Sabtu, 25 April 2015

Percutian ke Universal Studio Singapore

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak akhir ni LeYa semakin kurang dalam penulisan di blog ini. Begitu teruja melihat ada di antara rakan-rakan menerima habuan yang besar dalam penulisan di blog masing-masing, LeYa tanamkan semangat semula untuk terus menulis memberi ilmu yang bermanfaat buat para pembaca. Menjadi seorang penulis blog hendaklah mempunyai idea dan kreativiti dalam setiap penulisannya agar dapat menarik para pembaca apabila membacanya. Ilham dan konsep yang cuba ingin disampaikan perlulah mudah difahami tetapi padat dengan isi-isi penting yang ingin cuba disampaikan.

LeYa Blog

Baiklah, LeYa pada malam ini bukanlah untuk memberi pendapat tentang bagaimana nak menulis. Tetapi, LeYa ingin menulis kisah travel LeYa yang telah lama LeYa tidak ceritakan di sini. Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas iaitu pada Februari 2015, LeYa dan suami telah pergi ke Singapura. Memandangkan ramai ahli keluarga sebelah pihak suami tinggal di sana, LeYa tidak mengalami sebarang kesulitan dalam penginapan. Ooo....yeahhhh... dapat jimatkan perbelanjaan LeYa dan suami semasa berada di sana. Dan entah ke berapa kali LeYa dah sampai di Singapore... hehe... Namun, pada kali ini Incik Suami berhasrat untuk beristirehat di hotel. Jadi, kami telah ke Hard Rock Hotel berdekatan dengan Universal Studio dan menginap selama satu malam di situ. Memang cantik hotel nya.

LeYa Blog

Ketika di lobby menunggu Bell Boy untuk menunjukkan dan membawa ke ruang kamar penginapan. Set band yang lengkap diperlihatkan di situ. Penginapan di Hard Rock Hotel memang cukup mempesonakan LeYa. LeYa berterima kasih pada incik Suami kerana telah membawa LeYa ke sini.

LeYa Blog

LeYa Blog

Pemandangan di dalam lif untuk ke bilik tidur. Di tepi dinding dilitupi dengan manik kristal yang cantik dan berkilauan mata memandang. 


LeYa Blog

Sebelum keluar berjalan lebih jauh lagi, kami bergambar di hadapan Hotel untuk disemadikan dalam album kenangan. 

LeYa Blog

Tempat pertama yang kami tuju sudah tentulah USS atau dikenali Universal Studio Singapore yang terletak di Pulau Sentosa. Tempat yang menjadi tarikan beribu malah berjuta pelancong untuk ke sini. Apa yang ada di dalam sehingga membuatkan ramai ingin ke sana? Jejak sahaja langkah kaki di USS, kita sama seperti berada di Disneyland yang mungkin agak sukar untuk kita ke sana yang jauh beribu batu di Amerika Syarikat. Permainan yang menarik buat anak-anak kecil malah bagi LeYa sendiri juga amat seronok bila berada di situ. Satu pengalaman manis yang dapat LeYa kutip ketika leka bermain dan berjalan di sekitar USS. 

LeYa Blog

Tidak ketinggalan untuk bergambar di globe bumi yang sering dikunjungi ramai pelancong untuk turut bergambar di situ. 

LeYa Blog

Cuti kali ini memberi seribu kenangan manis dalam diri LeYa kerana Incik Suami berjaya membawa LeYa berjalan puas mengelilingi bumi Singapore yang kecil itu. Baru penat rasa kaki ini pabila sudah tiba di rumah. Syoknya berjalan tidak dirasakan pun sama sekali keletihan yang dialami ketika itu. 

2 ulasan:

  1. best kan pergi USS... anak-anak gembira, mak bapak pun gembira

    tak sempat lagi buat entry pasal USS huhu....

    BalasPadam
  2. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com