Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bertubi-tubi dugaan dan godaan yang aku dan Mr. F terima. Pelbagai rintangan dalam tempoh pertunangan ni kami tempuh. Kadang-kadang terfikir kenapa begitu berat sekali ujian yang ditanggung kami ini. Dengan aku yang tidak bekerja lagi. Ulang-alik temuduga tapi masih belum ada jawapan. Lagi... dengan sejak akhir ni, Mr. F asyik tidak sihat... Arrrggghhhh..... terlalu banyak...
Mungkin inilah tempat kerja aku...hehe... tak tengok lagi pun... |
Namun, setelah menempuh ujian2 tersebut, hari ini bersamaan hari Jumaat dan 22/11/2013, aku mendapat tawaran kerja di Putrajaya dan akan bermula pada hari Isnin hadapan. Sesi Temuduga yang aku sertai semalam telah memberi sinar kebahagiaan buat aku. Alhamdulillah!! Penantian aku selama ini berbaloi. Walau jawatan ini adalah contract tapi aku perlu yakin dan berusaha untuk mendapat tempat di hati majikan.
Dan kedua penghargaan yang aku terima hari ini adalah aku mendapat satu lagi CPUV dari Mr. Nuffnang. Syukur Ya Allah. Dua rezeki telah Engkau beri pada aku di kala aku sedang mengalami kesulitan ini. Saat ini, aku sedar betapa kerdilnya aku di mata Yang Maha Esa. Segala ujian yang diberiNya dahulu kini dibalas dengan tidak disangka aku.
CPUV dari Nuffnang |
Iklan yang telah berjaya memasuki carta CPUV aku kali ini datangnya dari "INTI Rebranding Campaign" yang akan mengajak kita untuk turut serta ke kolejnya belajar dalam suasana yang aman dan damai. Hehe..
Jom3x.. Masuk U |
TERIMA KASIH YA ALLAH...
Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajmain,
Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajmain,
Alhamdulillah Ya Allah Ya Hayyu Ya Qaiyyum birahmatika nastagist.
Laa ilaha illa anta subhanaka inna kunt minadzolimin
Ya Allah,
Wahai penggenggam langit dan bumi,
Ampuni jikalau selama ini kami diperbudak oleh dunia ini,
Ampuni jikalau ada harta yang tiada halal yang kami dapatkan,
Dan ampuni jikalau kami tidak bersyukur atas nikmat yang Engkau karuniakan,
Serta ampuni jikalau kami kikir menafkahkan rezeki titipan.
Ya Allah,
Titipkanlah kepada kami dunia yang halal yang berkat,
Namun cabutlah di hati kami cinta terhadap dunia ini,
Gantikan dengan cinta terhadap akhirat.
Berikan kepada kami nikmatnya bersedekah,
Berikan kepada kami nikmatnya menafkahi saudara kami yang miskin,
Melunasi orang-orang yang hutang,
Berikan kenikmatan bagi kami untuk memberikan makan bagi saudara kami yang lapar,
Memberikan amal jariah yang ikhlas di jalan Mu.
Ya Allah,
Hanya Engkaulah yang menggenggam setiap rezeki,
Karuniakan kepada kami nikmatnya hidup qana’ah,
Hidup zuhud,
Hidup wara',
Hanya kerana Engkau semata..
Rabbana atina fidduniya hasanah
Wa fil akhirati hasanah waqina a’zabannaar.
Subhana rabbika rabbil izzati 'amma yasifuun
Wasalamun ‘alalmursalin
Walhamdulillahi Robbil a’laminn..
alhamdulillah, semoga bersedia menempuh alam pekerjaan :)
BalasPadamtahniah dapat cpuv, rezeki :)
Alhamdulillah, setiap ujian Allah tu pasti ada hikmah nya.. ceria2 selalu :)
BalasPadamJom Terjah : Bunuh Filem Melayu!
alhamdulillah,tahniah dpt kerja and cpuv..disebalik ujian tu ada hikmahnya =)
BalasPadamAlhamdulillah rezeki, akak tumpang happy untuk awak, semoga rezeki tu semakin bertambah yer... dalam hidup ni pasti ada kesusahan dulu sebelum kesenangan ye tak?
BalasPadamTerima kasih semua atas komen2.membina.. Jasa kalian amat leya hargai... Memang cukup lama leya menanggung ujian dari Allah. Alhamdulillah leya berjaya menempuhinya..
BalasPadamAlhamdulilah rezeki..tahniah.. :)
BalasPadamalhamdulillah, segala puji bagi Allah.. tahniah dah dapat keja & dapat cpuv lg.. :D
BalasPadam