Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sudah sekian lama LeYa tidak mengikuti perkembangan segmen yang banyak diadakan oleh rakan2 blogger. Tapi kali ini, bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke-57, LeYa terpanggil untuk turut serta dalam aktiviti segmen yang dianjurkan oleh HasrulHassan. Lama juga LeYa mengikuti segala kisah yang ditulis oleh abg HH ni. Dan LeYa berminat dengan cara penulisannya.
Peranan LeYa sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Apa ye yang LeYa boleh buat dengan blog ni untuk tunjukkan kecintaan dan semangat patriotik LeYa terhadap negara Malaysia yang bertuah ini.
Seperti yang kita tahu, blogging merupakan satu aktiviti sosial di laman web untuk membolehkan pengguna berkongsi apa sahaja maklumat seperti pengalaman diri, keluarga serta rakan-rakan, tips dan promosi produk dan pengiklanan. Melalui blog juga, ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan, malah pendapatan bulanan yang berlipat kali ganda.
Pengertian Sebuah Kemerdekaan
Kemerdekaan yang membawa erti kebebasan kepada negara yang telah lama dijajah oleh bangsa luar. Kemerdekaan Malaysia yang sudah mencapai 57 tahun kini menjadi kebanggaan rakyat kerana kita dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita yang juga dilahirkan selepas merdeka haruslah menyemai semangat cintakan tanah air agar negara lebih maju dan berdaya saing antara negara-negara lain. Melalui program-program yang banyak dianjurkan, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya mencintai negara mereka.
Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk LeYa menghasilkan satu entri yang terbaik untuk menghasilkan perasaan bangga LeYa pada negara Malaysia. Cukup hanya cerita di atas untuk LeYa kongsikan perasaan LeYa dan semangat patriotik LeYa terhadap negara yang dicintai. Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta..
Jom sama-sama meriahkan lagi segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
all the best :)
BalasPadamSalam kemerdekaan buat LeYa. Semoga terpilih sebagai bloglist di blog Hasrul Hassan. Tanamkan dalam diri masing-masing semangat nasionalisme dan patrotik agar semangat kemerdekaan terus bersemi.
BalasPadamSalam buat Leya... sempena hari kemerdekaan ini saya ucapkan salam kemerdekaan kali ke-57 buat anda. Semoga berjaya...
BalasPadamMoga berjaya ya Ilya ^__^
BalasPadamSalam kemerdekaan... selamat bersegmen. Semoga berjaya tersenarai ke bloglist Hasrul Hassan.
BalasPadam