Jumaat, 15 November 2013

Selamat Ulang Tahun Sayangku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bertarikh 15 November 2013. Hari yang penting buat aku... Kenapa??? Ya! Hari ini adalah hari lahir buat insan yang amat kusayangi.. Yang akan menjadi teman sehidup semati ku mulai tahun hadapan. Tunangku, Incik Zol sudah genap umurnya 27 tahun. 

                               

"Happy Birthday, sayang... I always love you because of Allah S.W.T. Saya doakan semoga sayang panjang umur dan dimurahkan rezeki yang halal serta diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian."

Hari ini juga genap setahun sayang telah meminang manje sebagai tunangan sayang. Dan hari ini juga hubungan ini berkekalan selama 3 tahun 9 bulan dan 95 hari. Pelbagai dugaan telah pun kita tempuh bersama sewaktu ketika dahulu. Kini, hanya tinggal 6 bulan sahaja untuk kita hidup bersama di bawah satu bumbung. 

Terlalu sukar untuk LeYa katakan betapa banyaknya dugaan yang kami telah tempuh sehingga hari ini. Namun, dalam mencari cinta manusia, LeYa perlu mencari cinta Allah. Oleh itu, LeYa sering berdoa agar dipertemukan dengan jodoh dengan lelaki yang bertanggungjawab, baik dan hormat kedua ibu bapa serta membimbing ke syurga. LeYa memiliki semua itu. Beliau (iaitu tunang LeYa) sangat baik dan penyayang serta sering membantuku jika ada masalah. Tidak pernah LeYa pergi ke sana sini sendirian kecuali bersama dia dan ahli keluarga. LeYa tidak pernah keluar malam melainkan bersama keluarga atau si dia. Itu sahaja LeYa tahu. LeYa dan Dia sangatlah jauh beribu batu tetapi kerana cinta kepada Allah, kami saling mempercayai antara satu sama lain.

Cinta kerana Allah. Cinta yang kami titipkan dalam perhubungan kami. Kami sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain jika ada yang terlupa. Cinta bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah daripada Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnia daripada Allah Yang Maha Indah. 

Desir-desir angin
menimbul seribu ingin
terasa meresap sukma cinta
membakar hatiku yang dingin

Desir-desir daun
Melarik pohon merimbun
merangsang rindu bertemu
bilakah cinta akan bertamu?

Ah... bila cinta yang SATU
mudahlah kita bertemu
jauh pun bukan alasan
pada satu pertemuan

Dalam solat aku doakanmu...
Walau jarak kita beribu batu
Munajat ini mekar bersama rindu.



3 ulasan:

  1. hppy birthday ye untuk tunang awak. singgah sini :)

    BalasPadam
  2. Tahniah.. selamat menyambut hari lahir.. semoga berbahagia di dunia & akhirat.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  3. dugaan sesiapa pun akan alami dalam perhubungan,
    yang membezakan adalah dugaan yang macam mana,
    dan paling penting cara kita menangani dugaan tu,
    ika dengan tunang ika pun selalu je ada salah faham,

    anyway, happy birthday :)
    semoga cecepat disatukan ya leya~

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com