Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sudah seminggu lamanya LeYa tak menonjolkan cerita2 di blog ini. Dan seminggu juga lah LeYa telah mula bekerja di Putrajaya. Oleh kerana LeYa masih belum punyai connection Internet di sana terpaksalah menunggu hujung minggu untuk pulang ke rumah dan mengemaskini blog kesayangan ini.
Seminggu LeYa bekerja dengan suasana yang baru memberi LeYa satu lagi pengalaman dalam meniti kehidupan harian ini. LeYa berkenalan dengan rakan2 sepejabat baru dan menjalani sedikit latihan di hari pertama sebelum memulakan tugas pada hari berikutnya. Segala penerangan yang diberi oleh Pegawai yang In-Charge kepada staff2 baru seperti LeYa itu amat baik dan mudah mesra.
Walaupun LeYa kini telah mendapat kerjaya di dunia realiti yang LeYa inginkan, LeYa masih kekal bersama blog dan blogger2 lain menambah ilmu serta sedikit pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan di dunia yang serba canggih ini... hehe...
Oleh itu, sebagai hamba Allah S.W.T., kita sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dan pohonlah apa yang diingini agar suatu hari nanti doa kita akan dimakbulkan. Cuma cepat atau lambat kita tidak tahu. Hanya bersangka baik pada Allah dan berbuat baik serta bersabar jika ditimpa musibah. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, LeYa lega sudah punyai kerjaya sebelum berkahwin.
Betui tipu leya..snggh pg ke sini.. :)
BalasPadamAdohai..slh taip..betui tu leya sebenarnya..huhu
BalasPadam