itu sangat sedap. Sesuai dengan keaslian masakan Thailand. 

Norman Danish atau lebih dekenali ND yang popular dengan #MisiViral, seorang influencer social media yang sangat berpengaruh membantu sesiapa sahaja untuk mempromosi produk perniagaan


Tidak terhenti di sana sahaja. Selepas usai menunaikan solat fardhu Maghrib, kami berkumpul semula untuk sesi perkenalan antara orang-orang hebat dan influencer social media bersama para blogger sebagai rakan kongsi untuk medium mendekatkan lagi platform blog kami kepada umum. 

Tambah meriah lagi, artis-artis jemputan yang hadir dipinta untuk menyumbang satu dua buah lagu bagi menghiburkan suasana tampak ceria. Antara yang telah sama-sama menyanyikan lagu adalah Zetty Rashid, Aliff Rezza dan juga Farez Adnan AF2014 yang juga merangkap DJ pada majlis malam itu. 

LeYa bersama Zetty Rashid sebelum pulang
Dengan berbesar hati LeYa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Halim Brothers dan Hai Blogger! atas jemputan Iftar Bersama Blogger 2017 ini. LeYa sangat terhibur dan kualiti makanan di Restoran Emak Engku memang sangat sedap.

Geng Hai Blogger! yang hadir memeriahkan majlis
Sekiranya anda ingin mencuba hidangan makanan di Restoran Emak Engku, berikut adalah maklumat lengkap restoran ini:-

Alamat | No 15, Jalan Indah 26, Taman Cheras Indah, 56100 Kuala Lumpur
Waze | RESTORAN EMAK ENGKU
No HP | 017-2254215