Khamis, 20 Ogos 2015

Sup Tulang Merah Singapore

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, bertemu kembali kita bersama LeYa Blog. Sibuk dengan Syawal tempoh hari dan juga perniagaan Butik Online, LeYa terpaksa menyepikan diri dari menulis di blog ini. Memberi sedikit ruang untuk memajukan perniagaan butik secara online. 

Pada 08 Ogos yang lalu, keluarga sebelah suami LeYa mengadakan sedikit Jamuan Raya dan Sambutan Hari Lahir buat anak buah LeYa kali pertama. Genaplah Nur Khaiyisah atau digelar Kak Nur 1 tahun. 

Kad Kreatif

Sempat jualah LeYa dan emak KakNur menyiapkan satu mini pelamin sebagai tempat bergambar kenangan bersama keluarga dan sahabat handai berkunjung ke rumah itu nanti.

fotografi

Cheese Cake yang ditempah khas untuk Kak Nur yang sudah genap berusia 1 tahun. Memandangkan ada juga seseorang dilahirkan dalam bulan yang sama, turut diraikan sambutan hari kelahiran bapanya sendiri yang ke-32 tahun. 

cheese cake

Wahhhh.....menu utama kali ini didatangkan khas dari Singapura. Almaklumlah keluarga sebelah pihak suami LeYa kebanyakannya berasal dari Singapore. Dan kebetulan, ketika itu Pak Ngah beliau ada untuk turut serta meraikan Jamuan Raya dan Sambutan Hari Kelahiran KakNur. Beliau bersetuju untuk menyediakan hidangan Sup Tulang Merah. Sup Tulang Merah ini kalau di Singapore sering dijual di kedai-kedai mamak. Perlu diingat, di Singapore, rakyat Melayu dan Islamnya adalah minoriti, Jadi, kita tidak tahu kesahihan halal haramnya. Oleh yang demikian, Pak Ngah memberi persetujuan menunjuk ajar cara-cara melaksanakan Sup Tulang Merah yang terkenal jika bertandang ke Singapore. Sup Tulang Merah ini juga lebih enak dimakan dengan roti Perancis (roti panjang yang bulat tuu laa...) dan dicecah bersama ke dalam sup tersebut. 

Sup Tulang Merah Singapore

Menu sampingan lain yang disediakan oleh mak mertua LeYa adalah Mee Rebus, Tauhu Sumbat dan beraneka kuih muih. Turut disumbangkan juga Bihun Hailam oleh MakLong saudara LeYa sebagai menu tambahan pelengkap juadah. Wah!!! Teruja dengan pelbagai juadah yang disediakan. Perut terasa lapar ketika jari-jari menari-nari di papan kekunci ini menulis entri ini. 




Dalam kesibukan kami melayan tetamu yang hadir, tidak dilupakan juga untuk bergambar sebagai kenangan. 

fotografi
LeYa dan Otomen mendukung anak buah kedua, Nur Iman

fotografi
Kami biras-biras ber'wefie'

fotografi
Abang Ngah dan Keluarga

fotografi
Ayah & Ibu yang turut hadir memeriahkan suasana majlis

fotografi
Abang & Kakak Ipar juga turut hadir

fotografi
Pabila Nur Iman kepanasan. 

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com