Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera…
Pernahkan anda terfikir, tabiat makan kita dipengaruhi dengan jenis-jenis
makanan yang ada di Malaysia. Kita terdorong untuk makan kerana pilihannya yang
terlalu banyak. Sedap pula tu! Kebanyakan makanan yang enak memberi kesan
kepada tahap kesihatan seseorang. Bahaya juga kalau tidak dikawal dari
sekarang. So, kali ini LeYa ingin membawa anda mengenali tabiat makan rakyat
Malaysia dan diet ringkas yang dicadangkan pakar diet. Jom Membaca!
Macam-macam Ada!
Di Malaysia, kita terlalu kaya
dengan makanan kerana tiga kaum majmuk iaitu Melayu, India dan Cina. Setiap
kaum pula mempunyai makanan-makanan yang mewakili budaya dan latar belakang
mereka. Kaum Melayu contohnya, dikenali kerana keenakan nasi lemak dan
kuih-muih yang membuatkan kita kecur liur.
Kaum India pula terkenal dengan roti canai dan manisan ‘laddo’ manakala
masyarakat Cina dikenali kerana Yong Tau Fu serta mi wantan mereka. Siapa yang
mampu menolak jika disajikan dengan pilihan-pilihan makanan seenak itu?
Satu lagi sebab yang menyebabkan
kita mendapat serangan penyakit berbahaya adalah dari budaya sesebuah kaum itu
sendiri. Penggunaan santan dalam kari atau jumlah gula yang tinggi dalam
kuih-muih memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh. Kaum Cina lebih senang
memilih cara selamat untuk menyediakan masakan mereka kerana kebanyakannya
dikukus dan distim. Cara memasak dan ramuan yang digunakan dalam masakan boleh
mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.
TIGA PENYAKIT MUDAH DAPAT JIKA MAKAN TIDAK SIHAT:
- OBESITI
- DIABETES
- MASALAH DARAH TINGGI
KENAPA SUSAH NAK MAKAN SIHAT?
Motivasi rakyat Malaysia – Kesukaran untuk mengamalkan diet sihat
kerana terlalu banyak pilihan makanan. Permulaan untuk berdiet gagal kerana
tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.
Kurang sedar – Kebanyakan orang hanya akan mula mementingkan
penjagaan makanan apabila didiagnosis penyakit berbahaya. Lebih ramai yang suka
merawat dari mencegah.
Sibuk – Kesibukan dengan aktiviti harian menyekat ibu bapa untuk
menyediakan bekalan makanan buat anak-anak dan ini mendorong mereka untuk
mengambil makanan tidak sihat.
Kata orang – “Makan tidak sihat itu sedap, makan sihat pula tak
sedap!”
Ringan-ringan saja – Kita cenderung untuk mengunyah kudapan setiap
masa! Baik ketika menaip di komputer, menonton televisyen atau semasa membaca
novel kegemaran.
Seharusnya… seseorang itu hanya perlu makan 70-80 peratus kenyang
sahaja. Jangan makan sehingga penuh perut. Sebaiknya segera bangun dari meja
makan sebaik anda sudah makan. Jika anda masih melepak di meja makan, jangan
nafikan, tangan anda pasti akan mengambil lauk yang masih bersisa. Atau paling
tidak, anda akan minta satu pinggan lagi nasi tambah. Bahaya tu!
Diet paling sesuai untuk seorang
normal adalah mengambil segelas air masak atau potongan buah-buahan sebelum
makan. Kemudian, barulah makan nasi. Nasi hanya satu mangkuk kecil disertakan
dengan satu hidangan sayur berdaun hijau dan satu hidangan protein seperti
ayam, ikan atau telur. Pastikan lauk anda masak dengan cara sihat. Hidangan
yang lengkap haruslah mempunyai karbohidrat, protein dan lemak.
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com