Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan kita sudah pun mencuba menjalankan perniagaan dengan affiliate. Begitu mudah untuk menjana pendapatan secara online. Hanya kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk terus berjaya.
Program AFFILIATE bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita. (SUMBER: Blog Perniagaan Internet & Usahawan)
Bagaimana affiliate ini menjalankan kerjanya sehingga kita boleh menjana pendapatan?
Sistem AFFILIATE sangat banyak di pasaran Internet. Semuanya mempunyai satu tujuan dan fungsi yang sama iaitu merekod segala aktiviti bagi setiap link affiliate agen di mana link itu dipromosikan, jumlah klik setiap link dan komisen jika ada pembelian produk.
Bagaimana cara untuk mendapatkan Link Affiliate?
Hanya perlu mendaftar di mana sahaja program Affiliate. Salah satu program affiliate milik LeYa adalah Klikjer.com.
LeYa bukanlah seorang yang pakar dalam bidang affiliate ini. Baru sahaja untuk menyertai program affiliate ini. Berbekalkan ilmu dari pembacaan di blog HasrulHassan dan pakar-pakar affiliate lain, LeYa cuba pula sendiri untuk menjalankan program ini. Mana tahu kan, dengan program affiliate ini, LeYa mampu menjana sehingga berlipat kali ganda. In-shaa Allah... Janji Allah itu pasti. Kita sebagai hambaNya perlu berusaha untuk memajukan diri.
sistem affiliate ni memang menuntungkan..nadia pon dah cuba :) jom leya kita tambahkan lagi passive income
BalasPadam