Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Seronoknya hati bila dengar ada
“Trip to Korea”. Macam-macam yang difikirkan bila dapat ke sana. Nak tengok
suasana dan cuaca di sana. Nak tengok budaya orang Korea. Nak melawat
tempat-tempat menarik lagi. Nak rasa makanan2 tradisional di situ.. Wow… banyak
sangat LeYa nak buat apabila bercuti di sana nanti.
Blogwalking ke satu blog ke blog, LeYa terbaca entry dari Blooggers.com. Pihak
Blooggers Media sedang menjalankan satu cabaran buat para blogger yang berminat untuk
menyertai Trip ke Busan, Korea bersama Man Raja Lawak. Cabarannya adalah "Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur - Task 1" yang bertajuk "Apa yang menarik di Busan". Perrggghhh... jejakkan kaki ke Korea pun tak pernah.. Ni pulak nak ceritakan apa yang menarik kat situ. Memang sangat mencabar untuk LeYa menulis kali ini. Korea…. Eh..eh… Busan. Nampak macam best je kan... Jom
kita sama2 baca info yang menarik tentang Busan yang telah diolah selepas membaca cerita2 menarik di sana.
Busan adalah satu tempat yang
dikelilingi gunung-ganang di satu bahagian dan laut berangin di bahagian lain
serta serakan bandar yang memenuhi setiap ruangnya, Menariknya di sini, apabila kita sudah sampai di Busan, ia kelihatan seperti memancarkan aura
menarik yang ringkas dan selesa bagai berada di rumah sendiri. Di Busan juga
dikenali dengan “Ibu Kota Musim Panas” dan kita dapat menemui pantai terbesar,
sungai terpanjang dan landskap semulajadi yang paling indah di negara ini.
Busan juga telah menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Antarabangsa Busan
yang terkenal di serata dunia. Senyuman mesra yang sering dilemparkan oleh para
penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, memang tidak hairan
lagi jika Bandar kedua terbesar di Korea ini
mendapat tarikan dan tempat percutian utama di hati penduduk tempatan
serta pelancong.
Antara tempat menarik yang wajib dilawati menurut rakan-rakan lain yang telah ke sana adalah:
1. Kuil Haedong Yonggungsa
Kuil Haedong Yonggungsa jelas menonjol berbanding kuil Buddha lain yang sezaman dengannya. Terletak di pinggir laut berbatu, seni binaannya yang indah menjadi halwa mata yang jarang dapat ditemui di tepi laut. Dewa utama di sini ialah Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut, dan dipercayai bahawa menyeru namanya berulang kali semasa anda berada di sini akan membawa tuah.
2. Bangunan APEC Nurimaru
Dibina untuk Persidangan APEC pada 2005, bangunan ini benar-benar menampilkan pesona seni bina dan menjadi simbol Busan. Konsep ini diilhamkan daripada 'pavilion' iaitu rumah tradisional Korea musim panas, dan pemandangan memukau Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaegyo dari jauh melengkapi persekitaran yang menarik. Bangunan ini terletak di Pulau Dongbaekseom yang indah.
3. Pasar Ikan Jagalchi
Selamat datang ke pasar makanan laut terbesar di Korea - pasar tempatan yang serupa seperti Pasar Ikan Tsukiji yang terkenal di Jepun. Beribu-ribu gerai dengan bertan-tan ikan dijual dan dibeli setiap hari, menjadikannya antara tempat paling menarik untuk dikunjungi di Busan. Minta agar makanan laut anda dibersihkan dan dimasak pada masa itu juga, atau disediakan mentah untuk dimakan sebagai sashimi. Enaknya!
4. Pantai Haeundae
Pantai paling terkenal di Korea menyajikan keriangan dengan aktiviti ski jet, luncur air dan berseronok-seronok di bawah sinar mentari! Keseronokan tidak berakhir setakat di situ! Selami dunia hidupan laut dalam akuarium terbesar di Korea, terletak betul-betul di sebelah pantai ini, yang menawarkan terowong bawah air sepanjang 80 meter dan simulator yang mengagumkan!
5. Menara Busan
Jika anda tidak sempat melawat Menara Seoul's N Seoul, Menara Busan juga tidak kalah sebagai tarikan pelancong yang popular! Terletak di Taman Yongdusan yang cantik, menara setinggi 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh bandar. Meterai cinta anda secara simbolik dengan mangga kunci yang menghiasi pagar di sekeliling menara, atau berikan jagung kepada merpati yang tinggal di situ. Anda boleh menggunakan eskalator lereng bukit untuk naik ke menara.
Seterusnya, LeYa akan menceritakan pula serba sedikit tentang makanan tradisional yang terdapat di Korea. Makanan Tradisional Korea juga terkenal dengan cara penyajiannya yang khas yaitu menyajikan nasi dan sup(kaldu) yang diatas nasinya terdapat sejumlah besar makanan sampingan (lauk) yang disebut banchan. Makanan Korea biasanya dibumbui dengan minyak wijen, doenjang(sejenis saus khas Korea),kecap,garam,bawang putih, jahe, dan gochujang(saus cabai). Antara 5 makanan tradisional Korea yang LeYa dapat kisahkan di sini ialah:
1. Kimchi
Kimchi adalah salah satu Makanan Tradisional Korea yang berupa asinan sayur yang difermentasi dan diberi bumbu pedas. Cara membuatnya pun tidak susah yaitu setelah sayuran digarami dan dicuci setiap helainya, sayuran akan dicampur dengan bumbu yang dibuat dari udang krill, kecap ikan, bawang putih, jahe, dan bubuk cabai merah. Sayuran yang paling umum dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Di Korea sendiri kimchi sering dihidangkan pada saat musim tertentu terutama pada musim dingin.
2.Bulgogi
Bulgogi adalah masakan daging yang dibumbui dengan campuran kecap asin dan gula, dan bumbu lain sesuai daerah – daerahnya. Daging yang digunakan antara lain daging sirloin dan daging sapi yang berkualitas bagus. Cara memakannya pun sangat unik yaitu dengan daun selada yang digunakan sebagai pembungkus bulgogi serta kimchi, bawang putih, atau penyedap lain sesuai selera. Di Jepang juga terdapat makanan yang hampir sama seperti bulgogi hanya saja namanya adalah Yakiniku. Bedanya adalah bumbu daging bulgogi sengaja dibuat lebih manis, dan air pada bumbu cukup banyak sehingga daging tidak dipanggang di plat besi (teppan) melainkan di atas panci datar.
3.Bibimbap
Bibimbap adalah masakan Korea yang berupa semangkuk nasi dengan lauk di atasnya berupa sayur – sayuran,daging sapi, telur, dan saus pedas(gochujang). Bibimbap biasanya dihidangkan di atas mangkuk dari batu yang sudah dipanaskan disebut dolsot bibimbap. Panas dari mangkuk batu itu yang akan mematangkan telur mentah yang diletakkan diatas nasi sebagai lauk. Biasanya sebelum nasi dimasukkan, minyak wijen akan dituangkan di dasar mangkuk agar terbentuk lapisan kerak yang harum dan garing di dasar mangkuk.
4.Gimbap
Gimbap adalah makanan Korea yang terbuat dari nasi yang dibungkus dengan rumput laut. Bahan untuk membuatnya adalah nasi,daging, dan sayuran. Lalu nasi putih dibumbui dengan garam dan minyak wijen/minya perilla. Isi gimbap pun beraneka macam mulai dari ikan, kepiting, telur, iga sapi, kimchi,keju,tuna, dan sebagainya. Sedangkan bahan sayuran adalah ketimun,bayam,wortel,dan danmuji (acar lobak).Setalh digulung biasanya akan diiris 8 potongan atau sesuai gigitan.
5.Japchae
Japchae adalah masakan Korea yang berbahan utama mie soun yang dicampur dengan berbagai jenis sayuran dan daging sapi. Cara memasaknya memang agak rumit karna harus ditumis secara terpisah – pisah guna mempertahankan rasa dan aroma masing – masing. Sayuran dan daging sapi tersebut juga di potong secara unik yaitu secara memanjang. Sayuran yang biasanya digunakan adalah wortel, paprika,jamur shitake,bawang putih, dan bawang bombai. Sedangkan daging sa[i ditumis bersama minyak wijen dengan bumbu khusus yang terbuat dari campuran bawang putih, kecap asin, dan gula pasir. Setelah semua bahan ditumis dan mie soun telah direbus selanjutnya adalah mencampur semuanya dan diaduk – aduk bersama minyak wijen, irisan cabai, dan wijen.
Seronok kan bila dapat pergi melawat tempat orang ni sekali-sekala. LeYa teringin sekali untuk menjejakkan kaki ke bumi Korea itu. Penaja bersama untuk Trip ke Korea ini adalah BLOOGGERS dan MAJALAH LIBUR.
Teringin nak pegi... Tapi entah bila... Hmm...
BalasPadamJom sama2 join cabaran ni..mana tau rezeki epi nanti..
Padam