Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Trip ke Batu Gajah, Perak | Ya Allah! Masih terasa penat minggu ni lagi. Walhal dah bangun pagi pergi kerja pun. Keseronokan 4hari cuti dan dapat bersama Encik Suami tidak dirasakan ketika itu. Ditambah lagi, cuti kali ini, kami ke destinasi percutian di Perak. Ini memandangkan kerana salah seorang dari rakan Encik Suami bekerja akan melangsungkan majlis perkahwinannya di sana.
Bertolak dari Melaka bersama-sama rakan-rakan yang lain, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perak melalui highway. Perjalanan mengambil masa agak lama disebabkan trafik jem di lebuhraya mulai kawasan Tanjung Malim hingga ke Sungkai. Jalan sesak dipenuhi kenderaan untuk turut sama merasai cuti hujung minggu yang lama itu.
Tepat jam 4.30 petang, kami bergegas ke masjid di kawasan tempat tinggal Ijoi yang akan dinikahkan. Pada mulanya sangkaan kami tidak akan sempat untuk melihat beliau nikah, namun alhamdulillah, kami dapat sampai tepat pada waktunya.

Keesokan harinya, majlis persandingan antara kedua pengantin diadakan. Alhamdulillah selesai sudah majlis tersebut dan kami pun kenyang menikmati juadah makanan yang dihidangkan. Kemudian, lebih kurang selepas waktu Zuhor, kami ingin berangkat pulang ke Melaka. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Ijoi & Awin dan semoga menunaikan tanggungjawab bersama suami isteri di alam rumahtangga yang baru sahaja dibina itu.
Dalam perjalanan pulang ke Melaka, kami telah singgah di Lata Kinjang, Air Terjun di kawasan Batu Gajah, Perak untuk menghilang rasa penat sebelum memandu pulang lebih jauh lagi. Air Terjun yang dingin itu ditambah panorama yang indah, pasti memukau sesiapa yang singgah ke sini.
Wahhh...melihatkan keseronokan mereka mandi-manda dan melayan telatah rakan-rakan antara satu sama lain, pasti ingat mereka ini masih muda. Walhal kesemuanya sudah pun menjangkau usia dewasa.
Encik Suami bergambar di pintu masuk menuju ke kawasan berkelah di Air Terjun
Selesai bermandi-manda, kami bersiap untuk pulang ke Melaka. Kemudian, singgah di restoran berdekatan untuk menjamu selera setelah kelaparan apabila seronok mandi tadi. Usai makan dan solat Maghrib, kami pun meneruskan perjalanan pulang.
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com