Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dua hari lagi kita rakyat
Malaysia akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-57. Kelihatan
sana-sini sudah mengibarkan jalur gemilang tanda sokongan padu sebagai seorang
rakyat Malaysia. Perasaan cinta kepada tanah air haruslah dipupuk sejak dari
kecil lagi. Tidak semua masyarakat dunia memiliki kestabilan ekonomi dan
kemakmuran negara seperti di negara kita. Kita seharusnya rasa berbangga
menjadi anak jati yang lahir dan dibesarkan di sini. Sejak dari kecil, diasuh
dan dididik oleh ibu bapa tanpa ada gangguan yang membuatkan kita tidak boleh
membesar dengan sempurna. Kemudian, kita bebas untuk ke mana sahaja tanpa ada
perasaan takut dalam diri seperti yang berlaku di Negara-negara yang sedang
berkemelut dengan peperangan. Di sinilah kita dibesarkan. Kenapa tidak kita
menjaga keamanan ini untuk kepentingan bersama? Bersatu padu, tolong-menolong
adalah amalan murni yang sering kita pupuk sedari kecil.
Wah! Seperti bersemangat LeYa
pada entri kali ini kan. Hehehe…
Kadang-kadang perlu juga untuk meluahkan perasaan kita dalam menulis entri agar
pembaca turut merasai apa yang penulis cuba sampaikan. Menimbulkan sesuatu perasaan
dalam menulis entri membolehkan pembaca di luar tahu yang kita sedang bercerita
mengenai sesuatu topik dengan bersungguh-sungguh.
Salam Merdeka Leya! ^__^
BalasPadamRosmiza Ali Official Blog™
semangat itu perlu ada :)
BalasPadam