Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bersiaran juga LeYa pada malam ini di blog buruk LeYa ini. Alhamdulillah selesai sudah puasa kita yang ke-7 hari. Al-kisah di hari ke-7 ini, LeYa main masak-masak di dapur berseorangan untuk menyediakan juadah berbuka puasa.
Juadah berbuka puasa yang dimasak oleh LeYa
Resipi Ayam Masak Kicap & Telur Dadar Cheese menjadi menu pilihan LeYa untuk dihidangkan pada waktu berbuka puasa tadi. Ditambah lagi dengan Air Sirap Bandung dan juga kuih Tepung Pelita sebagai pemberi selera tambahan selepas makan nasi.
Sirap Bandung (Gambar hiasan dari Mr. Google)
Juadah berbuka yang simple untuk LeYa nikmati seorang diri di perantauan nun jauh dari Ibu dan Ayah serta suami mahupun kaum keluarga. Alhamdulillah, kesungguhan LeYa di tempat orang ini memberikan LeYa lebi berdikari untuk memajukan diri sendiri.
sdapnya..:)
BalasPadamsedapnya tepung pelita tu kak... nyum nyum.. salam ramadhan kak :)
BalasPadam