Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pernah dengar tentang sukan Freeletics? Apa itu Freeletics? Freeletics adalah sukan yang menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman telah berjaya melakukan perubahan bentuk badan dengan melaksanakan senaman freeletics. Ia amat sesuai dilakukan oleh semua golongan tidak kira muda ataupun tua.
Kelab Sukan Kecergasan Freeletics
Mohd Firdaus Ishak juga merupakan President/Club Founder bagi Kelab Sukan Kecergasan Freeletics. Beliau yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini bergiat aktif dalam sukan freeletics sejak tahun 2014. Berlatarbelakangkan seorang yang aktif dalam sukan sejak dibangku sekolah, beliau berjaya menunjukkan minat dalam dunia kecergasan dalam bidang sukan Freeletics ini walaupun mengalami kecederaan ACL pada tahun 2013.
Mohd Firdaus Ishak juga merupakan President/Club Founder bagi Kelab Sukan Kecergasan Freeletics. Beliau yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini bergiat aktif dalam sukan freeletics sejak tahun 2014. Berlatarbelakangkan seorang yang aktif dalam sukan sejak dibangku sekolah, beliau berjaya menunjukkan minat dalam dunia kecergasan dalam bidang sukan Freeletics ini walaupun mengalami kecederaan ACL pada tahun 2013.
Seawal pada tahun 2014, beliau bermula dengan komuniti kecil Freeletics di Putrajaya. Beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12kg dalam masa 7 minggu. Oleh itu, beliau percaya yang kesan dari melakukan latihan Freeletics secara berterusan ini, dapat diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tujuan membantu dalam gaya hidup yang sihat.
Club President sedang giat melakukan senaman Freeletics
Coach his student to loss weight by doing Freeletics
Kelebihan Sukan Freeletics
Sudah pasti kelebihan yang paling kita nampak adalah sukan Freeletics ini tidak memerlukan peralatan sukan yang banyak. Ia membolehkan sesiapa sahaja untuk mengikuti latihan freeletics ini. Golongan yang mungkin kurang berkemampuan untuk memiliki alatan sukan yang mahal-mahal, boleh mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan sukan Freeletics. Boleh dilakukan di mana sahaja anda berada, tidak kira masa dan tempat.
Owh ya! Sebelum terlupa. Freeletics kini boleh didapati aplikasinya melalui telefon pintar mudah alih dengan install applikasi Freeletics melalui Google PlayStore. Sangat mudah dan cepat untuk anda lakukan senaman di rumah. Aplikasi Freeletics ini sangat menarik kerana memaparkan video tentang tips-tips kesihatan dan aktiviti melakukan kecergasan sukan Freeletics.
Sebarang pertanyaan mengenai sukan Freeletics / ingin mendaftar diri sebagai ahli Freeletics, boleh hubungi:
- Mohd Firdaus Ishak
- Mobile Phone >> 011-1480 0611
- Email: feegous@yahoo.com
- Email Freeletics Malaysia: freeleticsmalaysia@gmail.com
- Website: www.freeleticsmalaysia.my
BalasPadamhai ! jom join GA EFG mega raya..hadiah wang tunai RM 3100 taw !
www.adnan-daughter.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
Yelah... kawan saya ada join freeletics ni... saya jer tak join lagi...
BalasPadamInfo menarik. Sekarang dah ramai yang buat sukan freeletics ni sebab tak perlukan banyak peralatan sukan. Aplikasi freeletics juga boleh dimuat turun kat smartphone korang dah.
BalasPadam