Rabu, 20 Disember 2017

Terbang Ke Hong Kong Bersama Malaysia Airlines, Tambang Serendah RM629 'All-In'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Musim cuti sekolah tinggal dua minggu je lagi. Tapi rasanya masih boleh je nak berjalan lagi kan. Kalau korang tak pernah pergi ke Hong Kong, di sini LeYa nak bagi satu cadangan destinasi yang wajib korang pergi sebelum berubah fikiran. Apa kata korang cuba teroka Bandaraya Hong Kong dengan menyaksikan keindahan Symphony of Lights, pertunjukan muzik dan cahaya yang sangat menakjubkan di kawasan Victoria Harbour.


Memang tidak lengkap lah kiranya jika korang ke Hong Kong tanpa pergi menyaksikan Symphony of Lights ni. Dikatakan cahaya ini datangnya dari lebih 40 buah bangunan pencakar langit sekitar Victoria Harbour dan digabungkan dengan muzik dan suara latar yang menggambarkan bandaraya Hong Kong itu.


Lokasi terbaik untuk menonton Symphony of Lights adalah di pinggir pelabuhan Tsim Sha Tsui dan Golden Bauhinia Square di Wan Chai. Pertunjukan ini bermula pada jam 8.00 malam dan berlangsung kira-kira 10 minit sahaja.

Bersiar-siar ke Old Town Central

Dah sampai kota Hong Kong tuh, apa lagi! Korang pergi la merasai pengalaman menarik untuk mempelajari budaya dan sejarah unik di sana. Bukan itu sahaja. Korang boleh membeli sedikit kraftangan untuk dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan dan paling rare korang kena cuba hidangan fusion tradisional dan moden yang ad di situ. Kalau korang nak tahu lagi, Old Town Central ni adalah tempat di mana budaya Timur dan Barat bertemu. Awesome kan! Travel sambil belajar di negara orang.


Jalan punya jalan, mulalah perut pun terasa lapar. Jangan risau! Korang boleh penuhi selera korang di syurga pencinta makanan di Central. Dari dim sum dan dan dai pai dong, tart telur hinggalah ke pilihan makanan antarabangsa, semuanya terhidang di sini.

Perut dah kenyang. Teruskan lagi perjalanan untuk menambah lagi pengalaman dan pengetahuan ketika travel ke tempat orang.


Terlalu banyak perkara menarik yang korang boleh nikmati dan alami di Hong Kong.

Apa lagi, Jom terbang ke Hong Kong bersama Malaysia Airlines dengan tambang serendah RM629 "All-In".

Dapatkan maklumat lengkap di SINI!

 Terbang Ke Hong Kong Bersama Malaysia Airlines, Tambang Serendah RM629 'All-In'

Selasa, 19 Disember 2017

Int3Tree | Revolusi Produk Kesihatan Minda Anak Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sekolah nak dibuka. Para IbuBapa pasti sedang sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak. Segala kelengkapan sekolah semuanya kelihatan baru dan pasti anak-anak juga tidak sabar untuk ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru di Tahun 2018 ini. Namun, dalam pada kita para IbuBapa sibuk dengan persiapan persekolahan, sudahkah anda persiapkan juga minda anak-anak untuk lebih mudah memahami apa yang guru ajar di sekolah nanti?


Rahsia Anak Pintar Terbongkar?

Anak anda lemah dalam pelajaran? 

Anak anda tidak fokus kepada pembelajaran semasa guru mengajar?

Kurang fokus adalah penyebab kerana kepenatan dan kurang bertenaga dalam kelas dan juga berpunca dari kualiti makanan yang diambil.

Jadi, Adakah IbuBapa sudah membekalkan makanan yang sihat dan berkualiti untuk kesihatan, khususnya minda anak-anak anda?


Haizid Perdana Enterprise, sebuah syarikat yang menjual Int3Tree iaitu produk makanan tambahan minda, yakin dan percaya produk ini mampu membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak dan pelajar sekolah. Pengasasnya, Roslan bin Khamis berkata, sedari awal produk ini mula diterbitkan telah membuatkan beliau terus memulakan langkah sebagai peniaga produk ini untuk membantu kanak-kanak seawal umur 3 tahun hingga 22 tahun melalui proses tumbesaran dan pendidikan.

Pengasas Haizid Perdana Enterprise, En. Roslan Khamis

Kenali Int3Tree

Int3Tree adalah Suplimen Minda Pertama di Malaysia dengan teknologi bawah lidah. Int3Tree merupakan makanan tambahan minda yang sungguh lazat di samping membantu perkembangan minda para pelajar. 

Bagaiman Int3Tree Dapat Membantu Perkembangan Kanak-Kanak?

Membantu Perkembangan Minda
Isu paling banyak di Malaysia adalah pelajar gagal atau kurang fokus semasa belajar dan situasi ini mengundang pelajar banyak ketinggalan dalam subjek yang dipelajari. Int3Tree mempunyai 10 bahan makanan tambahan lengkap yang dapat membantu perkembangan minda pelajar. Int3Tree membantu merangsang fokus pelajar menjadi lebih baik. 

Perkembangan Fizikal
Int3Tree bukan ubat tetapi kandungan Int3Tree membantu perkembangan fizikal pelajar terutamanya pelajar dan anak-anak yang sering sakit. Dengan Int3Tree, ianya membantu meningkatkan uminiti daya tahan penyakit kepada anak-anak kesayangan anda. Badan sihat, otak cerdas. Selain itu, ia membantu pertumbuhan gigi, tulang dan sebagainya untuk lebih sihat.

Mengurangkan Rasa Keletihan
Aspek fokus dan dapat menumpukan perhatian di kelas 100% bergantung dengan tenaga. Dengan aktiviti luar bilik darjah, ia telah memberi pelajar rasa keletihan dan mengantuk. Oleh itu, Int3Tree dapat membantu memberi tenaga secara semulajadi kepada pelajar.

Menstabilkan Metabolisma Badan
Vitamin B Complex dan Mineral adalah penting dan ianya membantu menstabilkan matabolisma dalam badan pelajar. Ia penting untuk menyingkirkan logam dan bahan yang tidak berguna dalam badan dan seterusnya meningkatkan kesihatan dan kecerdasan pelajar. 


Apa yang ada dalam kandungan Int3Tree?

serbuk-koko-int3tree
Serbuk Koko
  • Mengawal emosi
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menurunkan tekanan darah
  • Kulit lebih halus
  • Tonik tambahan otak
dektrose dalam int3tree
Dextrose

  • Sumber tenaga
  • Memulihkan & mencerdaskan otak
  • Menjaga sel-sel dalam badan
  • Meningkatkan penyerapan nutrisi
  • Melancarkan pengaliran darah

omega-3 dalam int3tree
Omega-3
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mengurangkan migrain
  • Baik untuk mata & penglihatan
  • Mengurangkan tekanan
  • Menurunkan risiko pembekuan darah



susu krim dalam int3tree
Susu Skim
  • Sumber kalsium yang baik
  • Menguatkan gigi dan tulang
  • Mengawal berat badan
  • Sumber protein yang tinggi
  • Membekalkan mineral lengkap


coklat hitam dalam suplemen int3tree
Coklat Hitam
  • Meningkatkan aliran darah ke otak
  • Merangsang fungsi kognitif
  • Mengawal gula dalam darah
  • Anti-Oksidan
  • Meningkatkan Intelektual


acai berry dalam int3tree
Extrak Acai Berry
  • Tingkatkan fungsi pencernaan
  • Sumber tenaga yang baik
  • Meningkatkan ketahanan tubuh
  • Mencantikkan kulit
  • Menjaga kesihatan jantung

lutein dalam makanan tambahan minda int3tree
Lutein
  • Mencegah katarak
  • Menguatkan retina
  • Mengurangkan kepenatan pada mata
  • Mengurangkan rasa mengantuk
  • Menjaga & melindungi mata


Serbuk Pudina
  • Melegakan otot perut
  • Mengatasi masalah gastrik
  • Membantu proses penghadaman
  • Meransang pengeluaran peluh
  • Melegakan ketidakselesaan perut


B-Complex-Dalam-Int3Tree
Vitamin B-Complex
  • Menyembuhkan luka dengan segera
  • Menyokong sistem uminiti
  • Mencegah migrin dan sakit kepala
  • Memberikan perasaan gembira
  • Kesihatan otot, saraf dan jantung


Extrak Stevia
  • Pemanis semulajadi
  • Mengawal kadar gula dalam darah
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu melawan bakteria
  • Melawaskan kencing



Cara Pengambilan Int3Tree 

Hanya satu bungkus sehari sudah cukup untuk anak anda.

Caranya adalah:-
1) Seelok-eloknya di waktu pagi
2) Koyakkan sachet Int3Tree dan tuangkan (serbuk) di bawah lidah
3) Kemam dalam 15 saat, serbuk Int3Tree akan cair


Testimoni Int3Tree 

 

 


Maklumat lanjut mengenai Int3Tree, boleh layari seperti di bawah:-

Facebook http://www.facebook.com/roslanint3treestokis

No. Tel | 019 - 3333 713

E-mail | haizidrk@gmail.com

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa tak kenal Chef kacak yang dikenali sebagai Juara Masterchef All Star 2013 iaitu Chef Arshad Zamir ni kan. Pada 25 November lalu, LeYa berkesempatan menyertai acara Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir yang bertempat di AMC Malaysia, Shah Alam. Mengenali Chef Zamir ini barulah LeYa tahu yang beliau seorang yang peramah dan memang berbakat dalam bidang masakan walaupun masih baru dan sangatlah merendah diri bila ramai orang memujinya. 

Jadinya, tanpa membuang masa lagi apa kata jom kita tengok apa yang Chef Zamir telah sediakan bersama produk AMC Malaysia yang hebat dan mudah ini.


=======================================================================
LeYa dalam Program Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
=======================================================================

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir, Cepat, Sedap dan Sihat

Pada kali ini, Chef Zamir akan memasak dengan menggunakan produk masakan dari AMC. Kalau yang tak tahu produk AMC tuh apa? AMC ni kira macam periuk tekanan yang lain yang ada di pasaran. Yang menarik dan uniknya, periuk AMC ni digunakan dengan dapur dan alat khas dengan penggunaan bluetooth yang dinamakan Auditherm sebagai penunjuk suhu dan akan mengeluarkan bunyi apabila masakan sudah siap. 

Pada hari Sabtu tuh, Chef Zamir akan memasak masakan yang paling ringkas bahan-bahannya iaitu Kek Butter, Rendang Ayam, Nasi Kerabu dan Sayur Campur. Ha! Jangan tak tahu! Ada di antara masakan ini sebenarnya memerlukan masa yang lama penyediaannya. Namun, dengan kecanggihan teknologi AMC ni, semua hidangan siap dengan cepat, sedap dan sihat.

=======================================================================
Tak lokek senyuman Chef kita ni dengan dibantu oleh Kak Sue, rakan blogger yang hebat masak
=======================================================================

=======================================================================
Kek Butter yang menyelerakan
=======================================================================
=======================================================================
Hidangan yang telah siap untuk dimakan
=======================================================================

Bau aroma sudah pun menusuk ke hidung. Apa lagi! Ramailah di kalangan rakan-rakan blogger mula rasa lapar dek bau yang sedap dan mengharumkan itu. Almaklumlah, hidangan juga disediakan oleh chef muda dan kacak terkenal. Hehehe.... Hidangan dihias sebelum diberi rasa kepada kami. Bila LeYa dan rakan-rakan diberi peluang untuk menikmati keenakan masakan dari Chef Zamir, ternyata ia sedap dan tekstur makanannya juga tidak lari serta kesegaran sayurnya juga masih terasa rangup dan enak dimakan. Kek Butter yang gebu gebas itu juga menjadikan LeYa tak puas makan bila kena berkongsi dengan ramai orang. Hahaha...

Masak-Masak Bersama AMC Memang Cepat dan Mudah

Untuk maklumat korang, AMC Malaysia ini menjual produk masakan yang dikeluarkan dan diimport dari Jerman. AMC juga telah berkembang pesat kepada lebih 50 tahun dalam pasaran dunia. Teknologi yang digunakan AMC adalah sistem masakan utama yang ada di pasaran dunia dan menjadikan masakannya sihat, menyeronokkan dan mudah untuk disediakan. 
Produk bermutu tinggi. Kaedah memasak menggunakan AMC juga mampu mengurangkan lemak tambahan dan tanpa tambahan air dapat menjamin kesegaran makanan dalam tahap kandungan nutrisi makanan yang tinggi. Seronok kan! Para ibu pasti teruja kan bila dapat tahu boleh memasak dengan cepat, sedap dan sihat untuk seisi keluarga.

=======================================================================
Aksi LeYa dan Otomen di Dapur AMC
=======================================================================
=======================================================================
Rakan-rakan blogger yang turut hadir dalam Masak-Masak Bersama AMC & Chef Zamir
=======================================================================

LeYa sendiri dah mula minat dengan produk masakan dari AMC ni. Tapi, malangnya belum berkemampuan untuk memilikinya lagi. Nampak gayanya tahun 2018 ni kenalah menabung dari awal. Hehehe.... Ada banyak juga pilihan set-set periuk yang korang boleh miliki. 

Maklumat lanjut, bolehlah korang tengok di bawah ini ye...

AMC MALAYSIA

Alamat
No 22, Jalan Pendaftar U1/54,
Temasya Industrial Park,
Glenmarie, 
40150 Shah Alam, Selangor.

No. Tel
03 - 5569 8994

Fax
03 - 5569 6626

Website

Facebook

Instagram

Isnin, 18 Disember 2017

Pilihan Menarik Shop Men Shirts LAZADA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pilihan gaya terkini tidak lagi pada golongan wanita. Lelaki juga tidak ketinggalan dengan gaya fesyennya yang juga agak cantik dan trendy mengikut kesesuaian dan citarasa semua pengguna. Hari ini, LeYa cuba untuk mengetengahkan pilihan fesyen Shop Men Shirts dari laman web LAZADA yang sentiasa memikat hati untuk dihadiahkan kepada Mr. Otomen Taro. Sememangnya ia menjadi lebih mudah hari ini dengan membeli-belah secara online kerana tidak perlu lagi risau akan kesesakan lalu lintas dan dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kesemuanya menepati citarasa, trendy, stylish dan kualitinya juga berpatutan dengan harga.

Shop Men Shirts LAZADA Malaysia

Pelbagai pilihan menarik anda boleh dapatkan melalui laman web LAZADA dengan hanya teknologi di hujung jari tidak kira di mana sahaja anda berada. Ianya menjadi lebih mudah untuk anda bershopping santai dalam waktu anda di pejabat mahupun santai di rumah. Tidak perlu keluar menghadap traffic jam, anda sudahpun memiliki pilihan fesyen yang bermutu, selesa dan berpatutan. 

Shop Men Shirts mempunyai gaya citarasa tersendiri yang mampu membantu membangkitkan aura personaliti setiap individu yang memakainya. Terdapat juga pelbagai pilihan seperti plain shirts, loose fit, checkered shirts, long sleeve shirt serta mudah juga untuk disesuaikan dengan pelbagai keperluan. 


Fesyen Shop Men Shirts di LAZADA memang sesuai dipadankan mengikut trend lelaki yang memikirkan pemilihan gaya yang versatile dan kontemporari untuk menyerlahkan lagi personaliti diri dan stylish ala-ala gaya maskulin moden terkini.

Pelbagai pilihan menarik Shop Men Shirts boleh didapati di Men's Clothing - Shirts.

Jumaat, 15 Disember 2017

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiga tahun menetap di kawasan sini. Tapi tak bermaksud LeYa sudah jelajah kesemua tempat menarik di sini. Al-maklumlah sibuk dengan kerja. Kali ini LeYa berpeluang untuk kongsikan sedikit tempat pelancongan menarik yang mungkin masih ramai tak pernah berkunjung ke Cyberjaya. 

Jom.... Kita lihat apa yang menarik di Cyberjaya.

1. Rasai Pengalaman di Dash Box Hotel yang unik

Salah satu tempat best dan cantik untuk korang semua ambil gambar banyak-banyak.  Cuba korang menginap di sini dan hang-out bersama rakan-rakan atau keluarga di Dash Box Hotel dengan rekaan bangunannya yang unik, ala-ala hipster dan trendy tuh. Yang menariknya lagi, korang boleh mandi-manda di swimming pool yang juga sangat cantik. 


Alamat Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel 03-8322 7171



2. Menghirup udara segar di Taman Tasik Cyberjaya

Salah satu lokasi hebat dan menarik untuk beriadah, berjogging dan berkelah adalah di Taman Tasik Cyberjaya. 

Dari luar dah nampak playground yang agak besar dan di dalamnya ada banyak tempat best yang boleh korang terokainya lagi. Antaranya seperti jam besar, sebuah jambatan menuju ke pulau kecil yang dinamakan Pulau Wind Chime, berkelah di tepi tasik dan banyak lagi aktiviti yang boleh korang jalankan di sini.

Alamat Jalan Kelab, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel 03-8322 6765



3. Menginap di suasana kehijauan di Cyberview Resort & Spa

Satu lagi kawasan hijau yang korang boleh nikmati di Cyberjaya iaitu di Cyberview Resort & Spa. Suasana yang memang cukup tenang dan mendamaikan yang dapat menghilangkan segala kekusutan minda seharian bekerja 5 hari. 

Cyberview Resort & Spa menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar untuk turut sama merasai keindahan bermalam di situ.


Alamat Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel : 03-8312 7000



4. Santai di ZAWARA Coffee

Antara cafe yang korang perlu cuba bila berada di Cyberjaya! Korang juga boleh tengok komen di Foursquare yang mana semuanya bercerita tentang keenakan makanan dan minuman di sini. Lagi best kalau korang nak buat shooting kat kafe ni pun dialukan. Korang yang suka bergambar ala hipster pasti teruja dan tak sabar nak ke Zawara Coffee ni. 


Alamat Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel : 03-8322 8020


5. Masjid Cyberjaya

Aha! Korang jangan lah ingat nak ke masjid di waktu Hari Jumaat je kan.. Meh LeYa bawa kan korang ke Masjid Cyberjaya ni atau lebih dikenali dengan nama lain ialah Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang penuh dengan kecantikan di dalamnya ini. Sekali korang dah pergi, pasti korang teringin dan rasa seronok untuk ke sini. Dengan keunikan seni bina masjid ni, pasti membuatkan korang kagum dengan arkiteknya dan keunikan yang ada dalam Islam. 


Alamat Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor



6. Shopping, Main Bowling dan Tengok Wayang di D Pulze Shopping Centre dan Gem In Mall

Dalam kawasan Cyberjaya ni, ada juga pusat membeli-belah D Pulze dan Gem In Mall

Ada macam-macam tarikan dalam mall ni selain kedai-kedai yang korang boleh shopping di situ. Antaranya korang boleh buat aktiviti bersama rakan-rakan mahupun keluarga dengan menonton wayang, bermain bowling dan lain-lain.

Jadi, tak rugi jika korang berkunjung ke Cyberjaya ini. Pemandangan juga sangat cantik, moden, trendy dan sesuai untuk penggemar swafoto yang sukakan update Instagram setiap hari. Macam-macam ada di sini!




Maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.cyberjayamalaysia.com.my/

Khamis, 14 Disember 2017

D Danze Academy Persembahkan Enchanted Forest 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jamie & Enchanted Forest

Bayangkan jika anda seorang kanak-kanak yang inginkan sesuatu kelihatan menarik dan tertarik. Namun, ia penuh dengan misteri yang mana terdapat lukisan langit biru, di mana pengakhiran pelangi dan bagaimana rasanya seekor burung terbang serta ingin menyelam seperi ikan? Hal ini membawa  anda untuk mengetahui dan memerlukan suatu kebenaran untuk mendedahkan setiap persoalan minda dan tidak menimbulkan rasa bosan ketika membiarkan diri dibuai mimpi pada waktu malam. 

Baru anda tersedar di mana dalam rumah anda sendiri penuh dengan misteri. Ia kelihatan seperti penuh dengan harta karun yang tertulis seperti di buku cerita pengembaraan lanun Swashbuckling, yang telah dibacakan ibu anda kepada anda setiap malam sebelum tidur. Perbezaannya adalah di sebalik cerita tersebut, lanun itu berjaya membuka harta karun tersebut, manakala anda masih belum berjaya menghuraikan persoalan minda anda. 

Mengapa? Tiada siapa yang akan memberitahu anda Mengapa dan Kenapa?

Jamie was that exact child, in that exact situation. A bad combination indeed, for that nagging, burning
little “why” was the very “how” that the forbidden chest was opened. Out came the Curses – Poverty,
Sickness, Depression, Hatred, Pride, Desire, Indolence, Cowardice – bringing misery and destruction to
all mankind.
In the wake of such a tragedy, Jamie was approached by a little pixie. It took a little comforting and
coaxing, but eventually, the child got up, determined to make amends, and followed the pixie into the
Enchanted Forest.
The Curses were out there, and there was no way to recapture them. Instead, all Jamie could do was
seek out the five Jewels.
But… why?

Latar Belakang Enchanted Forest

Enchanted Forest dipersembahkan oleh D'Danze Academy dengan kerjasama D'Dance Center dan Danze Sekolah Muzik dan Tarian Pointe. Di sekolah, konsert diadakan sekali pada setiap tiga tahun  yang mana para pelajar berpeluang mengalami pengalaman di pentas serta genre tarian outside ballet

Pada tahun ini, konsert tersebut mempunyai sejumlah 139 penari yangmengambil bahagian berusia lingkungan 4 hingga 22 tahun. Cerita di Enchanted Forest merupakan ramuan asli oleh Pengarah Dianne Yap dan Ooi Mee Kean. 


Dari asas plot penceritaan, pemilihan watak-watak serta penerbitan pengeluaran tarian ini adalah dari mitos dan cerita rakyat pelbagai budaya terutama mitos Yunani Kotak Pandora. 

While the majority of the items are original pieces choreographed by senior and junior teachers, Enchanted Forest also adapts repertoire from George Balanchine’s Jewels and Alexander Gorsky’s The Little Humpbacked Horse.



Latar Belakang D'Danze Academy

Akademi D'Danze ditubuhkan pada April 2003 oleh pengasas dan pengetua, Suzanne Liew selepas membuat keputusan menghentikan operasi di studio Changes Music and Dance di Jinjang, Kepong. Hari ini, Akademi D'Danze terletak di Bandar Sri Damansara dan beroperasi setiap tujuh hari seminggu. Akademi di sekolah ini semakin berkembang pesat dan menganggarkan kira-kira 150 pelajar telah merentasi tahap Kurikulum Prasekolah hingga ke tahap Advanced 2 dari Akademi Diraja Tarian (RAD).

Pada bulan Ogos 2009, D'Danze Centre telah ditubuhkan di Bandar Country Homes sebagai cawangan Akademi D'Danze. Cawangan ini diasaskan bersama oleh Suzanne Liew dan Guru Kanan, Ooi Mee Kean. 

Selama bertahun-tahun, Akademi D'Danze dan Sekolah Muzik dan Danze Pointe di Taman Bukit Maluri, Kepong telah mengekalkan hubungan kuat melalui persahabatan yang panjang antara Suzanne Liew dan Rowena Yeo.


Enchanted Forest akan berlangsung di Pusat Seni Persembahan Damansara (DPAC) pada: 

15 Disember 2017 jam 8.00 malam
16 Disember 2017 jam 2.00 petang
17 Disember 2017 jam 8.00 malam

Tiket masuk ke DPAC boleh didapati dengan harga RM98 dan RM68. Maklumat lanjut boleh layari www.dpac.com.my atau hubungi 03 - 4065 0001. Untuk tiket bagi pelajar, anda juga boleh dapatkan dengan promosi Beli 10 Percuma 1 dan boleh dapatkan pada acara 15 Disember 2017 jam 8.00 malam serta hubungi Suzanne Liew di 016-2228022 untuk pembelian promosi tersebut.